[Video] Pengguna Jalan Raya Tampil Bantu Alihkan Pokok Tumbang Raih Pujian
Pokok tinggi sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu dipercayai tumbang akibat angin kuat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kadangkala apabila sedang memandu, pasti ada sahaja objek yang menghalang laluan pengguna jalan raya lain. Jika ia tidak diketepikan, objek tersebut mampu membahayakan keselamatan orang ramai.
Sebelum ini, dua orang lelaki telah bertindak mengalihkan serpihan tayar pecah yang terlantar di tengah-tengah Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway).
Mereka berdua sanggup membahayakan diri sendiri bagi mengalihkan tayar berkenaan kerana mendapati ramai individu yang masih memandu dengan laju berkemungkinan tidak menyedari kewujudan objek bahaya itu.
Baca Artikel Berkaitan: 2 Lelaki Alihkan Serpihan Tayar Pecah Di Lebuh Raya Demi Keselamatan Ramai
Orang Ramai Sama-sama Bantu Alihkan Pokok Tumbang Dari Jalan Raya
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Penang Press menyaksikan satu situasi menyentuh hati apabila lima individu berhenti di tepi jalan bagi mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan pengguna jalan raya lain.
Kes pokok tumbang itu dipercayai berlaku akibat pokok yang sudah berusia dan agin kuat sekitar Bukit Mertajam, Seberang Perai di Pulau Pinang.
Pokok yang tinggi tersebut bukan sahaja menghalang laluan malah ia sekaligus membuatkan jalan raya berkenaan sesak.

Oleh disebabkan itu, lima lelaki dilihat bekerjasama bagi mengangkat pokok berat tersebut lalu meletakkan ia di bahu jalan. Tidak lama kemudian, trafik jalan raya itu dilihat kembali lancar.
“Semangat perpaduan. Terima kasih sebab bersama-sama mengalihkan pokok tumbang atas jalan. Macam ni yang kita nak, sentiasa bersatu hati dan aman damai,” kata pengendali akaun.
Anda boleh tonton video penuh [DI SINI].
Tindakan Pengguna Jalan Raya Alihkan Pokok Terima Pujian Ramai
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memuji tindakan murni pengguna jalan raya yang sanggup berhenti demi mengalihkan pokok tumbang itu.
“Saya suka semangat rakyat Malaysia (bantu) macam ni setiap kali ada masalah. Penduduk tempatan sejati,” ujar seorang wanita.
Malah ramai juga dilihat menitipkan doa yang baik-baik buat mereka yang sudi membantu demi keselamatan ramai.
“Pahala berganda mengalihkan halangan di jalan,” ujar seorang pengguna Facebook.
Sementara itu, orang ramai juga berharap agar warga Malaysia akan kekal bersatu padu untuk menghulurkan bantuan pada masa akan datang.





Alihkan Halangan Di Jalan Raya Adalah Satu Bentuk Sedekah
Memetik portal Maktabah al-Bakri, membuang segala perkara yang mampu menyakiti seseorang di atas jalan termasuklah dalam serendah-rendah iman.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki bermundar-mandir di dalam Syurga, (dia masuk ke dalam Syurga) atas perbuatan baiknya iaitu memotong sepohon pokok yang berada di tengah-tengah jalan, yang sejak lama menganggu orang ramai yang lalu-lalang di situ.”
[Riwayat Muslim (1914)]
Berdasarkan hadis ini, Islam mengajar umatnya untuk melakukan amal kebaikan dalam apa jua situasi serta keadaan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Bahkan, perbuatan tersebut juga dianggap sebagai satu sedekah kerana menjauhkan sebarang kemudaratan kepada orang ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemuda Sanggup Redah Hujan Untuk Alihkan Kerusi Di Tengah Jalan Raih Pujian Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Tolong Kutip Botol Minyak Masak Jatuh Atas Jalan Dari Lori Raih Pujian [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



