[Video] Khairul Aming Bawa 100 Staf Nikmati Percutian Mewah Di Pulau Pinang Raih Perhatian Ramai
Menurut Khairul Aming, sepanjang lawatan ini kesemua staf dilarang membincangkan mengenai kerja kerana ingin mereka bergembira sewaktu percutian tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu yang bekerja dengan sesebuah syarikat tentunya mahu kebajikan mereka dijaga dengan baik.
Malah mendapat majikan yang baik dan sentiasa menitik beratkan keselesaan pekerjanya merupakan satu nikmat besar buat pekerja.
Khairul Aming bawa staf bercuti di Pulau Pinang
Baru-baru ini, influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) yang dilihat membawa kakitangannya bercuti ke Pulau Pinang.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di X, KA telah membawa seramai 100 kakitangannya ke pulau berkenaan menggunakan dua bas.
Tutup kilang selama 5 hari untuk rai pekerja
Malah dia juga turut menutup operasi kilang selama lima hari untuk percutian tersebut.
Apa yang lebih menarik perhatian, dia dilihat meraikan penat lelah staf dengan percutian di hotel lima bintang bersama pemandangan laut, duit belanja, makan serta membayarkan segala segala aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di sana.
Menurut KA, percutian itu merupakan antara perkara wajib yang perlu dilakukan untuk setiap tahun.
“Jangan pelik dengan aku yang pakai macam YB ni, sebab hari tu baru habis meeting (berjumpa) dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon. Haa terus kejar penerbangan datang ke sini untuk sambut dia orang (staf),” katanya dalam video tersebut.
Dalam video berkenaan, kelihatan mereka melakukan beberapa aktiviti ketika berada di Angsana Teluk Bahang iaitu bermain bola tampar pantai.
Pekerja tak dibenarkan mesyuarat, atau bincang tentang kerja sepanjang lawatan
Jelas KA sewaktu lawatan bersama syarikat para pekerja tidak dibenarkan untuk mempunyai sebarang mesyuarat, ucapan mahupun perbincangan mengenai prestasi kerja. Ini kerana, dia mahu semua kakitangan bergembira sepanjang lawatan berkenaan.
Sewaktu berada di sana mereka juga sempat berkunjung ke Taman Tema Escape Park Pulau Pinang untuk bermain air serta beberapa lagi aktiviti lain.
Kelihatan wajah-wajah staf yang bekerja dengan KA seronok sepanjang menyertai aktiviti di taman tema berkenaan. Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti air seperti bermain Donut boat, Banana Boat, dan juga paragliding.
Bersyukur dah empat tahun bersama pekerja yang setia
Bukan hanya itu, KA turut menempah sebuah restoran untuk meraikan kakitangannya dan pada malam tersebut selain makan malam mereka juga berkaraoke.
“Alhamdulillah ini dah masuk tahun keempat aku dengan dia orang (staf) dan mereka pun sangat setia dengan syarikat.
“Terima kasih sangat-sangat walaupun kita hanya ada dua produk sahaja. Kita berdoa agar boleh terus berkongsi rezeki dengan staf-staf kita,” katanya lagi.
Kita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang
— Khairulaming (@khairulaming) September 12, 2024
Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar georgetown, makan nasi kandar, grand dinner… pic.twitter.com/h6TyVUyS41
Melihat di ruangan balas, ramai yang rasa seronok apabila melihat perkongsian KA. Malah ada juga yang mahu bekerja dengan influencer ini sekiranya ada kekosongan dan peluang di syarikatnya.
Tidak kurang juga ada yang memuji KA sebagai seorang majikan yang bagus kerana terpapar jelas keriangan pekerja yang bekerja dengannya.
“Bestnya, semoga staf makin gembira dan semangat untuk kerja”
“Semoga dicontohi majikan lain”
“Kami tak cemburu, kami tahu peniaga lain semua nak kejar gelaran billionaire. Sebab itu ketua kedai pun gaji RM2,300.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.