Wanita Dipaksa Bayar RM1,200 Gara-gara Bau Badan ‘Melekat’ Pada Gaun Pengantin Yang Dicuba
Selepas berbincang, akhirnya wanita berkenaan terpaksa akur dan membayar ganti rugi seperti yang diminta.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi pasangan yang bakal berkahwin, pastinya mereka akan berkunjung ke beberapa kedai berlainan untuk mencari baju yang terbaik untuk dipakai semasa hari pernikahan.
Sudah pastinya misi mencari itu dilakukan dengan mencuba pelbagai jenis baju yang menarik perhatian sebelum membuat keputusan.
Namun lain pula yang berlaku kepada pasangan ini apabila mereka terpaksa mengeluarkan wang walaupun hanya mencuba gaun pengantin tersebut.
Bau Badan Punca Wanita Diminta Bayar RM1,200 Selepas Cuba Gaun Pengantin
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Xiangshou, seorang pengguna berkongsi kisah apabila dia terpaksa membayar sejumlah wang bernilai RM1,200 (2,000 yuan) kepada premis kedai baju pengantin selepas dipercayai meninggalkan bau kurang enak pada pakaian yang dicubanya.
Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan menceritakan dia telah mencuba dua gaun pengantin yang berbeza di sebuah kedai yang agak terkenal.
Difahamkan, tingkat dua kedai berkenaan agak panas dan tidak mempunyai penghawa dingin. Ia secara tidak langsung menyebabkan wanita itu sedikit berpeluh ketika mencuba pakaian pengantin pilihannya.
Oleh kerana tidak berkenan dengan kedua-dua baju yang dicuba, mereka mahu keluar dari premis.
Namun secara tiba-tiba, pekerja kedai berkenaan menghalang mereka dan memberitahu bahawa wanita terbabit perlu membayar ganti rugi serta membeli gaun kedua yang dicubanya selepas didakwa terdapat bau badan pada pakaian itu.
“Sejujurnya, waktu tu saya memang terkejut. Saya kena beli ke lepas cuba baju tu?” katanya.
Oleh kerana berlaku perselisihan faham, pekerja berkenaan menghubungi seoseorang sebelum wanita dipercayai isteri kepada pemilik kedai tiba di lokasi dan memintanya untuk membayar ganti rugi.
Disebabkan terlalu marah sehingga berlaku pertelingkahan, wanita itu menghubungi ahli keluarganya pula untuk datang ke kedai tersebut.
Selepas berbincang, akhirnya wanita berkenaan terpaksa akur dan membayar ganti rugi seperti yang diminta.
Pelbagai Reaksi Diberikan Oleh Masyarakat Terhadap Situasi Itu
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, orang ramai memberikan pelbagai reaksi selepas membaca perkongsian kisah dari pengguna wanita tersebut.
Seorang pengguna berpendapat bau badan boleh menjadi sesuatu yang memberi gangguan dan mempersoalkan sama ada wanita itu tidak menyedari bau berkenaan.
Namun ada juga individu yang mengatakan bahawa seseorang yang memiliki bau badan yang agak kuat tidak akan menyedari tentang perkara yang berlaku pada tubuh badannya.
Sementara itu, sebuah premis yang turut menjual pakaian pengantin pula lebih berpihak kepada premis terlibat kerana mendakwa pakaian yang berbau badan itu sukar untuk dihilangkan meskipun sudah dibasuh.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.