Now Reading
[Video] Lelaki Ini Kongsi Ambil Masa 3 Jam Untuk Cas Kereta EV Di Stesen Minyak

[Video] Lelaki Ini Kongsi Ambil Masa 3 Jam Untuk Cas Kereta EV Di Stesen Minyak

Lelaki dikenali sebagai Iman itu berkata hanya ada satu ruang pengecasan EV di stesen minyak sekitar R&R Gambang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, semakin lama semakin ramai penduduk Malaysia yang menggunakan kenderaan elektrik (EV). Ramai yang memilih untuk menggunakan kereta jenis ini kerana ia lebih memberikan kesan positif kepada alam sekitar.

Untuk info, pendaftaran EV baharu di negara ini melonjak lebih dua kali ganda kepada 10,700 unit pada separuh pertama 2024, berbanding 4,400 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan kini sedang dalam proses menyediakan stesen pengecasan mencukupi dan garis panduan lengkap buat para pengguna EV.


Lelaki Tunggu 3 Jam Untuk Cas EV

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Iman Kamil (@yes_iman) berkongsi situasi dilaluinya sewaktu mahu mengecas kereta EV model MG miliknya di stesen minyak sekitar kawasan R&R (Rehat dan Rawat) di Gambang.

Sewaktu tiba di sana kira-kira jam 2 petang, Iman mendapati hanya terdapat satu sahaja stesen pengecas EV tersedia. Sebelum giliran Iman mengecas kereta, terdapat dua buah kereta Tesla lain sedang menunggu di kawasan sama.

Perkara yang mengundang perhatian adalah Iman dapat mengecas keretanya jam 3.40 selepas tiga buah kereta selesai.


Pukul 5 Petang Baru Selesai Cas EV

Sambil menunggu kereta cas sehingga penuh, lelaki tersebut tidak membuang masa begitu sahaja tetapi menggunakan waktu itu untuk menyiapkan kerja yang ada.

Selepas 1 jam lebih mengecas, akhirnya EV Iman penuh dengan bateri.

“Sekarang ni pukul 5 daripada pukul 2 tadi (tunggu). Sekarang ni dah 96% boleh pergi 229 kilometer (km). Tapi masalahnya aku nak balik dekat rumah aku ni 227 km,” ujar Iman.

@yes_iman

Ni makan dia nak sangat pakai EV. Nak charge beratur. Kalau musim raya agak-agak berapa buah EV beratur? 1 kereta sejam cas, pishang🥵

♬ Funny – D'PROJECT

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Lelaki Perlu Tunggu Untuk Cas EV

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi tentang stesen pengecas itu.

“Dekat Malaysia ni belum sesuai lagi nak guna kereta EV untuk perjalanan jauh. Sebab tak semua stesen minyak dan R&R ada pengecas,” jelas seorang wanita.

Malah, ramai yang berkata mereka tidak boleh bersabar seperti Iman untuk menunggu giliran mengecas.

“Buang masa. Orang tak menyabar macam aku ni beli kereta pakai minyak sudah. Boleh naik angin aku menunggu,” ujar seorang individu.

Segelintir individu juga sempat berseloroh melihat situasi stesen pengecas EV yang terhad itu.

“Mak aku cakap kalau bateri habis, guna powerbank. Kenapa abang tak cas (EV) guna powerbank je?” tanya seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@yes_iman)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Petrol Parkir Di Ruang Pengecasan Tesla Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Hampir Separuh Pemilik EV Di AS Ingin Bertukar Semula Ke Kereta Petrol & Diesel – Kajian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd