Now Reading
Pakar Psikologi Kongsi Anak Boleh Alami ‘Luka Emosi’ Akibat Pengalaman Buruk Ketika Zaman Kanak-kanak

Pakar Psikologi Kongsi Anak Boleh Alami ‘Luka Emosi’ Akibat Pengalaman Buruk Ketika Zaman Kanak-kanak

Menurut pakar psikologi dikenali sebagai Aiman, anak boleh mengalami luka emosi iaitu rasa cemas dan kurang selamat akibat persekitaran yang toksik semasa membesar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai sikap dan sifat mereka tersendiri. Dalam erti kata mudah, lain orang lain perangainya.

Ada yang bersikap positif dan ada juga yang negatif. Kadangkala sikap negatif tersebut bukanlah keperibadian semula jadi seseorang itu, tetapi ia terbentuk akibat faktor pesekitaran yang mendesak mereka.

Sebagai contoh, ada segelintir individu yang lebih selesa tidak bergaul dengan orang ramai akibat kekurangan rasa yakin dalam diri.


Ramai Golongan Anak Mempunyai Tahap Keyakinan Diri Yang Rendah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) apabila seorang pakar psikologi iaitu @AimanPsikologi berkongsi tentang keadaan dialami oleh sesetengah golongan anak akibat pengalaman kurang menyenangkan bersama ibu bapa atau penjaga sewaktu usia muda.

Menurut Aiman, antara keadaan atau emosi yang sering diperhatikan dalam kalangan generasi sekarang adalah memikirkan sesuatu perkara secara berlebihan (overthinking), takut tentang tanggapan orang lain (judgemental) dan tahap keyakinan yang rendah (low self esteem).

Emosi-emosi ini juga dikatakan berkait rapat dengan penyakit anxiety.


‘Luka Emosi’ Anak Boleh Terbawa Sehingga Dewasa

Berbicara lebih lanjut mengenainya, Aiman juga menyentuh satu keadaan dipanggil sebagai ‘luka emosi’ yang dibawa ke alam dewasa.

Luka emosi ini terbentuk dalam diri apabila kanak-kanak mengalami pengalaman yang teruk semasa kecil.

“Bila membesar dalam persekitaran yang toksik dan menyesakkan emosi, boleh beri kesan besar kepada cara kita mendewasa.

“Ada seorang pakar psikiatri bernama John Bowlby asaskan teori ‘Attachment’, iaitu macam mana hubungan kita dengan penjaga sejak kecil menjadi asas penting kepada cara kita membesar,” ujarnya.

Antara contoh situasi yang diberikan bagi menggambarkan keadaan ini adalah:

  • Individu dibesarkan oleh ibu bapa yang tidak peduli atau mengabaikan emosi anaknya sepanjang membesar. Dia kemudian berpotensi untuk menjadi seorang dewasa yang kerap rasa kurang selamat, cemas dan susah mempercayai orang sekeliling.

Tambah John Bowlby, anak-anak yang tidak menerima keperluan emosi secukupnya berkemungkinan menjadi seorang dewasa yang selalu berasa gelisah selain menjauhkan diri dari orang lain.


Cara Merawat Keadaan Luka Emosi Seseorang

Buat mereka yang sedang bergelut dengan keadaan ini, pasti anda tertanya-tanya sama ada luka emosi tersebut boleh hilang atau dirawat. Menurut Aiman, individu boleh berdamai dengan pengalaman mereka dengan membina skil baru menerusi neuroplasticity (neuroplastisitas) iaitu sejenis keupayaan otak.

Satu penyelidikan dijalankan di Malaysia mendapati neuroplastisitas mampu membantu otak menyusun semula dan mengubah diri seseorang sebagai tindak balas kepada pengalaman baru.

“Bahasa mudah, kita boleh belajar skil baru untuk urus emosi yang bercelaru itu. Tetapi langkah pertama perjalanan penyembuhan kita, mesti kena sedar dan mengaku dulu yang kita ada luka emosi itu.

“Baru dapat capai ke peringkat memahami masalah emosi sendiri itu, sebelum ke fasa penyelesaian. Iaitu salah satunya, melalui psikoterapi bersama pakar kesihatan mental. Ia proses yang panjang dan sukar, tetapi tak mustahil,” kata Aiman.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penting Jaga Emosi Anak” – Sikap Ibu Bapa Tak Marah Si Kecil Ketika Tumpahkan Air Dipuji Netizen


Tingkah Laku Ibu Bapa Yang Perlu Dielakkan Semasa Membesarkan Anak

Kesimpulan daripada perkongsian Aiman adalah ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting terhadap emosi anak-anak sewaktu membesarkan mereka.

Oleh disebabkan itu, adalah penting buat ‘orang tua’ mengamalkan gaya keibubapaan yang sihat selain mengelakkan sikap toksik terhadap anak-anak. Antara sikap yang perlu dijauhi oleh golongan ibu bapa adalah seperti berikut:

Sumber: Freepik
  • Mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan keperluan anak.
  • Melakukan penderaan fizikal dan juga mental.
  • Terlampau mengawal anak sehingga tidak memberi kebenaran untuk si kecil melakukan keputusan sendiri.
  • Memanipulasi emosi anak-anak.
  • Menyalahkan anak walaupun ia bukan kesilapan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting

Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd