Pemilik Tesla Berang, Lelaki Selamba Tendang & Ludah Pada Keretanya Di Kawasan Parkir
Pemilik kereta Tesla dikenali sebagai Ty Tai itu berkata, kejadian berlaku di parkir pusat beli-belah Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila meletakkan kenderaan di sebuah kawasan parkir, sudah tentu anda mengharapkan kenderaan berada dalam keadaan selamat. Pun begitu, banyak juga kes kerosakan melibatkan kenderaan berlaku di lokasi tersebut.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki meluahkan kekecewaan selepas jirannya membuang sampah dari tingkat atas rumah flat sehinggakan ia terkena pada cermin kereta.
Ia bukan sahaja menyebabkan keretanya kotor, malah bahagian cermin juga telah retak akibat hentakan objek berwarna hitam dalam bungkusan plastik sampah yang dibaling ke bawah.
Baca Artikel Berkaitan: “Selalu Depa Baling” – Lelaki Kecewa Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah
Lelaki Berang Lelaki Tak Dikenali Tendang Kereta Di Parkir Pusat Beli-belah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ty Tai berkongsi rakaman dahscam menyaksikan seorang lelaki dengan selamba merosakkan kenderaan elektrik (EV) jenis Tesla miliknya.
Kejadian dikatakan berlaku di pusat beli-belah Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur pada 8 September lalu.
Menerusi klip dashcam kereta yang dikongsi, kelihatan lelaki tersebut bersama dua individu yang dipercayai ibu bapanya berjalan di hadapan kereta Ty Tai. Namun anak lelaki berkenaan secara tiba-tiba menendang Tesla itu dan berlalu pergi dari situ.
Ibu bapanya pula dilihat tidak menghiraukan aksi berkenaan seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.
Lelaki Turut Meludah Pada Cermin Kereta Tesla
Dalam satu lagi hantaran, Ty Tai turut berkongsi rakaman litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir tersebut yang menunjukkan kelakuan lelaki itu dengan lebih jelas.
Lelaki yang memakai penyepit rambut itu dilihat menendang bahagian lampu hadapan Tesla terbabit. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak terhenti di situ sahaja.
Lelaki berkenaan kemudian berpatah balik ke lokasi kejadian dan meludah pada bahagian cermin belakang Tesla.
Dakwa Ty Tai, dia sudahpun melaporkan kes tersebut pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari yang sama. Namun disebabkan tiada kerosakan fizikal dilihat pada keretanya maka fail siasatan kes tidak akan dibuka.
Pemilik Kereta Nafi Bergaduh Dengan Si Pelaku
Tambahnya, dia akan memadam perkongsian jika lelaki yang membuat onar pada keretanya meminta maaf atas perbuatan tersebut.
Di ruangan komen, Ty Tai turut menafikan bahawa dia mempunyai perselisihan faham dengan si pelaku sebelum ini yang membuatkan dia menendang keretanya.
Ramai Pelik Dengan Motif Sebenar Si Pelaku
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang insiden itu. Ramai yang pelik dengan motif sebenar si pelaku.
“Kenapa dengan dia? Kenapa marah sangat dengan kereta tu?” tanya seorang individu.
Malah, ada yang berkata niat sebenar lelaki tersebut adalah berbahaya.
“Buat laporan polis satu hal. Ia bukan tentang kerosakan kereta itu. Ia adalah tentang niat sebenar orang itu, dia adalah berbahaya,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga kesal dengan tindakan ibu bapa yang hanya membiarkan anak mereka melakukan perkara sebegitu rupa.
“Saya percaya ibu bapanya juga berkelakuan seperti dia. Anak lelaki tendang kereta dan ibu bapa tidak berbuat atau berkata apa-apa. Tinggalkan tempat letak kereta dengan senyuman. Sangat tidak beradab,” ujar seorang pengguna Facebook.
Baca Artikel Berkaitan: “Malang Berbau” – Kereta Dibanjiri Air Kumbahan Akibat Paip Bocor Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pengunjung ‘Frust’ Hampir Sejam Tersekat Di Parkir Kereta IOI City Mall, Putrajaya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram