Now Reading
[Video] Rumah Influencer Hangus Terbakar Gara-gara Powerbank Meletup

[Video] Rumah Influencer Hangus Terbakar Gara-gara Powerbank Meletup

Mangsa yang merupakan seorang ‘content creator’ berkata powerbank yang meletup itu tidak digunakan dan merupakan sebuah jenama terkenal original.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebakaran merupakan suatu insiden yang tidak dijangka dan boleh menjadi amat berbahaya. Sekali dijilat api, sesuatu barang pasti akan hangus terbakar.

Lebih menyayat hati apabila kebakaran tersebut merebak sehingga memusnahkan kesemua barangan dan tempat kediaman, serta meragut nyawa mangsa yang terperangkap.

Orang ramai diingatkan agar mengambil langkah berhati-hati apabila mengendalikan api atau barangan elektronik untuk elak daripada perkara yang tidak diingini.


Kebakaran Disebabkan Oleh Powerbank Yang Tak Digunakan

Baru-baru ini, seorang Content Creator di TikTok, Amad Zahry, telah ditimpa ujian apabila tingkat atas rumahnya hangus dijilat api.

Menurut Amad, kebakaran itu berpunca daripada sebuah ‘powerbank’ yang tiba-tiba meletup dan terbakar di biliknya. Tambahnya lagi, powerbank tersebut tidak digunakan dan merupakan sebuah jenama terkenal original.

Katanya, api daripada letupan itu terus menyambar langsir, menyebabkan dia tidak dapat mengambil tindakan awal untuk memadamkan kebakaran.

Amad hanya berjaya menyelamatkan telefon pintarnya dan dapat menghubungi pihak bomba.


Kereta Tak Dapat Dialih Tapi Terselamat Dari Kebakaran

Menerusi video yang dimuat naik, api marak di tingkat dua rumah tersebut dan kedengaran bunyi beberapa letupan kecil ketika kebakaran berlaku. Manakala tingkat bawah rumahnya terselamat daripada kebakaran.

Katanya, pihak bomba telah tiba awal, namun api ketika itu telah terlalu marak sehingga memusnahkan bumbung dan tidak dapat dipadamkan segera. Dia juga memaklumkan bahawa tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial mempersoalkan mengapakah kereta tidak dialihkan daripada bahagian garaj rumah ketika kebakaran berlaku.

Amad berkata kedua-dua kunci keretanya tidak dapat diselamatkan dan telah cair terbakar. Mereka yang berada di sana juga tidak berani berada di bawah garaj terlalu lama kerana risau atap roboh.


Atap & Handphone Rentung, Al-Quran Terselamat

Amad kemudiannya menunjukkan keadaan studio dan bilik tidurnya selepas kebakaran itu.

Hampir kesemua barangan dan perabot di dalam kedua-dua bilik itu terbakar sehingga rentung. Atapnya turut habis terbakar sehingga tiada sisa langsung yang tinggal.

“Yang sedihnya part handpone la. Banyak smartphone kat sini,” luahnya yang merupakan seorang content creator barangan gajet.

Dia walau bagaimanapun agak bernasib baik apabila satu rak di studio yang menempatkan banyak barangan gajet elektronik kelihatan selamat daripada kebakaran tersebut.

Malah, Amad berkata ia suatu keajaiban kerana al-Quran yang berada di biliknya tidak musnah dalam kebakaran itu.

Tonton video penuh DI SINI.


“Lepas Nampak Video, Terus Buang Powerbank Kembung” – Pengguna TikTok

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai mengucapkan ucapan takziah serta berdoa agar mangsa itu dipermudahkan urusan dan diberi rezeki lain.

Ada juga yang berkata mereka ingin sama-sama menderma untuk membantu mengurangkan beban yang dihadapi Amad ketika ini.

Beberapa individu turut berterima kasih kepada Amad kerana memberi kesedaran mengenai bahaya powerbank yang tidak lagi digunakan.

Namun jika anda ingin membuang powerbank, pastikan ia dibuang dengan betul dan bukan di tong sampah biasa. Ia perlulah dilupuskan melalui saluran khas bagi sisa elektronik (e-waste) seperti:

  • Electronic Recycling Through Heroes (ERTH)
  • UrbanR Recycle+
  • IPC Recycling & Buy Back Centre (IPC.RBBC)
  • Karun Hijau
  • Lain-lain kotak kitar semula e-waste di pusat membeli-belah

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd