Now Reading
[Video] Aksi Nissan GT-R Tunjuk Api Keluar Dari Ekzos Kereta Terima Banyak Kecaman

[Video] Aksi Nissan GT-R Tunjuk Api Keluar Dari Ekzos Kereta Terima Banyak Kecaman

Sebuah kereta jenis Nissan GT-R berwarna hitam dipercayai melakukan aksi ekzos berapi itu di jalan raya berhadapan Pavilion Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sesetengah individu mempunyai hobi yang dikatakan agak mahal kerana melibatkan kos pemasangan aksesori dan pengubahsuaian kereta untuk menjadikan ia kelihatan lebih unik.

Pengubahsuaian itu termasuklah dari segi tayar, pemasangan air spoiler, penambahan bumper kereta dan sebagainya.

Tak salah untuk hias kereta agar kelihatan lebih cantik, tetapi elakkkan dari ia menjadi punca kepada isu keselamatan melibatkan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Cermin Lampu Brek Terlampau Gelap Jadi Punca Pengguna Jalan Raya Hampir Kemalangan


Pemandu Kereta Buat Bunyi Bising Sehingga Keluar Api Pada Ekzos Kereta

Menerusi satu video dimuat naik semula di laman X (@JatIkhwan), kelihatan beberapa kereta mewah berada di laluan jalan raya berhadapan pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Namun apa yang menarik perhatian ketika kesesakan lalu lintas di lokasi itu adalah apabila sebuah kereta jenis Nissan GT-R berwarna hitam itu dipercayai menghasilkan bunyi yang agak kuat daripada bahagian ekzos.

Bukan itu sahaja, bunyi tersebut juga didatangi dengan percikan api yang keluar daripada ekzos.

Dakwa pemilik rakaman video dashcam itu, bahang api dari kereta di sebelahnya itu boleh dirasai sehingga ke dalam kereta mereka.

“Sampai ke muka rasa bahang api dia,” kata pemilik rakaman dashcam.

Sumber: TikTok @azririrana

Namun aksi yang mahu ditunjukkan oleh pemandu Nissan GT-R itu kemudiannya bertukar cemas apabila kepulan asap tiba-tiba keluar kereta berkenaan.

Ia secara tidak langsung membuatkan pemilik video juga berasa takut sekiranya berlaku kebakaran apabila melihat wujudnya kesan seperti minyak atau air di atas jalan yang dilalui oleh kereta mewah tersebut.

Difahamkan, bahagian coolant pada Nissan GT-R itu sudah pecah selepas melakukan aksi ekzos berapi.


Orang Ramai Kecam Pemandu Buat Aksi Ekzos Berapi Di Jalan Raya

Rata-rata masyarakat yang menonton video dashcam itu mengecam tindakan pemandu Nissan GT-R itu yang dikatakan mahu menunjuk kehebatan keretanya.

Malah, ada juga sesetengah netizen yang memandang sikap pemandu berkenaan seperti mat rempit cuma berbeza jenis kenderaan sahaja.

“Tak ada beza dengan mat rempit yang asyik rem motor bising-bising. Class saja berbeza. Tapi still rempit,” kata seorang pengguna X.

Seorang pengguna media sosial pula berpendapat agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menaikkan cukai untuk kenderan jenis 3.5cc ke atas.

“JPJ tolonglah naikkan cukai untuk kenderaan atas 3.5cc ni, aku semak tengok,” ujar seorang netizen.

Selain itu, ada yang mencadangkan agar jalan di hadapan Pavilion Kuala Lumpur itu diletakkan satu bonggol untuk menghalang aksi sama dilakukan oleh pemandu lain.

“Kena letak bonggol satu depan pavi ni. Baru diorang ni kurang keluar api kot,” kata seorang pengguna X.

Sumber: X

Boleh Didenda Jika Ekzos Buat Bunyi Bising

Memetik laporan Harian Metro, mana-mana kenderaan yang mengubahsuai ekzos sehingga membuat bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan.

Menurut bekas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, beliau berkata mereka yang didapati bersalah juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

“Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Aksesori Kereta Anda Perlu Elak, Boleh Bahayakan Keselamatan Diri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd