Now Reading
“Macam Kaunter UTC” – Pengumuman Order Burger Sudah Siap Kedai Ini Bikin Ramai Terhibur

“Macam Kaunter UTC” – Pengumuman Order Burger Sudah Siap Kedai Ini Bikin Ramai Terhibur

Sebuah kedai makan di Semporna, Sabah dikenali sebagai Papamok Burger menyediakan perkhidmatan nombor dan pengumuman buat para pelanggan bagi memberitahu pesanan mereka sudah siap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, burger merupakan antara juadah yang digemari rata-rata ramai penduduk di Malaysia. Bukan sahaja disebabkan pelbagai perisa unik, malah ramai juga di kalangan masyarakat yang menyukai burger mereka dilimpahi sos ‘banjir’.

Ada yang sampaikan sanggup beratur panjang pada waktu tengah malam bagi menikmati makanan western tersebut menyebabkan sesebuah kedai makan akan sesak.

Oleh disebabkan pelanggan yang ramai di kedai burger berkenaan, kadangkala anda tidak menyedari makanan dipesan sudah siap dan telah dipanggil oleh peniaga untuk mengambilnya.


Pengumuman Pesanan Burger Dah Siap Curi Perhatian

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Eyrda (@eyrdaabdulsalam) berkongsi pengalamannya ketika berada di sebuah gerai burger sekitar pekan Semporna, Sabah dikenali sebagai Papamok Burger.

Kebiasaannya, para pembeli akan menunggu di kawasan kedai sementara menunggu pesanan burger mereka siap dimasak. Pelanggan kemudian akan dipanggil oleh peniaga untuk mengambil makanan mereka.

Tapi lain daripada lain, gerai ini tersedia dengan perkhidmatan yang sistematik di mana pelanggan akan melihat sama ada nombor giliran mereka sudah terpapar pada skrin diletakkan di bahagian kaunter atau belum.

Jika ya, itu bermaksud pesanan sudah siap dan sedia untuk diambil di kaunter.

Lebih mencuit hati adalah nada dan intonasi pengumuman tersebut seolah-olah seperti bunyi di kaunter-kaunter urusan formal di pejabat seperti UTC (Pusat Transformasi Bandar).

“Nombor 54, sila ambil burger anda. Burger anda sudah siap, sila ambil burger anda,” kata pengumuman itu disertai dengan melodi lagu.

@eyrdaabdulsalam Semak nombor anda, siap sudah 😅 #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #pov #semporna #sabah #burger #announcement ♬ Sound before the announcement (Ping Pong – Notzan ACT

Ramai Terhibur Dengar Pengumuman Pesanan Sudah Siap Oleh Papamok Burger

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat terhibur dengan penggunaan sistem nombor serta bunyi pengumuman tersebut.

“Hebat macam pengumuman dekat lapangan terbang,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang mengambil kesempatan untuk berjenaka melihat situasi berkenaan.

“Macam biasa kaunter buka satu sahaja,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, salah seorang pelanggan berkata sistem berkenaan digunakan kerana jumlah pesanan yang banyak di kedai tersebut.

“Orang Semporna saja yang faham kenapa dia orang letak nombor di situ. Sebab laku keras burger ayam campur kubis serbuk kari,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@eyrdaabdulsalam)

Kalau anda nak rasa ‘vibe’ macam ini sewaktu beli burger, bolehlah singgah ke Papamok Burger di Semporna.

  • Lokasi: Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah.
  • Waktu operasi: Setiap hari (6pm – 12am)

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Subway Surfers” – Cara Kreatif Peniaga Jual Air Balang Buat Ramai Kagum [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd