Isetan Letak Rokok Di Seksyen ‘Non-Halal’ Undang Perhatian Ramai
Orang ramai memuji tindakan pasar raya Isetan di KLCC meletakkan rokok di bahagian tidak halal.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum bahawa hukum merokok adalah haram dalam Islam atas dasar memudaratkan diri pengguna.
Terbaharu, wujudnya cadangan untuk meletakkan rokok di seksyen tidak halal di pasar raya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Sahibus Samahah Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula berpendapat tiada masalah untuk meletakkan rokok di mana-mana seksyen jualan memandangkan fatwa mengenai produk itu jelas haram.
Untuk info, rokok telah difatwakan haram sejak 1995, manakala rokok elektrik (vape) difatwakan haram sejak 2015.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Letak Di Mana, Terpulang” – Mufti Kelantan Respon Cadangan Letak Rokok Di Bahagian Tak Halal
Isetan Letak Rokok Di Seksyen ‘Non-Halal’
Walaupun cadangan ini masih dalam perbincangan, namun dilihat beberapa pasar raya telah memulakan inisiatif ini.
Seorang pengguna X melaporkan pasar raya Jepun, Isetan, yang terletak di KLCC telah meletakkan produk rokok di bahagian tidak halal.
Perkara ini menarik perhatian masyarakat kerana nama pasar raya itu yang berbunyi seperti ‘setan’, namun melakukan tindakan yang terpuji untuk umat Islam.
Dalam perkembangan lain, Isetan KLCC letakkan rokok di non-halal section.
— pemuda berbahasa tiga (pbt) (@AmirulWan76) September 21, 2024
Based.
“Setan Buat Move Awal” – Pengguna X
Rata-rata orang ramai dilihat memuji tindakan Isetan untuk mengasingkan rokok di bahagian tidak halal. Mereka turut berharap agar pasar raya lain mengikut jejak langkah tersebut.
Ada juga pengguna media sosial yang berseloroh berkata, “Setan juga yang mengajar rakyat Malaysia.”
Seorang individu berkata tindakan itu turut dilakukan di sesetengah cawangan pasar raya Jaya Grocer. “Member sanggup menapak jauh ke kedai lain, sebab rokok depan mata dalam seksyen non-halal,” tambahnya.
Di samping itu, seorang individu mendakwa bahawa Isetan telah meletakkan rokok di bahagian tidak halal bersama-sama minuman alkohol sejak 2007 lagi.






Asap Rokok Basi Berbahaya Buat Kanak-Kanak
Merokok semestinya amat berbahaya untuk kesihatan dan menjadi antara faktor utama yang menyebabkan serangan jantung. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan strok dan kanser paru-paru.
Selain daripada memberi kesan kepada kesihatan pengguna, asap rokok yang dilepaskan (asap rokok basi) juga berbahaya buat orang sekeliling, terutamanya kanak-kanak.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan termasuk batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.
Menurut National Cancer Institute USA, terdapat lebih 7,000 bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok. Sekurang-kurangnya 69 daripada bahan ini, termasuk arsenik, benzena, berilium, kromium dan formaldehid bersifat karsinogenik.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Warden Sekolah Buang Rokok & Vape Yang Dirampas Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Tunjuk Lagak Samseng Merokok Di Kedai Makan, KKM Bakal Ambil Tindakan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



