Now Reading
Orang Ramai Puji Sifat Pemandu Terima Teguran Kerana Hidupkan Enjin Di Parkir Kedai Mamak

Orang Ramai Puji Sifat Pemandu Terima Teguran Kerana Hidupkan Enjin Di Parkir Kedai Mamak

Pemandu terbabit juga mengakui kesilapannya dan segera menutup enjin kereta setelah ditegur oleh lelaki berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat individu yang pantang ditegur walaupun dia sememangnya melakukan suatu kesalahan sama ada secara sengaja mahupun tidak.

Lebih memburukkan situasi apabila seseorang yang melihat individu tersebut melakukan suatu kesalahan memilih untuk menularkan perkara itu tanpa menegurnya terlebih dahulu.

Umum sedia maklum bahawa enjin tidak sepatutnya dibiarkan berjalan jika tidak memandu kenderaan tersebut.

Walaupun begitu, masih ramai individu yang membiarkan enjin mereka berjalan sewaktu menunggu di dalam kereta atas pelbagai alasan terutamanya untuk menggunakan pendingin hawa.


Lelaki Tegur Pemandu Biarkan Enjin Kereta Berjalan

Seorang pengguna X baru-baru ini berkongsi perbualan positif yang berlaku antaranya dengan seorang pemandu kereta.

Katanya, sewaktu berada di restoran mamak, sebuah kereta telah membiarkan enjinnnya berjalan sekaligus menyebabkan asap ekzos menghala masuk ke premis tersebut.

Dia kemudiannya memilih untuk menegur pemandu berkenaan yang merupakan seorang lelaki.

Apa yang menariknya, tidak seperti sesetengah individu lain yang pantang ditegur, lelaki terbabit mengakui kesilapannya, segera menurunkan tingkap kenderaan dan menutup enjin.

“Senang kan hidup bila jumpa orang matang dan bermaruah?” katanya.

Tambah pengguna X itu lagi, pemandu berkenaan telah menunggu sehingga semua penumpang menaiki kereta serta pintu ditutup sebelum memasang semula enjin dan memulakan perjalannya.

“Dia bertimbang rasa. Aku rasa yang first tu dia distracted je,” tambahnya.


“Sorang Cakap, Sorang Dengar” – Pengguna Media Sosial

Sehubungan itu, masyarakat memuji sikap pemandu kereta berkenaan yang matang dan menyedari kesilapannya setelah ditegur.

“Kita yang dewasa ini semakin terlupa perkataan minta maaf,” kata seorang pengguna media sosial.

Bukan itu sahaja, pengguna X yang berkongsi perkara berkenaan turut mendapat pujian orang ramai kerana terus menegur pemandu tersebut secara berhemah tanpa mengutuknya atau menularkan keadaan.

Ramai yang berpendapat bahawa sesetengah orang mungkin tidak sengaja melakukan sesuatu dan sedang alpa pada ketika itu.

Dalam pada itu, ada juga yang mengingatkan orang ramai agar menutup lampu apabila meletak kenderaan di hadapan tempat yang ramai orang kerana ia boleh menyebabkan silau.


Enjin Kereta Tak Perlu Dipanaskan Sebelum Dipandu

Mungkin ada yang merasakan bahawa enjin harus dipanaskan terlebih dahulu sebelum dipandu. Namun begitu, perkara ini sebenarnya hanya terpakai bagi kenderaan lama yang masih menggunakan enjin jenis karburator.

Sebaliknya kenderaan baharu yang menggunakan teknologi enjin ‘fuel injection’ tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu. 

Baca Artikel Berkaitan: Perlukah Enjin Kereta Dipanaskan Sebelum Memulakan Perjalanan?

Membiarkan enjin berjalan apabila tidak memandu bukan sahaja boleh merosakkan enjin kenderaan dan merugikan petrol, tetapi ia juga boleh memberi impak negatif kepada alam sekitar.

Menurut Environmental Defense Fund (EDF), sebanyak satu pound (0.45 kg) karbon dioksida dibebaskan ke udara apabila enjin dibiarkan berjalan selama 10 minit.

Selain itu, membiarkan enjin berjalan sambil memasang pendingin hawa juga berbahaya sekiranya berlaku kebocoran gas dan boleh sehingga meragut nyawa.

Sebagai info, beberapa negara telah melarang membiarkan enjin berjalan tanpa memandu kenderaan (engine idling) termasuk United Kingdom, Jerman dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd