Now Reading
Khairul Aming & Pinn Yang Berganding Bahu Bantu Jual Produk Lokal Di TikTok

Khairul Aming & Pinn Yang Berganding Bahu Bantu Jual Produk Lokal Di TikTok

Terdapat 10 barangan lokal yang telah dipilih untuk diniagakan dalam satu siaran ‘live’ bersama Khairul Aming dan Pinn Yang di TikTok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang selalu scroll TikTok setiap hari, mesti nama seorang influencer iaitu Pinn Yang bukanlah satu nama yang asing selepas individu ini sering muncul di di FYP (for you page) dengan konten memberi hadiah kepada masyarakat secara rawak.

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Buat Konten, Itu Happiness Saya” – Pinn Yang Dedah Kenapa Selalu Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai

Selain Pinn Yang, cef selebriti Khairul Aming juga merupakan gerangan yang menjadi idola ramai di platform TikTok lebih-lebih selepas jualan dua produk miliknya mendapat sambutan yang cukup hangat dari rakyat Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Anugerah Malaysia Book Of Records, Raih RM1 Juta Terpantas Ketika Berniaga

Baca Artikel Berkaitan: PM New Zealand Jumpa Khairul Aming, Tanda Hargai Rakam Video Masakan Di Negaranya

Boleh dikatakan, kedua-dua personaliti media sosial ini menjadi kegemaran orang ramai serta dijadikan sebagai sumber inspirasi untuk terus mencapai kejayaan.


Khairul Aming Dan Pinn Yang Sama-sama Bantu Jual Produk Tempatan Di TikTok

Menerusi video dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikTok miliknya (@khairulaming), influencer tersebut bakal berkolaborasi dengan Pinn Yang buat pertama kalinya untuk sama-sama membantu menjual produk tempatan.

Sumber: TikTok @khairulaming

Menurutnya, terdapat 10 barangan lokal yang telah dipilih untuk diniagakan dalam satu siaran ‘live’ bersempena dengan kempen ‘Jom Lokal’ di TikTok Shop.

“Kita sama-sama tolong jual produk lokal tempatan yang dihasilkan oleh anak-anak Malaysia. Kita dah pilih 10 produk lokal terutamanya dari peniaga-peniaga kecil dan kita nak bantu tolong jualkan untuk mereka,” ujar Khairul Aming.

Bersempena dengan kempen itu juga, akaun TikTok Khairul Aming dan Pinn Yang akan digabungkan dengan jumlah keseluruhan seramai 10 juta orang pengikut.

Sumber: TikTok @khairulaming

Apa yang menarik lagi apabila kesemua penonton siaran live tersebut boleh menikmati baucar ‘free shipping’ untuk barangan yang dijual pada ketika itu serta diskaun 20%.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan memilih beberapa individu untuk memenangi sesi ‘meet and greet’ dan makan tengah hari bersama Khairul Aming serta Pinn Yang.

https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7411889895112740104

Masyarakat Puji Dua Influencer Ini Bantu Peniaga Kecil Di Malaysia

Ruangan komen video berkenaan menunjukkan banyak reaksi positif diberikan oleh orang ramai selepas melihat bagaimana Khairul Aming dan Pinn Yang memanfaatkan platform mereka untuk membantu rakyat Malaysia.

Sesetengah netizen menganggap idea mereka itu lain daripada lain dan ia secara tidak langsung telah menjadi inspirasi buat anak-anak muda di luar sana.

Siap ada yang berpendapat bahawa Khairul Aming sesuai untuk memegang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Pada masa yang sama, masyarakat turut mendoakan agar kedua-dua influencer tersebut dimurahkan lagi rezeki serta diberikan kejayaan.

Sementara itu, Pinn Yang sendiri turut meninggalkan komen pada video berkenaan dengan mengucapkan terima kasih kepada Khairul Aming dan beranggapan kolaborasi itu sebagai impian yang menjadi kenyataan.

“Terima kasih KA. It’s my dream come true, see you 9/9,” kata Pinn Yang.

Sumber: TikTok

Mesti ramai yang tak sabar nak sertai live mereka berdua kan?

Jadi, jangan lupa untuk ‘support’ lokal pada hari ini (9 September) jam 9 malam bersama Khairul Aming dan Pinn Yang.


Siapa Sebenarnya Khairul Aming Ini?

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman dilahirkan pada 25 September 1992 dan kini berusia 31 tahun.

Beliau juga merupakan pengasas kepada perniagaan Sambal Nyet yang mula diusahakan bermula pada tahun 6 Januari 2021 sebelum mengeluarkan satu lagi produk iaitu Dendeng Nyet.

Sumber: Instagram @sambalnyet

Khairul Aming memulakan kerjayanya sebagai ‘content creator’ sejak berumur 26 tahun dengan mewujudkan laman Facebook Rasapop.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya, cef selebriti ini gigih untuk bangkit semula dalam menghasilkan konten masakan serta membuka perniagaan.

Sumber: Astro Awani

Hasil titik peluh membuat video masakan akhirnya memberikan hasil yang cukup membanggakan apabila Khairul Aming turut dinobatkan sebagai pemenang pertama bagi kategori Creator of The Year dalam Anugerah TikTok Awards 2023.

Baca Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio


Siapa Pula Pinn Yang?

Sumber: Instagram @pinnyang

Pinn Yang atau nama sebenarnya Nicholas Lim Pinn Yang merupakan pengasas kepada rangkaian Good Foodie Media yang meliputi semua jenama platform foodie iaitu Penang Foodie, KL Foodie, Johor Foodie, Halal Foodie dan lain-lain.

Beliau yang kini berusia 31 tahun juga pernah menaja pakej umrah, membelikan motosikal dan banyak lagi untuk individu tidak dikenali kerana berpendapat ia boleh memberikan kebahagiaan buat dirinya.

Selain melakukan konten memberi hadiah secara rawak, Pinn Yang juga aktif melakukan temu bual bersama peniaga tempatan di TikTok.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd