[Video] Lelaki Mengamuk & Acu Parang Pada Orang Awam, PDRM Tahan 4 Individu
Lokasi insiden pergaduhan menggunakan senjata tajam itu berlaku di Sijangkang Batu 8 Telok Panglima Garang, Selangor.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes pergaduhan di kalangan orang awam disebabkan oleh perselisihan faham kini dilihat semakin kerap berlaku.
Ada yang hanya bergaduh mulut, namun ada juga yang bertindak menggunakan senjata bahaya hingga boleh memudaratkan keselamatan individu lain.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki dilihat menakutkan penduduk di sekitar kawasan Taman Lembah Maju.
Lelaki yang juga pesakit mental itu kemudian mengamuk dengan mengacukan pisau pemotong daging ke arah anggota polis yang cuba menenangkannya. Bagaimanapun, lelaki tersebut telah berjaya ditahan.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mengamuk, Acu Pisau Pada Anggota Polis Di Pandan Indah Berjaya Ditahan [Video]
Lelaki Acu Parang Semasa Bergaduh Dengan Orang Ramai
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @update11111) menyaksikan situasi cemas yang berlaku di sebuah jalan raya sekitar Sijangkang Batu 8 Telok Panglima Garang, Selangor.
Menerusi video rakaman, kelihatan seorang lelaki yang ditemani seorang wanita dipercayai adiknya sedang membuat kecoh di lokasi tersebut. Si lelaki dilihat mengacukan senjata tajam iaitu parang kepada sekumpulan individu di sana.
Kendengaran orang ramai turut meminta lelaki berkenaan untuk meletakkan parangnya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Lelaki Dakwa Ada Orang Tumbuk Adiknya
Susulan itu, lelaki tersebut telah meletakkan parang terbabit untuk seketika waktu namun diangkat semula apabila individu-individu lain mendekatinya.
Lelaki yang memakai baju putih itu dilihat menjerit ke arah orang ramai di sana seolah-olah tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara. Dia kemudian meminta individu yang didakwa menumbuk adiknya untuk tampil ke hadapan dan bersemuka dengannya.
Apa kes ni sampai bawa parang???
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 21, 2024
Lokasi : sijangkang pic.twitter.com/lA0nDbRtcZ
Lelaki Acu Parang & 3 Individu Lain Ditahan Polis
Dalam hantaran yang lain, kelihatan individu-individu yang terlibat telah ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut PDRM dalam satu kenyataan, ditegur kerana muntah dan sampah yang terkena pada kereta menjadi punca pergaduhan di lokasi berkenaan.
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 22, 2024
Jelas Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar pukul 10.50 malam.
“Susulan itu, sepasukan polis tiba di lokasi terbabit sekitar 11 malam telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang memegang sebilah parang.
“Polis juga memberkas seorang lagi lelaki dan dua wanita masing-masing berusia 22 hingga 24 tahun yang turut bersama di tempat kejadian,” jelas beliau.
Mengulas lanjut, kesemua suspek telah ditahan di lokap Balai Polis Banting dan direman selama tiga hari bermula semalam (22 September) hingga 24 September bagi membantu siasatan.
Tambah Ahmad Ridhwan, satu lagi kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata di tempat awam.
“Orang awam dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan pihak polis,” ulas PDRM.
Ramai Bimbang Lihat Lelaki Ugut Guna Senjata Tajam
Menjengah ke ruangan balas, segelintir individu meluahkan rasa khuatir selepas melihat situasi sebegitu.
Malah ada yang berkata kes pergaduhan sedemikian boleh dijangka berlaku di sana.
“Tengok lokasi aku tak terkejut sebab situ memang banyak samseng,” dakwa seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Jenayah Samun Bersenjata ‘Begal’ Di Indonesia Buat Ramai Kecut Perut
Baca Artikel Berkaitan: Kakak Baling Pisau Pada Adik Hingga Maut Direman 6 Hari
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram