Now Reading
[Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai

[Video] Lelaki Jadi ‘Hero’ Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi Dipuji Ramai

Lelaki tersebut telah bertindak menurunkan sebuah bakul agar anak kucing yang terperangkap dalam perigi itu boleh masuk ke dalamnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang manusia, adalah penting untuk kita bersikap prihatin terhadap satu sama lain. Bukan sahaja terhadap individu lain, malah dengan semua jenis makhluk termasuklah tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Sebelum ini, tular sebuah video menunjukkan seorang pekerja pembersihan lelaki sedang menyapu sampah sarap lalu mengangkat seekor anak kucing yang berada di atas jalan raya.

Lebih mengharukan adalah apabila lelaki berkenaan meletakkan si bulus di atas bahu kemudian meneruskan tugasnya seperti biasa. Memang comel!

Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Nak Campak” – Tukang Sapu Dipuji Lepas Angkat Kucing Di Jalan Raya


Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ceobaran) menyaksikan satu momen menyentuh hati apabila seorang lelaki terserempak dengan seekor anak kucing dalam sebuah perigi yang dalam dan gelap.

Menerusi video perkongsian, kelihatan si bulus sedang mengiau dengan kuat tanpa henti seolah-olah sedang meminta bantuan sesiapa di kawasan sekitar untuk menyelamatkannya.

“Dengan panik, kucing itu mengiau berterusan, berharap ada yang akan membantunya. Ia berusaha naik ke atas, tapi tak mampu,” menerusi kaspyen di video itu.

Sumber: TikTok (@ceobaran)

Lelaki Turunkan Bakul Kosong Untuk Selamatkan Si Bulus

Lelaki yang menyedari perkara tersebut kemudian menyuluhkan lampu ke arah anak kucing berkenaan sebelum bertindak mengambilnya.

Daripada video berkenaan, lelaki itu dilihat mengikat seutas tali pada sebuah bakul kosong. Bakul tersebut kemudian diturunkan secara perlahan-lahan ke dalam perigi. Tidak lama kemudian, si bulus telah memasuki bakul yang disediakan itu.

Tanpa membuang masa, ‘wira’ tersebut mengangkat bakul secara perlahan-lahan bagi menyelamatkan si comel itu.

“Akhirnya selamat sampai di atas. Anak kucing berkenaan boleh pulang ke ibunya dengan selamat,” tambah kapsyen video berkenaan.

https://www.tiktok.com/@ceobaran/video/7415538700731387143

Ramai Puji Tindakan Lelaki Baik Hati Bantu Selamatkan Kucing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat memuji tindakan lelaki tersebut kerana prihatin terhadap haiwan tersebut.

“Syukur alhamdulillah ada hamba Allah datang membantu. Terima kasih tuan,” jelas seorang individu.

Malah ramai juga dilihat menitipkan doa yang baik-baik buat si penyelamat kucing.

“Syukur alhamdulillah selamat. Terima kasih orang baik moga Allah dapat balas budi baik kamu. Ya Allah lindungilah semua makhlukMu amin,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga individu meluahkan rasa sebak melihat si bulus mengiau tanpa henti bagi meminta bantuan.

“Syukur ada yang selamatkannya. Sedih dengar rintihannya (anak kucing) minta tolong,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ceobaran)

Bersikap Ihsan Terhadap Haiwan Dituntut Dalam Islam

Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berbuat baik kepada semua makhluk Allah SWT termasuklah juga kepada haiwan adalah dituntut dalam Islam.

Sumber: Pexels

Seperti mana firman Allah SWT dalam al-Quran:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

[Surah al-An’am: 38]

Mereka yang bersikap baik dengan haiwan juga akan diberi ganjaran pahala di sisi-Nya.

Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd