“Susahkan Hidup Orang!” – Penghuni Flat Enggan Buang Sampah Dalam Tong Disediakan Undang Perhatian
Walaupun terdapat tong yang disediakan dalam rumah sampah di flat sekitar Cheras, Selangor itu, namun segelintir penduduk masih ‘berkeras’ untuk membuang sampah mereka di merata tempat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak di awal persekolahan, setiap individu sudah dididik untuk berakhlak mulia dan salah satu di antaranya adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran alam sekitar. Pun begitu, masih ramai yang mempunyai kurang kesedaran tentang isu ini dan masih berdegil untuk membuang sampah sarap merata tempat.
Seperti sebelum ini, pengunjung konsert Music Of The Spheres World Tour, Coldplay dikecam selepas membuang sampah sesuka hati sekitar Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Tempat tersebut telah dipenuhi dengan sisa-sisa makanan dipercayai milik para peminat yang sedang menunggu giliran untuk memasuki pintu utama konsert.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa
Penduduk Flat Tak Membuang Sampah Dengan Betul
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@jeffrey_g0h) menyaksikan perbuatan-perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di sebuah flat sekitar Cheras, Selangor.
Menerusi video rakaman litar tertutup (CCTV) itu, kelihatan ramai orang ramai membawa plastik berisi sampah ke rumah sampah yang disediakan di tingkat bawah flat.
Namun perkara yang mengundang perhatian adalah rata-rata daripada mereka tidak memasukkan sampah berkenaan ke dalam tong di depan mereka sebaliknya hanya membiarkan ia di atas jalan.
Walaupun pada sesetengah waktu tong besar itu dilihat kosong, namun mereka masih bertindak membuang di luar hingga menyebabkan pencemaran di kawasan sekitar.
Ada juga yang siap tertawa dan mengintai pada CCTV seolah-olah tidak rasa bersalah dengan kelakuan tidak bermoralnya.
Baling Sampah Tak Betul Hingga Isi Bertaburan Atas Jalan
Selain itu, kelihatan juga seorang wanita yang pada awalnya cuba membaling bungkusan sampah ke dalam tong, tetapi ia kemudian terkena pada tiang hingga menyebabkan isi sampah berkenaan bertaburan atas jalan.
Bukan itu sahaja, ada juga individu yang meninggalkan sampahnya di hadapan sebuah kereta yang diparkir walaupun rumah sampah tersebut betul-betul berada di depan matanya.
@jeffrey_g0h #CapCut #G4LL3RY_81 #CCTV #Idiot #BuangSampah ♬ Danger – SoundAudio
Ramai Kecewa Dengan Sikap Segelintir Penduduk Flat Kerana Buang Sampah Merata
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat kecewa dengan sikap penduduk flat yang tidak menjaga kebersihan kawasan perumahan tersebut.
“Anak aku umur 6 tahun kata, ‘apa la semua orang ni buang macam tu. Padahal dah besar’ (dewasa),” ujar seorang individu.
Ada juga individu yang berkongsi pengalaman sama yang dilaluinya apabila berjiran dengan orang bersikap sebegitu.
“Macam dekat blok rumah aku juga. Bukan main banyak tong. Sipi-sipi dekat bawah juga dia letaknya (sampah),” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai bersetuju bahawa tindakan lanjut perlu diambil ke atas individu terlibat agar perkara sama tidak lagi berulang pada masa hadapan.
“Kena denda baru faham. Buat pendedahan CCTV dan bagi amaran serta denda. Mesti takut punya. Buat mesyuarat satu flat dan panggil semua orang bagi tengok CCTV,” jelas seorang lelaki.
Baca Artikel Berkaitan: Pemungut Sampah Kecewa Segelintir Masyarakat Tak Ikat Sampah Dengan Betul
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Port OOTD Dicemari Sampah Lepas Ada Pihak Sambut Birthday
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram