Bangunan Bersejarah Di KL Tak Terjaga, Ramai Minta Pihak Berkuasa Pelihara Semula
Salah satu kubah pada bangunan bersejarah itu telah diselaputi dengan lumut sehingga bertukar kehitaman.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia merupakan sebuah negara yang dipenuhi yang banyak bangunan bersejarah yang sudah terbina sejak berpuluh tahun dahulu.
Antara bangunan bersejarah di negara kita adalah Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu Negara, Menara Berkembar Petronas dan banyak lagi.
Setiap bangunan ini pastinya menyimpan sejarah tersendiri dan perlu dipelihara dengan baik agar ia dapat ditunjukkan kepada cucu-cicit pada generasi akan datang.
Bangunan Bersejarah Didakwa Tidak Dipelihara Dengan Baik
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@haaziq_mz), kelihatan sebuah bangunan bersejarah di Kuala Lumpur itu berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.
Jika dilihat dengan teliti, salah satu bahagian seni bina yang kelihatan seperti kubah pada bangunan berkenaan sudah bertukar kehitaman dan dipercayai sudah diselaputi dengan lumut.
Ia secara sekaligus telah menjejaskan pemandangan keseluruhan kubah bangunan yang asalnya berwarna coklat.
Sayang ye tak terjaga our heritage buildings. pic.twitter.com/wbmCFo4plG
— HZ (@haaziq_mz) September 3, 2024
Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Lihat Keadaan Buruk Pada Bangunan Itu
Ciapan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dengan rata-ratanya mengkritik pihak berkuasa kerana tidak memelihara bangunan bersejarah itu dengan baik.
Malah, ada yang berpendapat bahawa kerajaan sepatutnya memanfaatkan duit dari rakyat untuk menjaga bangunan dengan baik berbanding ia digunakan untuk kepentingan peribadi.
“Kerajaan ni satu masalahnya beli barang buat bangunan tapi lupa cara untuk memeliharanya,” kata seorang pengguna X.
Seorang lagi pengguna X berkata, “Sangat sayang. Banyak bangunan yang sepatutnya dijaga tapi terbiar kerana dimakan usia. Negara kita bab menjaga bangunan memang ke laut”.
Selain itu, mereka juga melihat ruang dalaman bangunan itu juga dipenuhi dengan kekotoran yang menjejaskan keadaannya.
“Kalau intai bahagian dalam tepi Masjid Jamek, banyak sampah dan kayu reput yang berselerak. Memang nampak macam rumah pusaka yang dah lama ditinggalkan oleh anak cucu,” ujar netizen.
Seorang pengguna X (@climateaidil) pula berpendapat bahawa bangunan bersejarah berpotensi untuk digunakan sebagai ruang komuniti kepada masyarakat umum.
Sebagai contoh, bangunan Rumah Tangsi dan Panggung Bandaraya di Kuala Lumpur yang berjaya ditransformasikan menjadi lokasi acara, pasar, teater dan sebagainya.
There is so much potential to transform heritage buildings in KL into community spaces that can motivate better upkeep. Preservation of history can go hand in hand with theatre, markets & events. Look at Rumah Tangsi & Panggung Bandaraya for example. https://t.co/FMTc0zea6p
— aidil (@climateaidil) September 4, 2024
10 Bangunan Bersejarah Di Malaysia
Alang-alang kita sedang berbicara tentang bangunan bersejarah di Malaysia, anda tahu tak ada berapa banyak seni bina tersebut di negara kita?
Jom kami senaraikan 10 bangunan yang menyimpan pelbagai sejarah di Malaysia. Antaranya:
- Stadthyus (Melaka)
- A’Famosa (Melaka)
- Masjid Jamek Kuala Lumpur (KL)
- Kubu Margherita (Sarawak)
- Kubu Cornwallis (Pulau Pinang)
- Stesen Kereta Api Ipoh (Perak)
- Kellie’s Castle (Perak)
- Masjid Sultan Abu Bakar (Johor)
Kalau anda belum pernah melawat ke bangunan-bangunan ini, bolehlah berkunjung ke sana dengan ahli keluarga pada cuti sekolah.
Baca Artikel Berkaitan: 10 Tempat Menarik Boleh Dilawat Untuk Rasai Semangat Patriotik Merdeka
Baca Artikel Berkaitan: Istana Raja Muda Bakal Lenyap? Netizen Bantah & Minta Kaji Semula Keputusan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.