Now Reading
[Video] Lelaki Ini Sahut Cabaran, Pecahkan Rekod Makan Nasi Kandar RM400!

[Video] Lelaki Ini Sahut Cabaran, Pecahkan Rekod Makan Nasi Kandar RM400!

Dua talam nasi kandar bernilai RM400 dari restoran Nasi Kandar Sulaiman itu dipenuhi dengan pelbagai lauk seperti ayam, sotong, udang, kepala ikan dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui nasi kandar sudah menjadi pilihan dan makanan kegemaran ramai rakyat Malaysia. Bukan sahaja digemari oleh golongan dewasa, malah kanak-kanak juga tidak terkecuali.

Bahkan ramai juga individu telah mencabar diri mereka untuk memecahkan rekod menikmati juadah tersebut dalam kuantiti yang banyak. Seperti sebelum ini, seorang influencer dari negara jiran, Singapura dikenali sebagai Zermatt Neo telah mendapat rekod baru iaitu makan nasi kandar dengan harga RM300.

Jelas restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS), harga tersebut merupakan rekod paling tinggi yang pernah dibeli oleh pelanggan di kedai makan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Rekod Paling Tinggi Dalam Sejarah” – Lelaki Singapura Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM300


Lelaki Pecahkan Rekod Makan Nasi Kandar Bernilai RM400

Nampak gayanya, rekod yang dicatatkan oleh Zermatt telah ditewaskan oleh seorang lagi pesaing. Tular perkongsian di laman TikTok (@nasikandarsulaiman) apabila restoran itu berkongsi kejayaan seorang lelaki dikenali sebagai Roszali menghabiskan nasi kandar bernilai RM400!

Menurut pihak restoran, pelanggan yang juga merupakan anak kelahiran Pulau Pinang itu telah menghabiskan dua talam penuh nasi kandar seorang diri.

“Jadi rekod paling tinggi. Orang pertama sentuh RM400. Tengok badan boleh tahu beliau mampu makan banyak,” kata Nasi Kandar Sulaiman menerusi ruangan kapsyen.

@nasikandarsulaiman RM400. Pecah rekod🔥📢. Video penuh rekod maker kita makan (Part one) #nasikandar #virall #tiktok #weekend #pulaupinang #malaysia #makananviral #nasikandarmalaysia #trending #foodies #malaysian #NKH #viraltiktok #Makanan #viral #trending #penangfoodie #holiday ♬ Food Review – Sunny Vibes

Rakan Belanja & Cabar Makan Nasi Kandar RM400

Jelas pihak kedai makan, mereka tidak menjemput Roszali untuk ke sana sebaliknya dia sendiri yang datang ke premis berkenaan bagi menikmati hidangan di kedai tersebut sambil membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya.

Difahamkan, rakan-rakan kepada lelaki berkenaan telah belanja dan mencabar dirinya untuk mencatatkan rekod baru.

Antara lauk yang diambil oleh Roszali untuk misi menghabiskan nasi kandar bernilai RM400 ini adalah seperti sotong, udang ikan, ayam, kepala ikan, telur masin dan banyak lagi.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Roszali dengan tenang menikmati makanan tersebut sambil ditemani dua rakan yang lain.

@nasikandarsulaiman RM400, pecah rekod🔥📢. Proses boh nasi dan lauk atas talam. Biggest nasi kandaq plate ever #nasikandar #virall #tiktok #weekend #pulaupinang #malaysia #makananviral #nasikandarmalaysia #trending #foodies #NKH #penangfoodie #nasi #viraltiktok #malaysian #Makanan #holiday #viral ♬ Sunrise – Marcos Yap

NKS Catat Rekod Nasi Kandar Paling Mahal Dijual Pagi Ini

Dalam perkongsian NKS yang terbaharu pada pagi ini (23 September), seorang pelanggan telah memecahkan rekod nasi kandar paling mahal dijual dengan harga RM450.

Pun begitu, nasi kandar tersebut telah disedekahkan kepada 30 orang pelanggan bertuah yang datang berkunjung bagi menikmati juadah berkenaan.

Sumber: TikTok (@nasikandarsulaiman)

Ramai Kagum Lihat Roszali Habiskan 2 Talam Nasi Kandar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum melihat pelanggan yang mampu menghabiskan nasi kandar bernilai RM400 seorang diri.

“Bayar RM400 tu satu hal, masalahnya dia makan seorang tu, memang power betul,” kata seorang wanita.

Malah ada individu yang memberi saranan kepada pemilik kedai untuk meletakkan gambar-gambar pelanggan yang berjaya memecahkan rekod makan nasi kandar.

“Mamu dah boleh kot letak gambar-gambar pemecah rekod makan nasi kandar ni dekat ‘hall of fame’,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai berpendapat juadah yang melimpah ruah tersebut boleh membuatkan seseorang rasa kenyang dalam masa lama.

Sumber: TikTok (@nasikandarsulaiman)

Baca Artikel Berkaitan: “Untuk Yang Single Ke ni?” – Nasi Kandar Bentuk ‘Love’ Jadi Tumpuan, Serendah RM1 Pun Ada!

Baca Artikel Berkaitan: “Tolong Hormati Makanan” – Nasi Kandar ‘Coquette’ Dibanjiri Air Bandung Undang Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd