[Video] Demi Jumpa Uncle Roger, Ramai Budak Sanggup Beratur Pada Hari Pertama Pelancaran
Kanak-kanak lelaki itu merupakan salah seorang pelanggan yang turut beratur panjang untuk melawat Restoran ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
‘Comedian’ dari Malaysia yang popular dengan gelaran ‘Uncle Roger’ atau nama sebenarnya Nigel Ng menjadi perhatian masyarakat Malaysia selepas dia membuka restoran pertamanya di Kuala Lumpur, Malaysia.
Pembukaan kedainya di Pavilion Kuala Lumpur yang dilancarkan semalam (11 September) mendapat sambutan yang cukup hangat.
Team TRP yang berkesempatan ke sana melaporkan terdapat ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mengunjungi Restoran ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’ pada hari pertama pembukaannya.
Baca Artikel Berkaitan: Uncle Roger’s KL Restaurant Draws Long Lines, High Praise And Some Roasting
Kanak-kanak Teruja Impiannya Untuk Jumpa Uncle Roger Jadi Realiti
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@yang), seorang kanak-kanak lelaki merupakan salah seorang pelanggan yang turut beratur panjang untuk melawat restoran milik Uncle Roger.
Difahamkan kanak-kanak tersebut berkunjung ke sana bersama ayahnya untuk membolehkan dirinya bergambar dengan ‘comedian’ berkenaan.
Selepas mengetahui niat kanak-kanak berkenaan, TikToker dengan jumlah pengikut 5.1 juta dikenali sebagai Pinn Yang membantu si kecil itu untuk berjumpa dengan Uncle Roger.
Selepas membuat kemunculan kepada para pengunjung di kedainya, Nigel bertemu dengan kanak-kanak itu dan menyapanya dengan penuh mesra.
Si kecil itu memberitahu bahawa dia sudah mengikuti Uncle Roger di TikTok dan nasi goreng set kanak-kanak di restoran berkenaan menerima reaksi ‘Fuiyoh’ daripada anak kecil berkenaan.
Di akhir video, kanak-kanak berkenaan bukan sahaja dapat bergambar bersama Uncle Roger, tetapi dia juga sempat mengambil video bersama sebagai kenangan.
Video tersebut telah meraih 218, 900 tontonan setakat artikel ini ditulis.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Kanak-Kanak Teruja Jumpa Uncle Roger
Menjengan ke ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen berpendapat Uncle Roger juga boleh tersenarai sebagai salah seorang influencer di Malaysia selepas Khairul Aming dan Pinn Yang.
Pendapat itu diberikan berkemungkinan selepas melihat reaksi positif dari kanak-kanak berkenaan yang teruja dalam berjumpa dengan Uncle Riger.
Namun, wujud segelintir netizen yang berpendapat bahawa kanak-kanak tidak sesuai untuk meminati ‘comedia’ berkenaan kerana dianggap tidak sesuai dengan cara pertuturan dalam video.
Selain itu, mereka turut mempersoalkan sama ada restoran itu mempunyai sijil halal atau tidak.
Uncle Roger Sedang Tunggu Sijil Halal Dari JAKIM
Dalam video dimuat naik di laman Instagram KL Foodie, Uncle Roger memberitahu bahawa restorannya ini memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Kami sedang apply sijil halal dari JAKIM. JAKIM, cepat sikit. Kenapa lambat sangat. Cepat cepat bagi sijil,” kata Uncle Roger.
Latar Belakang Tentang Uncle Roger
Nigel Ng yang merupakan seorang rakyat Malaysia dilahirkan pada 15 Mac 1991 kini sudah berusia 33 tahun dan cukup popular dengan watak komedinya bernama ‘Uncle Roger’.
Selain bergelar pelawak, Uncle Roger yang berpangkalan di United Kingdom juga mempunyai perniagaan produk dikenali sebagai ‘Creamy Chili Crab Pasta’.
Meskipun mempunyai jumlah pengikut seramai 4.5 juta di laman Instagram, namun ia tidak dapat menyaingi bilangan ‘subscriber’ di laman YouTube miliknya yang mencecah 9.5 juta.
Nama Uncle Roger mula dikenali pada tahun 2020 selepas dia membuat pelbagai video di YouTube sambil menunjukkan reaksi serta komen jujur terhadap gaya masakan Asia yang dilakukan oleh orang lain.
Bukan itu sahaja, dia juga dilihat berani mengkritik cara masakan oleh cef selebriti terkenal seperti Jamie Oliver dan Gordon Ramsay.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Pecahkan Rekod Dunia, Uncle Roger Pelawa Orang Ramai Tiru Pemakaiannya Pada 14 September
Baca Artikel Berkaitan: Uncle Roger Kongsi ‘Progress’ Pembukaan Restoran Pertama Di KL, Sedang Usaha Dapatkan Sijil Halal
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.