[Video] Reaksi Lelaki Non-Muslim Terkesima Dengar Alunan Azan Raih Perhatian
Melihat di ruangan komen, ada yang menyifatkan mereka menjadikan azan yang berkumandang itu sebagai panduan waktu atau alam ketika di pagi hari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama malah masyarakatnya hidup harmoni.
Bukan hanya itu, kepelbagaian yang terdapat di negara ini telah membuatkan ia sangat unik. Meskipun mempunyai kepercayaan yang berbeza namun mereka dilihat bebas untuk mengamalkannya kerana sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.
Bahkan ada segelintir yang mempelajari agama lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Individu bagi POV reaksi bukan Islam apabila terdengar azan berkumandang
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan reaksi Point Of View (sudut pandang) seorang individu bukan Muslim yang tinggal berdekatan masjid apabila mendengar azan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh It’s Andrew di Facebook, awalnya kelihatan dia sedang berada di ruang tamu rumah sambil bermain telefon pintar.
Dalam masa sama kedengaran suara azan yang dilaungkan berdekatan rumah. Sebaik mendengar azan berkenaan dia secara spontan turut mengikut membaca ayat seterusnya sambil bermain telefon.
Selalu tak sedar akan terikut membaca azan
Sebaik menyedari tindakan spontan itu, dia lantas menutup mulutnya mungkin kerana menyedari dia beragama lain.
“Tak perasan saya selalu melakukannya tanpa disedari,” tulisnya di kapsyen.
Ramai kongsi pengalaman sama setiap kali dengar azan, malah menyifatkan ia menenangkan
Melihat di ruangan komen, terdapat beberapa pengguna lain yang juga bukan beragama Islam berkongsi pengalaman serupa selepas lama menetap berdekatan masjid.
Ada yang sudah boleh menghafal setiap bacaan azan meskipun tidak mengetahui apakah maksudnya. Malah ada juga yang menjelaskan boleh mengetahui waktu semasa dengan panduan azan yang berkumandang.
Segelintir dari mereka berasa tenang setiap kali mendengar laugan azan yang berkumandang di kawasan rumah.
Tidak kurang juga ada memaklumkan mereka mendengar azan sejak dari kecil dan siapa sangka akhirnya ia membuka hati mereka untuk memeluk Islam.
Perkongsian tersebut mencetuskan suasana yang harmoni apabila majoriti komen yang ditulis bernada positif dan saling hormat-menghormati meskipun berlainan agama.
Berikut antara komen menarik yang kami temui:
“Dari kecil sampai umur 36 tahun duduk sebelah masjid, sudah boleh hafal tapi tak tahu maksud”
” Saya suka memori mendengar azan ketika kecil. Alhamdulillah selepas 50 tahun Allah buka hati saya menjadi Muslim. Ia tidak pernah terlambat”
“Masa budak-budak kita hafal tau azan ni.. sebutan asal ngam jelah”
“Saya buat perkara yang sama dan apabila saya sedang mendengar lagu menggunakan headphone, saya akan segera menutupnya”
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.