“Hati-Hati” – Individu Dakwa Tak Semua Makanan Dijual Peniaga Bertudung Di Hat Yai Halal
Dakwanya, perkara itu disedari selepas isterinya bertanya kepada seorang penjual bertudung di sebuah kiosk di Central Festival Hat Yai, sebelum dinyatakan makanan dijual tidak halal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hat Yai kini telah menjadi salah satu destinasi pilihan buat rakyat Malaysia apabila ke luar negara kerana lokasinya yang tidak jauh dan harganya berpatutan.
Malah, ramai yang berkata bahawa senang untuk mendapatkan makanan halal di Hat Yai memandangkan ia terletak di Selatan Thailand yang menjadi penempatan ramai penduduk Muslim.
Namun seorang pengguna TikTok mengingatkan umat Islam agar benar-benar menyemak terlebih dahulu status halal sesebuah kedai atau gerai dan tidak hanya melihat pada pemakaian pekerja.
Didedahkan Makanan Tak Halal Walaupun Penjual Bertudung
Pengguna TikTok, Ilham Hamdani berkongsi pengalamannya ketika membeli makanan sewaktu berkunjung ke Hat Yai. Katanya, dia ketika itu berada di Central Festival, iaitu sebuah pusat beli-belah yang sering dikunjungi rakyat Malaysia.
Menurut Ilham, isterinya mempunyai tabiat untuk bertanyakan tentang status halal sesebuah restoran kepada pekerjanya, walaupun melihat mereka beragama Islam ataupun memakai tudung.
Perkara sama turut dilakukan oleh isterinya ketika ingin membeli makanan di sebuah kedai makan di sana. Apa yang mengejutkan adalah apabila seorang penjual bertudung (yang dianggap Islam), mendedahkan bahawa makanan yang dijual olehnya sebenarnya tidak halal.
“Isteri tanya kat pekerja kedai di Hat Yai yang ni halal tak. Yang mengejutkan dia dengan slownya cakap ini tak halal. Tak halal? Kita assume halal sebab dia Islam, bertudung.
“Bila tanya kedai lain, dia cakap tak tahu. Kena checklah dengan mereka,” katanya.
Dakwa Letak Pekerja Bertudung Sebagai Strategi Tarik Pelanggan Muslim
Malah, Ilham berkata kesemua pekerja di kedai tersebut merupakan wanita Thailand yang dianggap Muslim kerana memakai tudung.
Dia mendakwa bahawa ini merupakan strategi yang digunakan untuk menarik kehadiran pelancong dari Malaysia ke kedai mereka.
Tambahnya lagi, dia tidak mengingati apakah nama kedai makan tersebut memandangkan perkara itu telah berlaku pada tahun 2023.
Namun, dia yakin bahawa kedai itu terletak di tingkat 1 Central Festival dan berhampiran eskalator. Dia juga tidak mengingati jenis makanan yang dijual, tetapi menyatakan bahawa ia bukan makanan berat dan merupakan sejenis ‘finger food’.
Ambil Tahu 3 Perkara Ini Sebelum Ke Hat Yai
Dalam satu video respon, Ilham telah menyenaraikan tiga perkara yang perlu diambil tahu apabila berkunjung ke Hat Yai.
Pertama, tidak semestinya penjual atau pekerja kedai yang bertudung adalah beragama Islam. Ini kerana ada yang didakwa ‘dipaksa’ oleh majikan untuk memakai bertudung bagi menarik kehadiran pelanggan Muslim dari Malaysia.
Kedua, walaupun terdapat ‘logo’ halal dan penjual memakai tudung, tanyakan dahulu dengan penjual tentang status halal makanan sebelum membuat pembelian.
Akhir sekali, bagi mereka yang berkemampuan, disarankan agar mendapatkan khidmat ‘tour guide’.
Ini kerana mereka kemungkinan lebih berpengalaman serta mengetahui tempat makan yang sedap untuk dikunjungi, serta dapat membezakan antara yang halal dan haram.
Baca Artikel Berkaitan: Mekyun Kongsi 4 Tempat Makan Halal & Murah Di Hat Yai
Baca Artikel Berkaitan: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!
Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Travel Dari Malaysia Ke Thailand Bawa Kereta. Lebih Mudah!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.