“Ingatkan Dalam Rupanya…” – Gelagat 2 Lelaki Enjoy Berkayak Ketika Banjir Cuit Hati Ramai
Difahamkan dua lelaki tersebut berkayak di Alor Setar, Kedah sekitar Star City Hotel.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada ketika ini, terdapat beberapa buah negeri di Pantai Timur seperti Kedah dan juga Pulau Pinang terkesan akibat bencana alam. Sebelum ini, air pasang dan ombak besar laut di Pulau Pinang telah menyebabkan banyak sampah sarap berlonggok sekitar pantai.
Bukan itu sahaja, banyak juga bangunan telah musnah akibat pokok tumbang selepas ribut dan hujat lebat di negeri berkenaan.
Dalam perkembangan di Kedah, pertembungan air pasang besar dan limpahan air Sungai Kedah telah menyebabkan Alor Setar dilanda banjir kilat.
Baca Artikel Berkaitan: “Laut Pulangkan Semula” – Longgokan Sampah Akibat Ombak Besar Di Pulau Pinang Buat Ramai Kecewa
2 Lelaki Berkayak Semasa Banjir Di Alor Setar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@yesimkimiey) menyaksikan situasi terkini banjir di Alor Setar, Kedah sekitar Star City Hotel.
Menerusi video tersebut, kelihatan air keruh membanjiri kawasan jalan raya di bandar tersebut. Oleh disebabkan air yang ‘dalam’, dua orang lelaki dilihat berkayak di lokasi berkenaan.
Pada saat ke 7 video itu dimainkan, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Alza dilihat melalui laluan bertentangan. Tidak seperti yang disangka, banjir tersebut tidaklah sedalam yang difikirkan.
Banjir Bawah Paras Tayar Kereta
Kelihatan banjir berkenaan hanya di paras bawah tayar kereta. Dalam erti kata mudah, seseorang pun masih boleh berjalan di kawasan itu. Jika kereta tak lalu waktu tersebut, mesti ramai di antara kita yang masih ‘tertipu’!
Walaupun kawasan itu sedang dilanda banjir, tetapi ia tidak mematahkan semangat dua lelaki untuk berseronok.
@yesimkimiey #banjir2024 #alorsetar ♬ bunyi asal – sᴀʀɪᴘʙɪɴᴅᴏʟʟ
Ramai Terhibur Lihat 2 Lelaki Berseronok Berkayak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dan tidak menyangka dengan ‘plot twist’ tersebut.
“Ingatkan dalam sangatlah sampai boleh berkayak,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ada individu yang berpendapat ia adalah waktu yang paling sesuai untuk menggunakan kayak yang sudah dibeli.
“Okaylah ni. Alang-alang dah beli kayak kan, ni la masa nak guna. Berbaloi laburkan duit,” ujar seorang individu.
Sementara itu, ramai juga yang sempat berseloroh melihat situasi tersebut.
“Helmet mana bang? Tak pasal-pasal kena saman dengan polis,” jelas seorang lelaki.
Segelintir warganet dalam masa sama menasihati lelaki berkayak untuk menjaga keselamatan masing-masing.
Lembu Tiba-tiba Muncul Depan Pintu Ketika Banjir
Walaupun banjir merupakan bencana yang patut dikhuatiri orang ramai, tetapi pasti ada sahaja kisah lucu yang terjadi. Seperti sebelum ini, seekor lembu yang basah kuyup dilihat tiba-tiba muncul di pintu masuk sebuah kediaman dalam keadaan tenang.
Kemunculan haiwan itu dipercayai mungkin terlepas daripada kandang ternakannya dan ingin mencari tempat perlindungan sewaktu berlaku banjir di negeri Pantai Timur.
Di ruangan kapsyen video berkenaan, pemilik video sempat membuat gurauan kononnya lembu tersebut tersilap datang memandangkan sekarang bukan hari raya.
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Sesat Kot” – Lembu Muncul Depan Rumah Waktu Banjir Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: Duit Rosak Akibat Banjir? Ini Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Tukar Di Bank
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram