Now Reading
Pendapat Majikan Yang ‘Work From Home’ Dapat Tingkatkan Produktiviti Pekerja Raih Pelbagai Reaksi

Pendapat Majikan Yang ‘Work From Home’ Dapat Tingkatkan Produktiviti Pekerja Raih Pelbagai Reaksi

Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa bekerja secara WFH yang terlalu lama membuat pekerja tidak pandai bergaul dengan orang lain serta berasa kesunyian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bekerja dari rumah atau work-from-home (WFH) sudah mula menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat pada zaman ini.

Sesetengah syarikat juga mewujudkan pilihan kerja secara hibrid di mana pekerja dibenarkan untuk hanya masuk ke pejabat beberapa kali sahaja dalam seminggu.

Jangan terkejut kerana ada juga segelintir syarikat yang 100% bekerja dari rumah dan pekerjanya tidak pernah berjumpa sesama mereka secara fizikal.


Majikan Anggap ‘Work From Home’ Beri Kemudahan Kepada Pekerja

Menerusi hantaran dimuat naik di laman LinkedIn oleh seorang pengguna bernama Keith Lau, individu ini berkongsi pengalaman ketika menemu bual seorang calon yang mahu bekerja di syarikatnya.

Antara soalan oleh calon tersebut yang menarik perhatiannya adalah sama ada mereka boleh ‘work from home’ secara tetap.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Keith yang juga ‘career coach’ menjawab soalan itu dengan menjelaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya pekerjanya mahu melakukan tugasan di mana-mana sahaja. Namun apa yang menjadi keutamaan adalah mereka perlu menyiapkan kerja mengikut waktu ditetapkan.

“Kami ambil anda untuk buat kerja dan percaya yang anda boleh menyiapkannya,” kata Keith.

Ujarnya lagi, dengan WFH pekerja boleh menjimatkan masa selama tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja. Keith juga berpendapat bahawa pekerja yang gembira akan meningkatkan produktiviti.

Keith juga menekankan bahawa kepercayaan kepada pekerja adalah kunci kepada segalanya.

“Kalau anda tak boleh percaya pada pekerja, kenapa ambil mereka untuk bekerja?,” soalnya.


‘Work From Home’ Undang Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Boleh dikatakan, hampir seluruh masyarakat dunia sudah merasai pengalaman bekerja dari rumah selepas ia semakin luas diamalkan oleh majikan terutamanya ketika dilanda pandemik Covid-19.

Oleh kerana tidak perlu bersiap dan menghadap kesesakan lalu jalan raya, ramai bekerja yang memilih untuk terus kekal bekerja dari rumah.

Malah, mereka turut berpendapat bahawa WFH ini meningkatkan produktiviti ketika bekerja sekaligus lebih banyak kerja dapat disiapkan meskipun perlu bekerja lebih masa.

Selain itu, netizen turut berpendapat bahawa mereka tidak perlu lagi untuk berebut meja (hot desk) di pejabat.

Walau bagaimanapun, wujud segelintir pihak yang kurang bersetuju dengan keputusan majikan untuk membenarkan ‘work from home’.

Antara faktor yang menyebabkan beberapa pekerja kurang gemar dengan pilihan untuk bekerja dari rumah adalah kerana ia boleh menyumbang kepada masalah kesunyian dan mula kekok untuk bersosial dengan masyarakat.

Seorang netizen berpendapat bahawa perkara ini boleh terjadi apabila seseorang terlalu lama terperap di dalam rumah dan tidak bergaul dengan orang luar.

Selain itu, ada juga majikan yang mengadu bahawa pekerja mereka mengelat dalam melakukan tugasan selepas ditemui di pusat membeli-belah ketika tempoh bekerja.

Seorang lagi pengguna menganggap bekerja dari rumah sebagai suatu perkara yang ‘overrated’ dan tidak sesuai untuk dilakukan bagi sesebuah syarikat bagi tempoh masa lama.

Pada masa yang sama, netizen turut meluahkan bahawa WFH boleh menjadi punca perniagaan seperti makanan, minuman, kilang, pasar raya dan sebagainya tidak mendapat sambutan sekiranya ramai yang bekerja dari rumah.


Pekerja Seluruh Dunia Gemar Dengan Pilihan Bekerja Secara Hibrid

Menerusi satu kajian yang dilakukan oleh Zoom bersama Reworked INSIGHTS pada April hingga Mei lalu melibatkan hampir 2,500 orang responden, mereka mendedahkan bahawa bekerja secara hibrid merupakan pilihan bekerja di seluruh dunia.

Hasil kajian mendapati 83% pekerja lebih produktif dan mampu menyiapkan tugasan lebih cepat dalam suasana hibrid berbanding melakukan kerja di pejabat.

Sementara itu, 84% pengurus dalam syarikat menyatakan bahawa peningkatan tahap produktiviti dalam kalangan pekerja menjadi keutamaan mereka apabila menentukan gaya kerja terbaik.

Sumber: Pexels

Walau bagaimanapun, 75% daripada golongan pengurus syarikat mengatakan mereka berkemungkinan akan menukar gaya kerja dalam organisasi pada tempoh dua tahun akan datang.

Baca Artikel Berkaitan: 83% Pekerja Seluruh Dunia Lebih Selesa Kerja Secara Hibrid, Lapor Zoom


Bagaimana Pula Dengan Pekerja Di Malaysia?

Dalam satu tinjauan Workmonitor 2024 oleh agensi pengambilan pekerja, Randstad mendapati 86% pekerja di Malaysia memilih untuk hadir ke pejabat tiga hari seminggu.

Menurut Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem, tinjauan yang membabitkan 517 pekerja di negara ini mendedahkan 39% daripada responden memilih untuk berhenti kerja jika diminta bekerja lebih lama di pejabat.

Sumber: Pexels

Jelasnya, trend WFH ini sering diminta oleh pekerja dalam kalangan muda iaitu sebanyak 49% dari Gen Z dan 47% lagi melibatkan golongan Milenium.

Baca Artikel Berkaitan: 86% Pekerja Di Malaysia Selesa Masuk Ofis 3 Kali Seminggu, Ada Sanggup Berhenti Jika Kerap Disuruh Ke Pejabat

Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Kedua Di Asia Tenggara Sebagai Negara Paling Ramai Pekerja Tidak Gembira


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd