Now Reading
[Video] Cikgu Kecewa Generasi Muda ‘Agungkan’ IShowSpeed Cetus Perdebatan Ramai

[Video] Cikgu Kecewa Generasi Muda ‘Agungkan’ IShowSpeed Cetus Perdebatan Ramai

Menurut guru dikenali sebagai Cikgu Anand, anak muda sepatutnya lebih memikirkan tentang masa depan berbanding mengagungkan influencer seperti IShowSpeed.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 17 September lalu, influencer yang juga YouTuber, IShowSpeed telah berkunjung ke Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan siri jelajahnya melawat ke negara Asia Tenggara.

Sama seperti sambutan orang ramai untuk selebriti terkenal, IShowSpeed juga telah disorak dengan meriah oleh peminatnya di negara ini. Kebanyakan peminatnya terdiri dari golongan muda termasuklah di kalangan lelaki dan juga perempuan.

Namun sambutan tidak terkawal terhadap IShowSpeed di ibu kota itu tidak disenangi beberapa pihak.

Baca Artikel Berkaitan: YouTuber IShowSpeed Hampir Tercekik Ketika Makan Durian Di Malaysia [Video]


Guru Kecewa Anak Muda Agungkan Influencer

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cikguanandbm) apabila seorang guru lelaki dikenali sebagai Cikgu Anand berkongsi pandangannya tentang sambutan hangat dan tidak terkawal orang ramai sewaktu IShowSpeed tiba di Malaysia.

Menurutnya, dia tidak bersetuju dengan tindakan ratusan anak muda yang bersesak di restoran baru ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’, Pavilion Kuala Lumpur semata-mata untuk berjumpa dengan ‘streamer’ berkenaan.

Sumber: TikTok (@cikguanandbm)

Bukan sahaja menimbulkan kekecohan di situ, malah para peminat juga telah menjerit dan bersorak nama IShowSpeed berulang kali tanpa henti.

“Saya tengok video tu saya malulah dan saya sangat risau tentang masa hadapan generasi muda dan negara kita. Korang ke pemimpin masa depan negara?

“Apa yang bermain dalam fikiran korang? Dia adalah seorang influencer, apakah sumbangan individu itu kepada masyarakat? Kosong. Apakah sumbangan individu itu kepada negara? Kosong.

“Dan korang tergila-gilakan lelaki ini. Korang tolong sedar, kena faham masyarakat yang mengagung-agungkan pelakon, hiburan dan pelawak tak akan maju. Faham tak adik-adik,” ujar Cikgu Anand.


Anak Muda Perlu Fokus Masa Depan & Keluarga

Sebagai seorang yang bergelar guru, Cikgu Anand berasa kecewa dengan perkara ini selain berpendapat golongan anak muda sepatutnya memfokuskan diri pada perihal negara sebagai contoh peluang pekerjaan, kos sara hidup dan ekomoni Malaysia serta keluarga masing-masing.

“Saya pernah tengok mentaliti ini di negara India, mereka sangat mengagung-agungkan pelakon dan ia adalah mentaliti yang salah. Jangan ikut pemikiran sedemikian, kita adalah lebih baik dari itu.

“Tolong fokus kepada masa depan awak dan keluarga. Tolong! Itu sahaja yang saya boleh cakap,” tambah Cikgu Anand lagi.

@cikguanandbm Jangan terlalu mengagungkan pelakon dan influencer. #fyp #foryoupage #ishowspeed #malaysia #pavilion #pavilionkl #ishow #masyarakat #malay ##chinese #indian #hindu #uncleroger #nigelng #tiktokviral #tamil ♬ Sound effects of long beep.(1367478) – pluto

Pandangan Cikgu Anand Undang Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh guru tersebut.

“Setuju Cikgu Anand. Kita risaukan hal sebegini. Moga generasi muda akan membuka minda mereka,” ujar seorang wanita.

Pun begitu, ada yang berkata IShowSpeed pernah membantu saudara Islam yang lain sebelum ini dan wajar diminati ramai.

“IShowSpeed derma untuk Palestin, seorang mualaf. Memang orang akan minat dia. Dia memang berwatak sebegitu, tetapi dia dah banyak tolong orang ramai,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga yang memberi pendapat dari persepsi yang berbeza yang mana IShowSpeed boleh menunjukkan keunikan Malaysia dalam jelajahnya.

“IShowSpeed tu dia buat siaran langsung pergi ke bermacam negara. Live dia ramai orang dekat luar negara tengok. Jadi bila IShowSpeed tu datang ke Malaysia, dia dapat tunjuk apa yang ada di negara ini dekat orang luar,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@cikguanandbm)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd