“Laut Pulangkan Semula” – Longgokan Sampah Akibat Ombak Besar Di Pulau Pinang Buat Ramai Kecewa
Sampah sarap yang banyak itu berada sekitar pusat membeli-belah Straits Quay, George Town di Pulau Pinang selepas ribut dan ombak besar melanda.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak semalam (17 September) kecoh di media sosial apabila orang ramai khususnya penduduk Pulau Pinang berkongsi fenomena air pasang besar, hujan lebat dan ribut di negeri tersebut. Ia sekaligus menyebabkan ombak besar berlaku.
Memetik Berita Harian, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai berikutan cuaca tidak baik dan keadaan ombak tinggi.
Mengulas lanjut mengenai kejadian ini, tular video di X (Twitter @update11111) menunjukkan bangunan musnah akibat pokok tumbang. Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar Tree Square, Tanjung Bungah di Pulau Pinang.
PULAU PINANG–
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 18, 2024
Pokok tumbang di Tree Square, Tanjung Bungah susulan hujan lebat dan angin kencang hari ini. pic.twitter.com/XGxkl3VWYe
Banyak Sampah Sarap Terdampar Akibat Ombak Besar & Ribut Di Pulau Pinang
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila wanita dikenali sebagai Petra Burton berkongsi suasana di sekitar pusat membeli-belah Straits Quay, George Town, Pulau Pinang selepas ribut dan ombak besar melanda.
Menerusi foto-foto tersebut, kelihatan sampah sarap daripada laut berlonggokan di darat sekitar pusat beli-belah itu.
Bungkusan plastik, sisa makanan, botol minyak petrol, selipar terbiar dan banyak lagi. Longgokan sampah sarap berkenaan dipercayai milik segelintir individu tidak bertanggungjawab yang bertindak mencemarkan alam sekitar.
“Laut kembalikan sampah kita,” ujar Petra di ruangan kapsyen.
Ramai Kecewa Dengan Individu Yang Buang Sampah Ke Dalam Laut
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang sampah sarap yang bertaburan itu.
“Aku tak akan faham dengan orang yang pergi tempat cantik macam pantai ni kemudian selamba buang sampah dalam laut atau atas tanah. Memalukan diri sendiri,” ujar seorang lelaki.
Malah ada yang berkata, perkara sebegini sering berlaku dalam kalangan masyarakat.
“Manusia tak beradab ada di mana-mana. Saya dah nampak banyak kali pakcik dan makcik buang sampah di Kampung Sungai Perak di Perak dan sampah yang sama mengalir ke laut. Sekarang laut hanya pulangkan balik kepunyaan kita,” jelas seorang individu.
Bagi menangani masalah sampah sarap yang banyak, segelintir individu berharap agar komuniti khusus akan bekerjasama bagi membersihkan kawasan laut.
Sementara itu, ramai juga meluahkan rasa kecewa kerana kesedaran tentang kebersihan alam sekitar masih kurang.
“Kekurangan didikan yang sewajarnya. Mereka ingat ia hanya sekadar kekotoran dan tidak cakna bahawa tempat sebenar sampah adalah dalam tong sampah,” kata seorang pengguna Facebook.
Menjaga Alam Sekitar Adalah Satu Tuntutan Dalam Islam
Untuk pengetahuan semua, menjaga alam sekitar merupakan salah satu tuntutan yang dititik beratkan dalam agama Islam.
Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, melakukan kerosakan ke atas muka bumi termasuk dalam larangan Tuhan Yang Maha Esa. Oleh disebabkan itu, para Muslim wajib mentaati dan menjauhi segala larangan-Nya.
Allah SWT berfirman:
وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Maksudnya: “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”
[Surah al-Qasas: 77]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Port OOTD Dicemari Sampah Lepas Ada Pihak Sambut Birthday
Baca Artikel Berkaitan: “Masih Minda Kelas Ketiga”- DBKL Kecewa Banyak Sampah Di Jalan Lepas Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram