“Siap Kaburkan Muka & Jaga Privasi” – Konten TikTok Pemandu Bas Di LA Ini Curi Perhatian
Menerusi video tular, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Noe Murillo itu sedang menunjukkan rutin hariannya sebagai seorang pemandu bas namun langsung tidak mendedahkan wajah para penumpang cilik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial tentang kes seorang pemandu bas dikenali sebagai ‘Abang Bas’ yang selalu memuat naik konten melibatkan murid-murid sekolah.
Selepas beberapa hari ditahan, ‘Abang Bas’ hari ini (17 September) telah dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM40,000 di Kompleks Mahkamah Muar.
Walaupun kes ini kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi warganet masih berdebat tentang isu berkenaan lebih-lebih mengenai kesedaran orang ramai tentang etika melakukan sesebuah konten melibat kanak-kanak bawah umur.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Abang Bas’ Dibebaskan Selepas Diikat Jamin RM40,000, Diwakili Peguam Pensil [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Masyarakat Kurang Cakna Kes Jenayah ‘Child Grooming’, Anggap Sekadar Jenaka
Pemandu Bas Di LA Kaburkan Muka Kanak-kanak Dalam Video Konten Di TikTok
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan seorang pemandu bas dikenali sebagai Noe Murillo dari Los Angeles, California di Amerika Syarikat yang berkongsi rutin hariannya membawa penumpang.
Menerusi video itu, kelihatan Murillo sedang menjemput kanak-kanak pulang. Konten yang dimuat naik oleh lelaki tersebut tidak tertumpu pada kanak-kanak sekolah sahaja, tetapi pengalamannya sendiri sebagai seorang pemandu bas.
Murillo memulakan harinya dengan memeriksa keselamatan bas sekolah terlebih dahulu termasuklah tayar, brek tangan dan sebagainya. Dia kemudian menuju ke sebuah bandar dipanggil sebagai Moorpark, California bagi menjemput sekumpulan kanak-kanak.
Perkara yang mengundang perhatian adalah Murillo menjaga privasi setiap murid dalam bas dengan mengkaburi setiap wajah mereka. Bermula dari memasuki kenderaan tersebut, sehinggalah anak murid turun daripada bas.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Media Selalu Kaburkan Muka Pesalah atau Orang Kena Tuduh? Ini Penjelasannya
Pemandu Bas Jaga Jarak Selamat Dengan Murid Sekolah
Sambil menunggu kepulangan pelajar, pemandu bas itu kemudian meneruskan aktiviti hariannya iaitu berkayak. Selepas selesai, dia bergegas beredar dari sana dan menjemput para pelajar seperti biasa.
Perkongsian ini kemudian mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @lissalaila_).
“Macam inilah cara buat konten tepat sebagai seorang pemandu bas sekolah. Nampak macam mana di kekalkan jarak selamat tapi masih mudah didekati dengan pelajar? Nampak macam mana dia kaburkan muka mereka?” ujar pemilik akaun X itu.
Mana abang bas mana? Macam ni lah cara buat content tepat sebagai seorang pemandu bas sekolah. See how he's keeping safe distance but still is approachable to the kids? See how he blurs out their faces? Very safe, very mindful… pic.twitter.com/3qWBuyHk3n
— (madam) lissa angking (@lissalaila_) September 16, 2024
Garis Panduan Untuk Kandungan Kanak-kanak Bawah Umur Bakal Diwujudkan?
Untuk info, Kementerian Komunikasi kini merancang untuk mewujudkan satu garis panduan bagi merakam foto, video atau kandungan berkaitan kanak-kanak bawah umur sebagai rujukan awam.
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, cadangan itu akan dikemukakan dalam usaha membanteras penyalahgunaan gambar atau video kanak-kanak sekaligus membendung aktiviti eksploitasi terhadap golongan terbabit.
Ramai Setuju Dengan Cara Murillo Lakukan Konten Sebagai Pemandu Bas
Menjengah ke ruangan balas, ramai berpendapat bahawa Murillo menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang pemandu bas.
“Pemandu bas sekolah ini menjaga jarak selamat, mesra dengan kanak-kanak dan mengaburkan wajah mereka untuk keselamatan dan privasi. Contoh yang baik!” ujar seorang individu.
Malah ada juga individu berkata konten sebegitu sesuai dilakukan bersama kanak-kanak.
“Ini adalah cara untuk buat konten. Bukannya (cakap) tunggu ‘crush’. Salah tetap salah. Mengaku je kesalahan tu, ni tidak lagi nak tegakkan benang yang basah,” kata seorang pengguna X.
Sementara itu, ada juga beranggapan bahawa pemandu bas sepatutnya menjadikan rutin harian mereka sebagai sebuah konten dan bukannya menunjukkan kanak-kanak sebagai tontonan umum.
“Ya betul! Nak buat konten boleh nak tunjuk apa yang kita buat setiap hari tetapi kena tahu batas. Walaupun ibu bapa okay je sebab kononnya dah lama kenal, tapi benda-benda macam ni boleh undang fitnah dekat orang lain dan salah anggap,” jelas seorang lelaki.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram