Now Reading
Akaun X KWSP & SPR Digodam, Untuk Promosi Mata Wang Kripto

Akaun X KWSP & SPR Digodam, Untuk Promosi Mata Wang Kripto

Beberapa akaun X telah digodam bagi mempromosikan token SOL oleh platform ‘blockchain’ Solana.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beberapa akaun laman X di seluruh dunia, termasuk Malaysia, digodam dengan mesej atau hantaran yang sama.

Difahamkan ia bertujuan untuk mempromosikan token $HACKED oleh Solana, iaitu sebuah platform ‘blockchain’ yang menggunakan mata wang kripto ‘SOL’.

Antara akaun X tempatan yang terjejas termasuk agensi kerajaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta Malaysia Gazette.

Kesemua akaun tersebut kini telah kembali kepada asal setakat artikel ini ditulis.

https://twitter.com/localrkyt/status/1836479713294065970
https://twitter.com/SolanaFloor/status/1836477291947528681

Godaman Untuk Promosikan Token Kripto HACKED

Menurut Decrypt, penggodam cuba untuk mempromosikan satu ‘meme coin’ yang pelik, HACKED, menerusi “godaman yang paling teruk sepanjang tahun.” Oleh itu tidak mengejutkan apabila token SOL berkenaan tidak menerima banyak daya tarikan.

Memandangkan godaman tersebut hanya menyasarkan akaun X, sesetengah percaya bahawa penggodam sebenarnya bertujuan untuk menyerang platform itu sendiri dan bukannya pengguna individu atau mana-mana negara menerusi skema token kripto ‘pump-and-dump’ itu.

Namun begitu, insiden ini menekankan kepentingan mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA) bagi melindungi akaun dalam talian.

Beberapa individu menyifatkan operasi godaman itu sebagai tidak masuk akal jika ia bertujuan untuk scam duit daripada orang ramai.


Penggodam Mungkin Hanya Dapat $8,000

Walau bagaimanapun, tiada pihak yang dapat memastikan berapa banyak yang berjaya diambil oleh penggodam.

Namun, BleepingComputer berkata token tersebut mempunyai 42 pemegang dengan permodalan pasaran (market capitalization) sekitar $5,000 ketika mereka menyedari godaman terbabit.

Token itu kemudiannya telah mempunyai 436 pemegang dengan permodalan pasaran meningkat kepada $166,175.57, setakat artikelnya diterbitkan.

Menurut penyiasat kripto ZachXBT, penggodam mungkin berjaya mendapatkan $8,000 dalam operasi godamannya walaupun skala serangannya yang agak besar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd