[Video] Guna AI ‘Edit’ Gambar Sendiri & Arwah Ibu Bapa Seperti Berpeluk, Ustaz Jelas Hukumnya
Menurut pendakwah bebas Ustaz Elyas Ismail, semakin ramai pengguna media sosial terjebak dengan trend suntingan AI di mana gambar individu yang tidak bernyawa dilihat bergerak dan berpelukan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dengan penggunaan teknologi canggih pada waktu ini, kadangkala perkara yang dilihat mustahil juga boleh menjadi realiti. Seperti sebelum ini, teknologi di China menggunakan Artificial Intelligence (AI) membolehkan seseorang ‘berkomunikasi’ dengan insan tersayang yang sudah meninggal dunia.
Perkara itu membolehkan beberapa syarikat pengebumian menggunakan teknologi seperti ChatGPT, chatbot AI dan program AI Midjourney untuk meniru keperibadian, penampilan, suara serta kenangan si mati.
Namun buat mereka yang beragama Islam, adakah penggunaan teknologi ini dibolehkan dari segi syarak?
Sunting Gambar Arwah Ibu Bapa Untuk Nampak Seperti Sedang Berpelukan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail membahas isu segelintir individu bertindak menggunakan teknologi AI untuk membuat video atau gambaran seperti seseorang sedang berpelukan dengan gambar ibu bapa yang sudahpun meninggal dunia.
Gambar individu tersebut akan bergerak dan mempunyai riak wajah tertawa atau tersenyum seolah-olah si mati masih lagi hidup.
Dalam sesetengah video AI juga, gambar seseorang memegang makanan juga boleh ditukarkan kepada video dirinya sedang menjamah makanan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Teknologi AI Boleh Tukar Gambar Lama Jadi Video Pendek Raih Perhatian Ramai [Video]
Haram Atau Tidak Berdasarkan Niat Seseorang
Memetik kata-kata ulama tersohor Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, gambar yang disunting menggunakan AI dibolehkan mengikut niat seseorang itu.
Jika gambar berkenaan bukan bertujuan untuk bersaing dengan ciptaan Allah SWT, melawan kuasa dan mensyirikkan Yang Maha Esa, penyembahan, melukis wajah para Nabi atau Malaikat maka penggunaan AI tersebut adalah dibenarkan.

Syarat lain adalah dengan tidak menggunakan gambar anggota badan yang sempurna dalam suntingan AI terbabit.
“Setakat nampak separuh badan saja dan kaki semua tak nampak. Kalau tidak menggunakan AI dengan tujuan-tujuan itu semua tadi maka dibolehkan.
“Bukan tujuan syirik, tidak menyaingi ciptaan Allah dan pamer atau menampakkan aurat,” ujar beliau.
@ustazelyasismail Macam2 teknologi sekarang ni,, jangan sampai lebih2 .. bertenang dan berwangilah dgn @Wisma Anna Legacy #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #ustazelyasismail #akhirzaman #annalegacy ♬ original sound – Ustaz Elyas Ismail
Guna AI Untuk ‘Peluk’ Dengan Selebriti
Dalam sesetengah kes, ada juga di kalangan masyarakat tidak menggunakan gambar ibu bapa untuk suntingan AI tersebut, sebaliknya bersama jantina lain yang bukan muhrim sebagai contoh selebriti atau idola.

“Dia lelaki, dia tak boleh nak peluk sungguh (terus) jadi dia buat ala-ala dia sedang peluk artis perempuan. Haramlah hukumnya. Ataupun mana-mana wanita yang dah lama dia teringin nak peluk.
“Atau dia wanita, tapi dia nak peluk mana-mana hero pelakon ke apa, dan dia buat gambar (AI) tu, tak boleh. Haram hukumnya, sebab kita nak menutup daripada jalan kerosakan yang lebih teruk lagi.
“Bermula dengan membayangkan dan berimaginasi kalaulah jadi sungguh (betul-betul), itu yang bahaya,” jelas beliau lagi.
Di akhir perkongsian, Ustaz Elyas turut menasihati orang ramai agar menerapkan unsur keimanan dan juga akidah apabila menggunakan sebarang teknologi dalam rutin harian. Dengan cara ini, barulah hidup seseorang itu kekal tenang dan bahagia.
Terlampau Rindu Punca Ramai Mahu Cuba Sunting Pakai AI
Menjengah ke ruangan komen, ramai ahli keluarga berkata mereka mahu menyunting gambar menggunakan AI kerana terlalu rindukan arwah insan tercinta termasuklah ibu bapa dan anak yang sudah pergi menghadap Ilahi.


Baca Artikel Berkaitan: “AI Disalah Guna” – Suara Khairul Aming Disunting Untuk Taktik Pemasaran Bikin Ramai Bimbang
Baca Artikel Berkaitan: Scammer Di India Tiru Suara Kanak-Kanak Guna AI Untuk Perangkap Ibu Bapa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



