Now Reading
Rafizi Ramli Dedah Kenapa Beri RM1 Juta Setiap Keluarga Bukan ‘Pintu Keluar’ Isu Miskin Tegar Di Malaysia

Rafizi Ramli Dedah Kenapa Beri RM1 Juta Setiap Keluarga Bukan ‘Pintu Keluar’ Isu Miskin Tegar Di Malaysia

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menganggarkan bahawa kerajaan memerlukan sekitar RM8 trilion jika mahu menyumbang RM1 juta kepada setiap keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah kemiskinan yang melanda sesetengah masyarakat di Malaysia pastinya menjadi isu yang dibimbangkan oleh kerajaan kerana ia boleh menjejaskan kebajikan rakyat dari segi kesihatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah menegaskan untuk menokhtahkan kemiskinan tegar di Malaysia menjelang hujung tahun 2023.

Namun, isu tersebut bukanlah satu perkara yang boleh diselesaikan dengan mudah dalam tempoh singkat.

Baca Artikel Berkaitan: PM Tegas Mahu Nokhtahkan Kemiskinan Tegar Tahun Ini


Rafizi Ramli Dedah Mengapa Kerajaan Tidak Boleh Beri Bantuan RM1 Juta Untuk Setiap Keluarga

Terbaharu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@rafiziramli) mendedahkan mengapa kerajaan Malaysia tidak boleh memberikan RM1 juta kepada keluarga di Malaysia bagi menangani masalah kemiskinan tegar.

Rafizi menjelaskan sekiranya sejumlah wang tersebut diberikan, tidak dinafikan bahawa ekonomi negara yang lebih rancak kerana permintaan pasaran semakin bertambah.

“Kalau kerajaan beri setiap keluarga RM1 juta, kemiskinan dihapuskan dan setiap keluarga akan berbelanja yang akan merancakkan ekonomi sebab permintaan naik mendadak. Perniagaan akan untung dan pendapatan kerajaan akan meningkat lagi,” ujarnya.

Sumber: Pexels

Namun, Rafizi berkata tanggapan tersebut adalah pendapat yang mungkin berada dalam fikiran Ahli Parlimen Machang, Wan Fayshal.

“Mungkin ini pemikiran Ahli Parlimen Machang, Wan Fayshal bila dia mencadangkan kerajaan mencetak wang. Kalau kita cetak wang, mungkin kita boleh laksana idea abang tadi untuk bagi RM1 juta setiap keluarga.

“Tapi ada sebab kenapa tidak ada kerajaan yang mengambil jalan mencetak wang begini,” kata Rafizi.

Bagi menjelaskan tentang perkara ini, Rafizi membuat pengiraan dan menganggarkan bahawa kerajaan memerlukan sekitar RM8 trilion jika mahu menyumbang RM1 juta kepada setiap keluarga.

Sumber: Facebook Rafizi Ramli

Katanya lagi, sekiranya wang dicetak dengan banyak bagi membolehkan pemberian wang berkenaan, ia secara tidak langsung akan mengakibatkan inflasi naik mendadak dan menjatuhkan nilai Ringgit Malaysia (RM).

“Kalau kita cetak wang, inflasi naik mendadak dan nilai ringgit jatuh mendadak. Nanti jadi seperti wang pokok pisang masa zaman Jepun.

“Kalau kita pinjam, jumlah hutang negara akan mencecah 500% dari saiz ekonomi. Mustahil ada peminjam yang akan meminjamkan begitu banyak wang kepada Malaysia,” ujar Rafizi.

Rafizi juga menganggap sesetengah idea mungkin kedengaran seperti sesuatu yang bernas, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan.


Masyarakat Kongsi Pendapat Tentang Penjelasan Dari Rafizi Ramli

Rata-rata masyarakat juga dilihat memberikan pendapat yang sama seperti Rafizi selepas menganggap tindakan memberi RM1 juta kepada setiap keluarga bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan masalah kemiskinan tegar di Malaysia.

“Betul YB Rafizi. Ekonomi ini bukan mudah. Dalam Islam pun ada konsep kena usaha, ikhtiar, tawakal dan doa,” ujar seorang pengguna X.

Sesetengah pihak berkata ilmu mengenai cara pengurusan kewangan lebih penting untuk diketengahkan bagi membolehkan masyarkat bijak menguruskan hal ekonomi keluarga.

“Hakikatnya bagi duit banyak pun dengan orang yang tak pandai urus, mesti takkan cukup. Saya dah jumpa banyak orang yang boros, sekali dapat duit RM30,000 terus habis dalam seminggu,” kata netizen.

Selain itu, masyaarakat turut berterima kasih kepada Rafizi kerana memberi pendedahan mengenai hal tersebut kepada orang ramai agar lebih celik mengenai hal kewangan.

Sumber: X

Sabah Rekod Negeri Paling Tinggi Kadar Kemiskinan Tegar

Dalam perkembangan terkini pada Jun lalu, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib membentangkan data terbaharu melibatkan peratusan kemiskinan tegar di Malaysia.

Memetik Berita Harian, terdapat empat negeri yang merekodkan peratusan melebihi paras nasional iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.

Peratusan kemiskinan tegar tertinggi adalah di negeri Sabah dengan kadar 1.2% diikuti dengan Kelantan (0.8%), Sarawak (0.4%) dan Kedah (0.3%).

Ulas Hanifah lagi, kerajaan kini sedang giat melaksanakan program program pembasmian kemiskinan tegar dengan tujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan penduduk miskin.

Baca Artikel Berkaitan: Bangsa Melayu Dihimpit Kemiskinan, Malaysia Seolah Bukan Milik Bumiputera – Tun M

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Perkara Jadi Penyebab Kemiskinan Berdasarkan Pesan Rasulullah SAW


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd