Now Reading
[Video] OKU Jual Air Botol Guna Motor, Usaha Lelaki Ini Cari Rezeki Raih Pujian

[Video] OKU Jual Air Botol Guna Motor, Usaha Lelaki Ini Cari Rezeki Raih Pujian

Dengan hanya menggunakan motosikal, lelaki OKU dikenali sebagai Aniq Fitri itu dilihat mengisi kesemua stok minuman pelbagai perisa itu di dalam sebuah beg.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa adanya usaha daripada kita sendiri.

Dalam dunia yang penuh teknologi pada zaman ini, terdapat pelbagai cara untuk kita menjana pendapatan lebih-lebih lagi dengan adanya platform atas talian secara Shopee, TikTok Shop, Lazada dan sebagainya.

Tinggal nak buat atau tidak sahaja. Asalkan pekerjaan yang dilakukan itu tiada melibatkan sumber yang tidak halal.

Percayalah, setiap usaha yang dibuat untuk mendapatkan rezeki halal pastinya akan membuahkan hasil serta dipermudahkan oleh Allah SWT seperti mana yang dilalui oleh seorang individu Orang Kurang Upaya (OKU) ini.


Pemuda OKU Gigih Jual Air Botol Untuk Jana Pendapatan

Menerusi satu video dimuat naik di laman TikTok (@trulynogori9), individu ini telah berjumpa dengan seorang pemuda OKU yang sedang berniaga air minuman botol berhadapan sebuah pasar raya di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Dengan hanya menggunakan motosikal, lelaki dikenali sebagai Aniq Fitri itu dilihat mengisi kesemua stok minuman pelbagai perisa itu di dalam sebuah beg.

Ketika ditanya tentang produk dan harga barangan tersebut, Aniq dengan penuh ceria dan bersemangat memberitahu bahawa minuman yang terdiri daripada perisa seperti durian belanda, strawberi dan epal itu dijual dengan harga RM7 sebotol.

Sumber: TikTok @trulynogori9

Kegigihan yang ditunjukkan oleh Aniq ini telah menyentuh hati pengguna TikTok berkenaan dan berpendapat lelaki tersebut boleh dijadikan sebagai inspirasi buat masyarakat di luar sana.

“Bagus Aniq ni, rajin berniaga. Mungkin kita boleh jadikan Aniq sebagai contoh yang baik untuk terus berusaha mencapai impian yang dimahukan.

“Korang jangan takur pula kalau jumpa Aniq. Walaupun Aniq OKU, tapi pemikiran Aniq sangat matang. Bagus Aniq ni,” ujar pengguna TikTok ini.

Pemilik video ini turut mengambil peluang untuk menyokong perniagaan pemuda OKU itu dengan memborong kesemua minuman yang masih berbaki dan ia secara tidak langsung telah mengukir kegembiraan buat Aniq.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@trulynogori9/video/7412265397090602248

Orang Ramai Puji Usaha Pemuda OKU Rajin Cari Rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat memuji usaha pemuda OKU berkenaan dalam mencari rezeki untuk menyara kehidupan.

Malah, netizen turut mendoakan agar Aniq dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya untuk menjana pendapatan.

“Moga dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan lagi pintu rezeki buat Aniq,” ujar seorang pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, mereka turut berterima kasih kepada syarikat Abang Janggut kerana mengambilnya sebagai pekerja untuk menjual minuman berkenaan.

Salah seorang pelanggan yang pernah membeli minuman dari Aniq juga memberitahu bahawa air botol yang dibelinya itu mempunyai rasa yang lazat.

“Weh tadi baru beli. Sedap weh air ni serius tak tipu. Semoga Aniq diperluaskan rezeki, amin,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Sumber: TikTok

Ibu kepada Aniq yang menonton video sama turut mendoakan agar anak lelakinya itu terus diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.

“Ibu Aniq hadir. Ibu dan ayah sentiasa doakan Aniq. Semoga Aniq terus cemerlang dunia dan akhirat. Sayang sampai syurga,” kata ibu Aniq.

Sumber: TikTok

Semoga kegigihan Aniq dalam mencari rezeki ini boleh dijadikan contoh serta inspirasi buat masyarakat di luar sana untuk tidak berputus asa dalam mencari rezeki halal.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kanak-Kanak Dukung Rakan Istimewa Naik Tangga Raih Pujian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Bantu Golongan Buta Jalan Di Kaki Lima? Ini Panduan Yang Tepat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd