Now Reading
“Hero Sebenar” – Remaja Lelaki Selamatkan Arnab Peliharaan Ketika Kebakaran Raih Pujian

“Hero Sebenar” – Remaja Lelaki Selamatkan Arnab Peliharaan Ketika Kebakaran Raih Pujian

Lelaki dikenali sebagai Jason itu telah menyelamatkan arnab-arnab tersebut dalam sebuah kebakaran yang berlaku di taman perumahan sekitar Kajang Utama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebakaran adalah satu perkara yang digeruni orang ramai, ia bukan sahaja boleh merosakkan harta benda malah mampu meragut nyawa seseorang.

Jika kes sebegini berlaku di kawasan perumahan, ramai sebenarnya jiran tetangga bersikap prihatin tentang satu sama lain dan menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan apa yang perlu ketika kebakaran.

Seperti sebelum ini, penduduk dilihat bekerjasama bagi mengalihkan sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) semasa api sedang marak.

Difahamkan, pemilik SUV tidak berada di tempat kejadian semasa kebakaran berlaku. Walaupun kereta tersebut tidak berjaya dialihkan, tetapi sikap jiran-jiran yang pantas mencari jalan penyelasaian layak dipuji.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Orang Ramai Cuba Alih Kereta Jiran Waktu Kebakaran Raih Pujian


Remaja Lelaki Selamatkan Arnab Peliharaan Terperangkap Dalam Kebakaran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@banujeeva8) menyaksikan situasi cemas yang berlaku di sebuah taman perumahan sekitar Kajang Utama.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang remaja lelaki dikenali sebagai Jason sedang menyelamatkan dua ekor arnab peliharaan yang terperangkap dalam rumah yang sedang berada dalam kebakaran.

Arnab-arnab tersebut dilihat berkumpul dalam sebuah sangkar di sudut rumah yang masih belum terkena api menyambar. Dia pada awalnya memanjat sebuah pokok dan berpaut pada tembok rumah bagi mencapai sangkar yang tinggi itu.

Selepas berjaya membuka sangkar berkenaan, Jason kemudian mengeluarkan arnab satu demi satu dari tempat terbabit.

@banujeeva8 safe Arnab , from fire #safeanimal ♬ original sound – Banunisha

Kedua-dua Ekor Arnab Berjaya Diselamatkan

Walaupun agak bergelut untuk menyelamatkan arnab yang terakhir, namun menurut pemilik akaun dikenali sebagai Banunisha, kedua-dua ekor haiwan peliharaan itu berjaya ditangkap.

Salah seorang pengguna TikTok berkata, Jason merupakan pelajar dari SMK Kajang Utama. Walaupun masih muda, namun keberanian murid ini layak dipuji selain dijadikan contoh oleh orang ramai.

Sumber: TikTok (@banujeeva8)

Ramai Bangga & Puji Tindakan Pantas Jason

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial dilihat menghargai kesungguhan Jason untuk menyelamatkan haiwan comel tersebut.

“Terima kasih orang baik. Awak hero sebenar,” kata seorang lelaki.

Malah, segelintir individu juga dilihat menitipkan doa buat wira penyelamat arnab-arnab berkenaan.

“Awak memang hero dik. Semoga rezeki awak semakin murah. Dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan. Bangga dengan rakyat Malaysia,” jelas seorang individu.

Sementara itu, seorang individu berbangga dengan Jason kerana dia melakukan perkara tersebut kerana prihatin dengan makhluk lain dan bukan untuk mendapatkan pujian semata-mata.

“Bravo. Awak tak buat benda tu untuk diiktiraf dan dipuji. Awak hanya ikut kata hati dan selamatkan arnab itu. Apa yang buat awak istimewa adalah awak bertindak manakala orang lain mungkin akan menghiraukannya,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@banujeeva8)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bravo PDRM” – Aksi 3 Anggota Polis Selamatkan Mangsa Terperangkap Dalam Kebakaran Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Dapur Kedai Makan Terbakar, Namun Pekerja Masih Tenang Layan Pelanggan [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd