Now Reading
[Video] Wanita Terkejut Harga ‘Buah Cedok’ RM32

[Video] Wanita Terkejut Harga ‘Buah Cedok’ RM32

Menurut Cik Zatul, dia membeli buah potong buah potong sewaktu berkunjung ke sebuah acara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buah merupakan salah satu makanan yang sihat dan bagus, ini kerana ia mempunyai pelbagai khasiat dan juga vitamin untuk badan manusia.

Ada yang gemar membeli buah-buahan yang belum dipotong dan ada juga segelintir dari kita lebih memilih membeli buah-buahan yang sudah sedia dipotong.

Malah buah-buahan yang sudah dipotong ini memudahkan orang ramai kerana ia sudah siap dibasuh dan boleh terus dimakan sebaik membelinya.

Wanita beli buah potong terkejut dengan harga di cas

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Cik Zatul turut melakukan perkara yang sama apabila dia membeli buah potong sewaktu berkunjung ke sebuah acara.

Apa yang lebih menarik, buah potong yang dibelinya itu adalah buah cedok – campuran pelbagai jenis buah-buahan yang mengikut kehendak pelanggan.

Oleh itu, dia memilih untuk mengambil buah jenis jambu batu setengah biji, jambu air dua biji, nenas satu potong besar, buah pelam atau mangga epal satu potong.

Buah-buahan yang dibelinya dalam sebuah bekas yang dipercayai bersaiz sederhana itu juga disira dengan kuah serta kekacang seperti rojak.

Buah potong berharga RM32

Namun apa yang membuatkan wanita tersebut terkejut harga untuk sebekas buah potong yang diambilnya itu berharga RM32.

“Beli buah dekat acara, ceduk-ceduk (jambu batu 1/2, jambu air 2 biji, nenas 1 potong, buah pelam 1 potong, buah pelam epal 1 potong). Kira-kira sebekas ni RM32, terkejut kita,” ujarnya dalam video tersebut.

Namun di ruang kapsyen, Zatul menjelaskan meskipun sudah dicas mahal tetapi dia tetap membeli buah-buahan potong setiap kali pergi ke mana-mana acara.

https://www.tiktok.com/@cikzatul._/video/7414520934133976327

Di dalam komen, Zatul menjelaskan dia maklum harga untuk 100 gram buah berharga RM3.50 dan mengambilnya seperti yang diterangkan dalam video.

“…Kena RM32 tu ibarat saya ambil buah untuk 1 kilogram (berat) harganya,” kata Zatul lagi.

Ramai luah pernah berdepan situasi sama

Melihat di ruang komen, ramai yang meluahkan mereka juga pernah berdepan situasi sama apabila dicas pada harga yang tak masuk akal atau mahal apabila membeli di acara seperti festival makanan dan sebagainya.

“Aku dah kena RM36 terus cancel, makan nasi.”

“Tempat saya kalau ada food fest mesti peniaga-peniaga asal tempat tu termenung tak ada pelanggan padahal food festival mahal”

“Saya puas hati beli buah RM20 dekat acara Kak Nab di booth Pak Teh Fruits. Banyak buah 1 bekas bulat tu.”

“Sama… terkena baru beli dekat acara di Dataran Segamat baru-baru ni.. Satu potong jambu batu.. 1 potong sengkuang, 1 poting mangga jumlan RM35”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd