RM28,000 Lesap Sekelip Mata Lepas Kad Kredit & Wang Tunai Dicuri Dalam Pesawat Ke Jepun
Mangsa dikatakan lambat menyedari tentang kecurian yang berlaku dalam kapal terbang tersebut kerana dompet yang disimpan di dalam beg berada dalam keadaan baik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali tiba harinya untuk melancong ke destinasi pilihan, mesti ramai yang tak sabar dan sangat teruja kan? Maklumlah, sudah lama mengumpul duit untuk negara impian.
Tetapi di sebalik keterujaan itu, penting untuk anda memastikan segala dokumen dan barangan penting diletakkan di tempat selamat lebih-lebih lagi apabila dikelilingi dengan individu tidak dikenali.
Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecurian atau kehilangan barangan peribadi seperti mana yang berlaku kepada beberapa individu baru-baru ini.
Kad Kredit Digunakan Oleh Penjenayah Hingga Cecah RM28,000
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@Amsyarnaif), individu ini berkongsi kisah yang berlaku kepada salah seorang ahli kumpulan dalam ‘trip’ percutian mereka selepas disyaki menjadi mangsa kecurian di dalam kapal terbang semasa menuju ke Jepun.
Difahamkan, kad kredit serta wang tunai yang disimpan dalam sebuah beg pada bahagian atas tempat duduk telah dicuri oleh penjenayah semasa mangsa sedang tidur.
Namun mangsa dikatakan lambat menyedari tentang kecurian tersebut kerana dompet yang disimpan di dalam beg miliknya masih dalam keadaan baik.
Namun ia mula disedari selepas tiba di Lapangan Terbang Narita di Jepun apabila mangsa mendapat notifikasi meragukan melibatkan kad kredit miliknya. Disebabkan itu, individu berkenaan menghubungi pihak bank untuk menyekat penggunaan kad bank itu.
“Cuma kami pelik sebab hacker ni guna dua kad kredit dia dalam masa yang sama,” kata pengguna Instagram @rahmatbaha.
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan seperti mana yang sudah dirancang sebelum mangsa terdetik untuk membuka dompet dan mendapati kesemua kad kredit serta wang tunai berjumlah RM6,000 telah hilang.
Selepas perkara itu berlaku, mereka yang turut berada dalam kumpulan sama menyemak juga dompet mereka.
Malang tidak berbau apabila seorang lagi mangsa berdepan nasib sama apabila kad bank dan wang tunai miliknya dicuri oleh penjenayah.
“Persoalan waktu bila pencuri ni ambil semua ni? Sebab dompet dan beg dalam keadaan baik,” ujar lelaki tersebut.
Selepas mengimbas kembali setiap perkara yang dilakukan, mereka membuat kesimpulan bahawa penjenayah melakukan aktiviti mencuri itu dalam kapal terbang kerana kedua-dua mangsa meletakkan beg pada bahagian atas tempat duduk penumpang.
“Jadi kami discover mesti perkara ini berlaku waktu dalam flight sebab both kawan letak beg mereka dekat overhead compartment. Ada possibility pencuri ni ambil waktu kami semua tidur dalam flight,” kata pengguna Instagram @rahmatbaha.
Difahamkan, kad kredit yang dicuri itu digunakan di Vietnam dengan melibatkan dua transaksi berbeza bernilai RM22,000 dan RM6,000.
Jadi kepada anda yang kerap menaiki kapal terbang, berhati-hatilah dan elakkan dari meletakkan barangan peribadi di bahagian atas tempat duduk.
Weh ni paling tak lawak jadi kalau travel.
— Mecha (@Amsyarnaif) September 7, 2024
Credit card & cash hilang dalam flight otw ke Japan. Suspected kena curi waktu tengah tidur dlm flight (bag kt overhead compartment) Licik betul dia curi sbb wallet bag semua elok je.
Kena swipe 28k camtu jeeee, gilaaa 😫😭 pic.twitter.com/g1AutCVY6x
Orang Ramai Luah Rasa Risau Dengan Kecurian Yang Berlaku
Perkongsian di laman X itu membuatkan masyarakat berasa semakin bimbang dengan kes kecurian yang berlaku di kawasan yang tidak dijangka.
Pada masa yang sama, ramai pengguna media sosial yang mempertikaikan tindakan mangsa yang meletakkan barangan peribadinya di bahagian atas tempat duduk.
“Sebab tu kalau travel naik flight jangan sesekali letak barang berharga kat overhead compartment. Bawah seat pun jangan. Letak kat poket dan guna wallet yang nipis. Pakai pouch bag sangkut silang kat dada pun okey,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, segelintir netizen pula memberi nasihat agar mereka yang mahu menggunakan kad kredit di luar negara untuk mengehadkan penggunaan hanya dalam destinasi pilihan mengikut tempoh ditetapkan.
“Kalau travel luar negara, masa call bank untuk aktifkan kad kredit, bank akan tanya negara mana dan tempoh cuti. Jika Jepun, hanya boleh guna di Jepun dan negara transit jika ada,” kata seorang pengguna X.
Sebagai pengajaran kepada semua, pastikan segala barangan peribadi seperti dompet, pasport, kad pengenalan, wang tunai, telefon bimbit, laptop dan sebagainya tidak diletakkan di bahagian atas tempat untuk meletak bag dalam pesawat.
Tak salah untuk letak beg korang di ruang penyimpanan tersebut, tetapi lebih digalakkan untuk meletakannya secara bertentangan dari tempat duduk.
Dengan cara itu, anda boleh perhatikan mana-mana individu yang membuka ruang tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Naik Kapal Terbang? Ini Panduan Sesuai Untuk ‘Solo Traveler’
Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.