Now Reading
Wanita Berang Myvi ‘Double Park’ Hingga Tak Dapat Jemput Anak Baru Bersalin Czer

Wanita Berang Myvi ‘Double Park’ Hingga Tak Dapat Jemput Anak Baru Bersalin Czer

Menerusi video tular, kelihatan wanita itu sedang mengamuk dan mengugut mahu membaling satu objek ke arah Myvi yang parkir berganda sekiranya pemilik tidak mengalihkan kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes melibatkan kereta yang parkir berganda (double park) dilihat sering berlaku lebih-lebih di kawasan yang sibuk atau tempat meletakkan kenderaan adalah terhad. Namun ia menjadi satu masalah apabila pemilik kenderaan tidak meninggalkan sebarang nombor untuk dihubungi.

Seperti sebelum ini, seorang lelaki berasa berang apabila pemilik kereta Perodua jenis Myvi bertindak parkir berganda hingga menghalang laluannya. Oleh disebabkan itu, lelaki berkenaan telah bertindak memecahkan cermin kereta itu menggunakan seketul batu.

Selepas cermin bahagian pemandu tersebut pecah, lelaki itu kemudian dipercayai menurunkan brek tangan dan menolak Myvi terbabit ke belakang.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Gara-gara Owner Myvi ‘Double Park’ Raih Perhatian


Wanita Mengamuk Myvi Double Parking Hingga Halang Keretanya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@amiralip097) menyaksikan seorang wanita yang sedang mengamuk akibat sebuah Myvi parkir berganda sehingga menghalang kenderaaannya di tempat parkir sekitar kawasan perumahan.

Menerusi video rakaman, kelihatan wanita berkenaan berlegar-legar sekitar Myvi bagi mencari pemilik kereta tersebut. Tidak lama selepas itu, wanita terbabit berkata bahawa dia akan membaling sejenis objek dipercayai seketul batu sekiranya pemilik tidak bertindak mengalihkan kereta.

“Aku kira sampai tiga, siapa yang tak keluarkan kereta Myvi ni aku baling (batu),” tegas wanita tersebut.

@amiralip097

PART 1 :KERETA KENA BLOCK. KESALAHAN ORANG JANGAN MENJADIKAN KITA TURUT BERSALAH. KADANG BILA EMERGENCY FIKIRAN KITA TIDAK DAPAT FIKIR DENGAN BAIK.

♬ original sound – Amiralip097

Wanita Mahu Guna Kereta Untuk Jemput Anak Baru Bersalin Pulang

Dalam satu hantaran lain, kelihatan individu berkenaan membantu seorang wanita dipercayai anaknya yang baru sahaja bersalin untuk keluar daripada kereta.

Menurut perakam video dikenali sebagai Amiralip, si anak yang baru bersalin di hospital ditemani oleh suaminya terpaksa pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing akibat kereta ibu yang masih terhalang.

Adik ipar kepada wanita bersalin di ruangan komen berkata kakaknya itu telah melahirkan anak secara Czer. Mungkin disebabkan hal kecemasan inilah membuatkan si ibu panik dan berang melihat kereta yang double park sesuka hati.

Situasi si ibu yang membantu anak keluar daripada kereta sambil mendukung cucu barunya telah menyentuh hati ramai.

“Kasih sayang seorang ibu. Bila kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Terpaksa anak dia balik naik Grab. Sebak tengok,” kata Amiralip.

@amiralip097

PART 2 :KASIH SAYANG SEORNG IBU. BILA KITA PERMUDAHKN URUSAN ORNG.ALLAH AKAN PERMUDAHKN URUSAN KITA..Terpaksa anak dia balik naik grab😫..sebak tengok🥲

♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾

Ramai Simpati Dengan Si Ibu Yang Terdesak Perlu Menggunakan Keretanya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersimpati dengan si ibu yang hanya berniat untuk menjemput anak yang sudah melahirkan cucu di hospital.

“Kesian, faham sangat emosi mak dia nak pula anak baru lepas bersalin. Kepada yang double park lepas ni beringatlah,” kata seorang wanita.

Malah ada individu yang berkata dia akan memberikan reaksi yang sama jika situasi tersebut terjadi kepada dirinya.

“Kalau aku dekat tempat makcik tu mesti mengamuk, hal kecemasan kot! Dia nak anak dia balik dari hospital dalam keadaan selesa dengan naik kereta sendiri. Ni terpaksa naik Grab,” ujar individu tersebut.

Sementara itu, sesetengah warganet juga berharap agar orang ramai yang bertindak parkir berganda agar lebih cakna dan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

“Kesian, geram betul tengok orang yang double park. Letaklah nombor telefon ke senang orang nak hubungi. Parkir pun tak fikir orang lain dah,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@amiralip097)

Parkir Berganda Boleh Dikenakan Kompaun RM300

Untuk info, parkir berganda adalah satu kesalahan. Pemandu boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 manakala kenderaan disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah seksyen Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula, tindakan double park yang menyusahkan orang lain dan mengundang bahaya boleh dikenakan denda dari RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. 

Baca Artikel Berkaitan: “Menyusahkan Orang” – Pemandu Myvi Selamba ‘Double Park’ & Tarik Brek Tangan Dikecam Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta ‘Double Park’ Halang Kenderaan Lain, Pak Nil Bantu Wanita Cari Si Pelaku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd