Now Reading
[Video] Gelagat Ibu Bapa ‘Leka’ Dengan Telefon Sampai Tak Sedar Anak Di Sebelah Bikin Ramai Terhibur

[Video] Gelagat Ibu Bapa ‘Leka’ Dengan Telefon Sampai Tak Sedar Anak Di Sebelah Bikin Ramai Terhibur

Sepasang suami isteri dilihat sedang menggunakan telefon pintar masing-masing sementara menunggu anak mereka jemput di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan telefon pintar dilihat sudah menjadi satu kepentingan dan ‘wajib’ dalam rutin harian seseorang. Ia bukan sahaja bertujuan untuk urusan kerja semata-mata, malah ia juga merupakan platform hiburan buat sesetengah individu.

Kebiasaannya, kita boleh lihat segelintir anak muda atau si kecil yang selalu ‘leka’ dengan gajet masing-masing. Nak pisahkan mereka dengan peranti canggih ini pun susah.

Dalam sesetengah kes, ramai juga golongan dewasa yang tidak boleh melepaskan pandangan dari telefon mereka.


Ibu Bapa Khusyuk Layan Telefon Sampai Tak Sedar Anak Di Sisi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ohitsbaobei) menyaksikan satu situasi mencuit hati di antara dua orang ibu bapa bersama anak mereka.

Difahamkan, anak perempuan dikenali sebagai Qizzie telah tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk menjemput kedua-dua orang tuanya.

Sampai sahaja di sana, Qizzie terus pergi ke sebelah ibu bapa dan merakam aktiviti yang dilakukan oleh mereka sementara menunggu ketibaannya.

Perkara yang menarik perhatian adalah ibu bapa Qizzie dilihat ‘sibuk’ dengan peranti telefon masing-masing. Si bapa sedang bergaya dan mengambil selfie di TBS manakala ibunya sedang membuka WhatsApp dan bertanya tentang keberadaan Qizzie.

Walaupun gadis ini sudah berdiri di sebelah mereka buat sementara waktu, tetapi ibu bapa tersebut tidak menyedari Qizzie sudah tiba di sana.

Sumber: TikTok (@ohitsbaobei)

Tidak lama kemudian, si ibu yang termenung akhirnya menoleh ke arah anak perempuan yang sedang merakam momen itu. Siap kasi ‘side eye’ lagi!

Si ibu dilihat tertawa tidak henti selepas menyedari situasi berkenaan. Si bapa yang sibuk bergambar juga terkejut melihat anak yang sudah berada di depan mata.

@ohitsbaobei

bahaha kiyot

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Si Bapa & Telefon Berpisah Tiada

Dalam hantaran seterusnya, Qizzie turut menunjukkan gelagat si bapa yang sentiasa memegang telefonnya sewaktu berada di sebuah majlis graduasi.

Menerusi video tersebut kelihatan si bapa sedang berpusing-pusing di kawasan itu bagi mencari anak perempuan dan isterinya. Oleh disebabkan terlalu khusyuk dengan telefonnya, si bapa sampaikan tidak sedar tentang keberadaan ahli keluarga yang lain.

@ohitsbaobei Replying to @atiqah.l ♬ Funny, quirky, prank, silly, idiotic, comedy, comical bassoon (Loop)(1484503) – Ponetto

Ramai Terhibur Lihat Ibu Bapa Qizzie Yang Leka Dengan Telefon

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan perkara tersebut.

“Ibu bapa tu dalam dunia masing-masing,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ada juga yang berseloroh berkata ibu bapa Qizzie boleh diculik orang kerana terlalu khusyuk dengan telefon pintar mereka.

Sementara itu, seorang individu juga berkongsi pengalamannya melalui perkara lebih kurang sama sebelum ini.

“Pernah kena tapi depan mata dah kakak kita. Sampai ke sudah tak nampak dia lambai-lambai. Kena sergah depan muka barulah sedar,” ujar seorang wanita.

Ada juga individu yang gembira melihat keakraban di antara Qizzie dan ibu bapanya.

“Best dapat bergurau macam ni dengan mak ayah. Semoga semua sihat selalu, murah rezeki dan berjaya dunia akhirat,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@ohitsbaobei)

Baca Artikel Berkaitan: Wad Jadi Pesta! Gelagat 7 Beradik Bawa Makanan Buat Ayah Di Hospital Bikin Ramai Cuit Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Bapa-Bapa Lepas Pencen

Baca Artikel Berkaitan: “Allah Sembuhkan” – Gelagat Anak Bermain Jadi Doktor Dengan Ayah Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd