IOI City Mall Putrajaya Sedang Mencari Imam Solat Fardu, Terbuka Untuk Semua Masyarakat!
Selain menjadi imam untuk solat fardu lima waktu, tugas yang akan digalas oleh Imam di Surau IOI City Mall ini adalah menjawab persoalan berkaitan agama Islam yang diajukan oleh komuniti.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan, kebanyakan pusat membeli-belah di Malaysia akan menyediakan perkhidmatan surau bagi memudahkan pengunjung beragama Islam untuk menunaikan solat fardu.
Kebiasaannya pengguna surau akan melaksanakan solat secara individu, namun ada juga yang melakukannnya secara berjemaah dengan pengunjung lain.
Berbicara tentang solat jemaah, terdapat satu iklan mencari imam yang menjadi perhatian rakyat Malaysia.
IOI City Mall Cari Imam Untuk Surau Di Sana
Baru-baru ini, tular dia media sosial tentang iklan yang dikeluarkan oleh pusat membeli-belah IOI City Mall di Putrajaya yang dikatakan menawarkan jawatan sebagai imam solat di surau lokasi berkenaan.
Dalam iklan yang dimuat naik semula oleh pengguna di laman X (@KhairulAqmal), terdapat beberapa tugas yang telah disenaraikan bagi mana-mana individu yang berminat untuk memohon.
Antara tugas tersebut adalah:
- Menjadi imam untuk solat fardu sebanyak lima waktu serta Solat Jumaat.
- Mengendalikan bacaan khutbah.
- Mengendalikan solat khas seperti Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Aidilfitri.
- Mengendalikan urusan pengebumian dan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga arwah.
- Menjawab persoalan berkaitan agama Islam yang diajukan oleh komuniti.
Senang kata, tugas individu berkenaan bukanlah setakat menjadi imam solat, tetapi juga berperanan membimbing masyarakat setempat berkaitan agama Islam.
IOI City Mall mencari Imam utk dihire guys.
— Khairul Aqmal 🍉 (@KhairulAqmal) September 22, 2024
Siapa berminat boleh apply di sinihttps://t.co/6ZSIOb8t2h pic.twitter.com/qlOrhIyd8U
Dalam ciapan berbeza, IOI City Mall juga sedang mencari individu yang layak mengisi kekosongan bagi menggalas tanggungjawab sebab seorang Bilal.
Bagi tanggungjawab ini pula, Bilal akan menggantikan Imam dalam mengetuai solat jemaah sekiranya ketiadaan Imam dalam tempu tertentu.
Pada masa yang sama, Bilal turut ditugaskan untuk menjaga kebersihan tempat mengambil wuduk serta menyusun sejadah.
Oh. Bilal pun dia cari ya 😁https://t.co/9dt2VqeGYP pic.twitter.com/y4KqNxmvt2
— Khairul Aqmal 🍉 (@KhairulAqmal) September 22, 2024
Pelbagai Reaksi Positif Yang Diberikan Oleh Orang Ramai
Pencarian jawatan Imam dan Bilal ini sudah pastinya meraih pelbagai reaksi dari masyarakat dengan rata-ratanya menerima perkongsian tersebut dengan positif.
Mereka dilihat memberi pujian kepada pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan kerana menitikberatkan kewajipan umat Islam yang berkunjung ke IOI City Mall.
“Aku selalu puji management IOI City Mall pasal surau dari dulu lagi. Tapi kali ni another level. Syabas,” ujar seorang netizen.
Selain itu, senarai tugas yang telah diringkaskan juga mendapat pujian kerana memudahkan individu untuk mengetahui tanggungjawab yang bakal digalas sekiranya terpilih.
Oleh kerana surau di sana juga mengendaikan Solat Jumaat, masyarakat turut berpendapat bahawa ia akan memudahkan pekerja-pekerja lelaki beragama Islam untuk menunaikan kewajipan tanpa perlu lagi ke masjid di luar pusat membeli-belah.
“Baru tahu boleh Solat Jumaat dalam mall. Menariknya. Staf tak perlu kalut nak drive jauh cari masjid,” luah pengguna X.
IOI City Mall Pun Kendalikan Solat Jumaat
Sebagai info, pihak pengurusan IOI City Mall Putrajaya menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@ioicitymall) mengumumkan bahawa orang ramai kini boleh menunaikan Solat Jumaat di ruang surau baharu bermula 6 September.
“Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Solat Jumaat akan bermula pada 6 September 2024 bersamaan 2 Rabiul Awal 1446H, dari jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang di Musalla, East Wing, IOI City Mall untuk memberikan kemudahan yang lebih baik untuk para jemaah lelaki,” IOI City Mall dalam kenyataannya.
Lokasi Solat Jumaat itu diadakan adalah di Musalla bahagian East Wing – Lower Ground di belakang Poh Kong.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.