Taufan Yagi Di Vietnam: Pengguna Jalan Raya Eskot Penunggang Motosikal Lepasi Jambatan
Difahamkan Taufan Yagi yang kini melanda Vietnam menyebabkan penunggang motosikal ditiup angin kuat sewaktu berada di atas sebuah jambatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada Sabtu lalu (7 September), Taufan Yagi iaitu taufan paling kuat di Asia bagi tahun 2024Â telah melanda utara Vietnam. Taufan tersebut telah memberi kesan buruk kepada kawasan perumahan dan perindustrian di sana.
Ia bukan sahaja merosakkan harta benda, malah ia juga telah meragut nyawa penduduk. Bukan setakat itu sahaja, negara tersebut turut digemparkan dengan insiden runtuhan Jambatan Phong Chau di wilayah Phu Tho.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Ho Duc Phoc, 10 buah kereta dan dua skuter telah terjatuh susulan runtuhnya jambatan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Taufan Yagi: Dashcam Kereta Rakam Saat Jambatan Di Vietnam Runtuh
Penunggang Motosikal Sukar Lepasi Jambatan Akibat Taufan Yagi Di Vietnam
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @mynewshub) menyaksikan situasi menyentuh hati dalam kalangan pengguna jalan raya di Vietnam.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang penunggang motosikal sukar melepasi sebuah jambatan akibat angin kencang daripada Taufan Yagi yang sedang berlaku di sana.
Oleh disebabkan rintangan dan tiupan angin kuat, kenderaan ringan tersebut sukar bergerak dari lokasi itu. Kelihatan penunggang motosikal yang sama seolah-olah ‘ditiup’ ke belakang oleh ribut berkenaan.
Cakna dengan situasi itu, dua kereta putih yang berada di lokasi kejadian bertindak mengeskot penunggang motosikal tersebut sepanjang melalui jambatan.
Banyak Lori Lindungi Penunggang Motosikal Untuk Melepasi Jambatan
Menerusi sebuah lagi video, kelihatan sekumpulan penunggang motosikal turut dibantu oleh banyak kenderaan berat seperti lori dan juga van.
Para pemandu dilihat membentuk halangan daripada rintangan angin buat penunggang motosikal agar mereka dapat melepasi jambatan tersebut dengan selamat.
“Sekiranya tidak dibantu, ada kemungkinan penunggang motosikal berkenaan boleh melayang kerana kekuatan Taufan Yagi yang mencecah 223 kilometer sejam,” kata MYNEWSHUB di X.
Pengguna jalan raya di Vietnam memperlihatkan sifat belas ehsan yang mengagumkan ketika taufan terkuat di Asia tahun ini, Yagi mula membadai negara itu beberapa hari lepas.
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 9, 2024
Pengguna kereta dan lori membentuk penghalang di sisi penunggang motorsikal bagi membolehkan mereka… pic.twitter.com/CT4BQ3MYKL
Ramai Puji Tindakan Individu Yang Sudi Bantu Penunggang Motosikal
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna X dilihat memuji tindakan pengguna jalan raya yang sudi membantu orang yang sedang berada dalam kesusahan.
“Contoh yang baik perlu diikuti,” kata seorang lelaki.
Malah, beberapa individu turut berasa sebak melihat situasi menyentuh hati itu.
“Tengok (video) ni pun rasa nak nangis,” ujar seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Bantu Tunda Motosikal Orang Lain Walau Sudah Lambat Masuk Kerja Raih Pujian
Angka Kematian Meningkat Kepada 127 Orang
Memetik South China Morning Post, angka nyawa terkorban ekoran Taufan Yagi di Vietnam telah meningkat kepada 127 orang setakat malam semalam (10 September).
Sementara itu, sejumlah 764 penduduk mengalami kecederaan manakala 54 yang lain dilaporkan masih hilang akibat bencana alam ini.
Hujan lebat yang berterusan mencetuskan banjir serta tanah runtuh, menimbuskan rumah masyarakat setempat, menghanyutkan jambatan dan kini mengancam ibu kota Hanoi.
Di beberapa wilayah utara termasuk pinggir bandar Hanoi, penduduk juga terpaksa mengharungi banjir setinggi lutut.
@disaster_nature1 Typhoon Yagi is raging in Vietnam today. May God bless everyone 🙏🇻🇳🇺🇸#typhoonyagi #yagi #vietnam #usa #weatherworld #storm #natrual #disaster #new #2024 #fyp ♬ Danger – SoundAudio
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram