Now Reading
[Video] Atuk Terlanggar Kereta & Jatuh Motor Hantar Cucu Sekolah, Ini Reaksi Pemandu

[Video] Atuk Terlanggar Kereta & Jatuh Motor Hantar Cucu Sekolah, Ini Reaksi Pemandu

Motosikal yang ditunggang oleh warga emas tersebut terjatuh secara perlahan dan terkena sebuah kereta putih di sebelah kanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain diberikan kelebihan dari segi harta yang banyak, berjumpa dengan orang-orang yang baik juga adalah satu rezeki.

Bersyukur dapat jumpa dengan mereka yang mempunyai hati yang murni terutamanya ketika berlakunya sesuatu tidak terjangka seperti kemalangan, kehilangan barangan peribadi dan sebagainya.

Apabila berjumpa dengan golongan ini, pastinya kita akan cukup berterima kasih kepada mereka.


Pemandu Baik Hati Lepaskan Atuk Yang Terlanggar Kereta Ketika Hantar Cucu Ke Sekolah

Menerusi video dimuat naik di laman X (@update1111), seorang lelaki warga emas dilihat sedang menunggang motosikal bersama kanak-kanak yang dipercayai cucunya.

Difahamkan warga emas itu sedang dalam perjalanan untuk menghantar cucunya ke sekolah.

Namun tanpa disangka, motosikal yang ditunggang oleh warga emas tersebut terjatuh secara perlahan dan terkena sebuah kereta putih di sebelah kanan sebelum bertindak mengangkat sebelum pacuan dua roda berkenaan.

Selepas insiden itu, pemandu kereta berwarna putih itu keluar dari kenderaannya untuk melihat situasi yang berlaku.

Pastinya kejadian yang berlaku pada pagi semalam (4 September) itu membuatkan warga emas tersebut cuak.

Tetapi pemandu kereta berkenaan dikatakan baik hati kerana telah melepaskan mereka berdua dan meminta untuk warga emas itu meneruskan perjalanan menghantar cucu ke sekolah.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Situasi Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai selepas melihat kejadian yang berlaku.

Sesetengah daripada netizen memuji sikap murni pemandu berkenaan yang tidak memarahi warga emas tersebut sehingga ada yang berasa sebak melihat keadaan tersebut.

“Apa ni benda macam ni pun buat aku sebak,” kata seorang pengguna X.

Walau bagaimanapun, wujud segelintir pihak yang seolah-olah mempersoalkan mengapa seorang atuk yang menghantar cucunya ke sekolah dan bukan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

“Lepas ni mak ayah kena hantar anak okay. Kesian, atuk dah kena berehat dah tu,” ujar seorang netizen.

Sumber: X

Meskipun ada sesetengah pihak yang mempersoalkan mengapa si atuk yang menghantar cucunya ke sekolah, namun kita semua tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku.

Walau apa pun, tindakan pemandu yang baik hati dengan warga emas itu adalah sesuatu yang boleh dijadikan contoh.

Semoga kita semua dapat berbuat baik juga antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Baik Hati Belanja Makan Selepas Lihat Sekumpulan Kanak-kanak ‘Tongtong’ Nak Beli Makanan Di Kafe

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terharu Lihat Pakcik Baik Hati Beri Angpau & Minuman Kepada Rider Walaupun Salah Alamat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd