Lelaki Di China Pelik Nafas Berbau, Rupanya Lipas Tersangkut Dalam Saluran Pernafasan
Lelaki dari Haikou, China itu mengalami nafas berbau lebih dari tiga hari dan batuk berpanjangan sebelum menyedari terdapat seekor lipas dalam kerongkongnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang tidak dapat dinafikan ramai di antara kita yang takut dengan serangga lebih-lebih lagi lipas. Jika serangga itu terbang, memang tak senang duduk.
Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Naim mengalami pengalaman yang lebih teruk daripada itu. Menurutnya, dia pernah termakan seekor lipas selepas menghirup minuman kopi hazelnut.
Dia pada awalnya menganggap lipas tersebut adalah kacang dan hanya menyedari ia sebenarnya adalah lipas kerana rasanya yang pahit dan ‘lain macam’.
Baca Artikel Berkaitan: “Ingatkan Kacang” – Lelaki Cerita Pengalaman Pahit Termakan Lipas Akibat Tinggal Air Kopi Di Dalam Kereta
Lelaki Dari China Sedar Ada Benda Bergerak Dalam Kerongkong
Pengalaman ngeri melibatkan serangga perosak ini sekali lagi berlaku. Seorang lelaki berusia 58 tahun dari Haikou, China dikatakan mengalami ketidakselesaan dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh badannya.
Pada satu malam, lelaki tersebut terjaga dari tidurnya kerana menyedari sesuatu sedang bergerak dalam hidung. Apabila benda itu masuk ke bahagian kerongkongnya, lelaki itu terus mengalami batuk berpanjangan.
Namun disebabkan tiada apa yang keluar dari tekaknya, dia kembali tidur seperti biasa dan menghiraukan perkara itu.
Lelaki Sedar Nafas Berbau Walau Sudah 3 Hari Berlalu
Pada hari berikutnya, lelaki ini menjalankan perniagaannya seperti biasa sehinggalah dia menyedari nafasnya berbau.
Selepas tiga hari berlalu, nafas lelaki berkenaan masih berbau dan dia mengalami masalah batuk dengan kahak kuning. Oleh disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Jumpa Objek Asing Ketika Menjalani ‘CT Scan’
Pada awalnya, lelaki tersebut membuat pemeriksaan kesihatan bersama pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di Hospital Hainan, namun pihak hospital tidak menjumpai sebarang perkara yang mencurigakan dalam saluran pernafasannya.
Pakar Perubatan Pernafasan dan Rawatan Kritikal Hospital Hainan, Dr Lin Ling kemudian melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), sebelum menjumpai bayangan seperti objek asing.
Rupa-rupanya Lipas Tersangkut Dalam Saluran Pernafasan
Susulan itu, pakar mengesyorkan prosedur bronkoskopi invasif minimum dilakukan iaitu memasukkan alat khas melalui rongga mulut lelaki berkenaan. Prosedur tersebut mendapati ada seekor lipas yang tersangkut.
“Ketika prosedur, saya dengan jelas melihat sesuatu dengan sayap di saluran pernafasan. Benda asing itu dibalut dengan banyak kahak. Selepas menyedut kahak di sekeliling, bendasing terdedah. Ia adalah lipas,” kata Dr Lin.
Bagi menyelesaikan masalah itu, Dr Lin mengeluarkan pepijat tersebut dari kerongkong lalu membersihkan bahagian berkenaan berulang kali. Tidak lama kemudian, bau busuk daripada kahak akhirnya hilang sepenuhnya.
Selepas pulih, lelaki tersebut dibenarkan pulang keesokan harinya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Jumpa 10 Ekor Lipas Dalam Bilik Hotel, Sanggup Check-out Tengah Malam Sebab Geli
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Lipas Berkeliaran Dalam Ruangan Roti Di Kedai Bakeri, Netizen Luah Rasa Jijik
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram