Lelaki Ini Dedah Masyarakat Kurang Cakna Kes Jenayah ‘Child Grooming’, Anggap Sekadar Jenaka
Seorang pengguna X dikenali sebagai Hezeri Samsuri berpendapat segelintir individu masih kurang cakna bahawa ramai penjenayah pedofilia wujud di luar sana.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada minggu lalu, tular kes melibat seorang pemandu bas sekolah dikenali sebagai ‘Abang Bas’ yang kerap memuat naik konten melibatkan kanak-kanak bawah umur menerusi akaun TikTok miliknya.
Perkara yang lebih mengundang perhatian adalah terdapat sebuah video menyaksikan pemandu bas berkenaan menyentuh bibir si kecil yang sedang tidur selain mencium dahi dan pipinya.
Susulan itu, lelaki tersebut sudah ditahan polis dan kini disiasat mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Abang Bas’ Rakam & Muat Naik Video Murid Perempuan Sudah Ditahan Polis
Masih Ramai Sokong Aktiviti Muat Naik Konten Kanak-kanak Bawah Umur
Insiden ini telah membuka mata orang ramai betapa bahayanya penggunaan media sosial melibatkan kanak-kanak bawah umur.
Konten sedemikian mampu dijadikan eksploitasi atau disalah guna oleh golongan penjenayah pedofilia iaitu individu yang melakukan gangguan seksual terhadap golongan anak kecil.
Menurut seorang pemilik akaun X (Twitter) dikenali sebagai Hezeri Samsuri, masih ramai di kalangan masyarakat masih tidak tahu bahawa kanak-kanak bawah umur tidak boleh dijadikan bahan konten seperti itu yang mana ia dijadikan sebagai tontonan awam.
“Kena tahan reman dan ramai penyokong dia marah. Rupanya ramai tak tahu gambar budak-budak tak boleh dijadikan konten cara tu, walaupun kau rasa lawak,” ujarnya.
Masyarakat Kurang Cakna Dengan Konten Digemari Golongan Pedofil
Hezeri berpendapat bahawa golongan tersebut tidak percaya bahawa penjenayah pedofilia wujud di negara ini. Oleh disebabkan itu, masyarakat kurang cakna tentang konten-konten yang digemari oleh pedofil.
Hezeri turut mendakwa bahawa Abang Bas kini sudah mempunyai akaun TikTok kedua untuk menggantikan akaun pertama dengan pengikut melebihi 600,000 ribu yang sudah disekat.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut adalah palsu atau sebaliknya.
Kau tau kan kes Abang Bas tu kan?
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) September 7, 2024
Driver muda, lelaki, up gambar anak anak sekolah rendah yang naik bas dia, ke dalam TikTok.
Kena tahan reman dan ramai supporters dia marah.
Rupanya ramai orang Melayu tak tahu gambar gambar budak budak tak boleh dijadikan content cara tu,…
Pengguna X Setuju Masih Ramai Tak Cakna Isu Child Grooming
Ramai pengguna X dilihat bersetuju dengan pandangan Hezeri bahawa segelintir penduduk di negara ini kurang mengetahui isu melibatkan gangguan seksual dalam golongan kanak-kanak.
Seorang individu berkata dia turut dikecam selepas mencuba untuk menerangkan tentang apakah itu child grooming (pengantunan seksual kanak-kanak) kepada mereka yang kurang cakna.
“Sebab dia orang (segelintir pengguna media sosial) tidak tahu apa maksud pedofil dan child grooming. Cuba juga jelaskan apa maksudnya dekat TikTok tapi kena kecam pula sebab alasan anak buah dan dia (pemandu bas sekolah) dah lama buat video macam itu,” ujar individu berkenaan.



Child Grooming Adalah Berbahaya
Memetik Hello Doktor, ‘grooming’ adalah situasi di mana seorang dewasa membina hubungan emosi dengan seorang kanak-kanak bagi mendapatkan kepercayaan mereka untuk tujuan penderaan seksual, eksploitasi seksual atau pemerdagangan.
Child grooming boleh berlaku melalui alam siber atau secara bersemuka. Pelaku akan menyembunyikan niat sebenar mereka dan mungkin menghabiskan masa yang lama untuk mendapatkan kepercayaan si kecil.
Berikut adalah antara ciri-ciri seorang pedofilia sedang melakukan perbuatan grooming:
- Berpura-pura menjadi orang lain sebagai contoh tidak mendedahkan usia sebenar mereka atas talian.
- Menawarkan nasihat sekiranya kanak-kanak sedang mempunyai masalah.
- Selalu membelikan hadiah buat mangsa.
- Memberikan perhatian penuh kepada si kecil.
- Membawa kanak-kanak bercuti atau berjalan.
Tanda-tanda Anak Terlibat Dengan ‘Child Grooming’
Kesan buruk perbuatan ini adalah si mangsa tidak dapat membezakan bahawa ia sebenarnya adalah satu jenayah kerana sudah terlalu mempercayai penjenayah pedofil.
Antara tanda-tanda seorang kanak-kanak sedang digunakan oleh penjenayah pedofilia adalah:
- Kuat berahsia termasuklah tentang perkara yang dilakukan atas talian.
- Mempunyai teman lelaki atau teman wanita yang lebih tua.
- Memilik barangan baru dan tidak dapat diketahui ia diberikan oleh siapa.
- Selalu pergi ke tempat asing dengan alasan untuk berjumpa dengan rakan-rakan.
- Mempunyai akses kepada alkohol atau dadah.
Kesalahan Child Grooming Boleh Dipenjara Maksimum 5 Tahun
Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bertujuan memberi perlindungan kepada kanak-kanak, melindungi kepentingan dan kebajikan mereka serta mencegah kesalahan seksual terhadap golongan itu.
Di bawah akta tersebut, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Baca Artikel Berkaitan: Kemaluan Anak Disentuh Individu Tak Dikenali, Ibu Ini Luah Rasa Kesal
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Tengok Dah Sunat Ke Belum” – Pekerja Restoran Didakwa Tarik Seluar Budak Lelaki Di Tandas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram