Kuala Lumpur Dinobatkan Sebagai Bandar Paling Mesra Di Asia
Dalam senarai yang diterbitkan oleh Enjoy Travel itu, masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain dikenali sebagai negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, para pelancong yang berkunjung ke Malaysia juga kagum dengan sikap rakyat kita yang saling bantu-membantu.
Kalau anda sesat di mana-mana lokasi pula, pasti ada masyarakat Malaysia yang akan ringan tulang untuk menghulurkan pertolongan.
Bukan itu sahaja, masyarakat Malaysia juga mempunyai sikap mesra antara satu sama lain sehingga boleh menggunakan panggilan seperti makcik, abang dan akak walaupun individu berkenaan tidak mempunyai pertalian darah.
Bertuah sungguh jadi rakyat negara Malaysia kan?
Kuala Lumpur Jadi Tersenarai Sebagai Bandar Paling Mesra Di Asia
Menerusi ciapan dimuat naik oleh Menteri Perumahan dan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di laman X miliknya (@NgaKorMing), beliau berkongsi satu berita gembira di mana Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai bandar paling mesra di benua Asia.
Dalam senarai yang diterbitkan oleh Enjoy Travel itu, masyarakat Malaysia disifatkan sebagai golongan mempunyai sikap mesra semula jadi dan baik kepada mana-mana individu meskipun saling tidak mengenali antara satu sama lain.
Selain itu, keramahan masyarakat Malaysia kepada para pelancong juga memudahkan mereka untuk membuat kawan baharu.
Sebanyak 20 bandar lain yang turut berada dalam senarai berkenaan termasuklah Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki dan lain-lain.
Senarai penuh adalah seperti di bawah:
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Taipei, Taiwan
- Chiang Mai, Thailand
- Manila, Filipina
- Istanbul, Turki
- Kathmandu, Nepal
- Singapura
- Hong Kong
- Jaipur, India
- Abu Dhabi, UAE
- Seoul, Korea Selatan
- Muscat, Oman
- Jakarta, Indonesia
- Siem Reap, Kemboja
- Cebu City, Filipina
- Tokyo, Jepun
- Dubai, UAE
- Guangzhou, China.
- Colombo, Sri Lanka
- Ho Chi Minh, Vietnam
Kategori itu juga mengasingkan negara-negara di Asia Tenggara dengan senarai seperti berikut:
- Kuala Lumpur, Malaysia
- Chiang Mai, Thailand
- Manila, Filipinan
- Singapura
- Jakarta, Indonesia
- Siem Reap, Kemboja
- Cebu City, Filipina
- Ho Chi Minh, Vietnam
Dalam kedua-dua senarai tersebut, Kuala Lumpur tetap berada di tangga paling atas. Bangga jadi rakyat Malaysia!
Berdasarkan carian kami, senarai ini telah dikeluarkan pada tahun lalu melibatkan 50 bandar lain. Kalau anda mahu lihat senarai penuh, boleh klik [DI SINI].
Satu lagi berita baik.
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) September 3, 2024
Ibu kota KL telah berjaya dipilih sebagai Bandaraya yg paling mesra di benua Asia.
Ini adalah bukti kejayaan krjn Madani pimpinan YAB PM @anwaribrahim yg sentiasa menekankan sifat manusiawi, hormat & ihsan sebagai pedoman hidup warga kota.
Bangkit! 🫶🏼🇲🇾 pic.twitter.com/574prBS4Hc
Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia
Menerusi sebuah portal laman web kewangan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Insider Monkey, Malaysia telah tersenarai sebagai negara yang paling disayangi di Asia.
Berdasarkan 20 negara yang disenaraikan, Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dan mengalahkan beberapa negara lain seperti:
- Singapura (tempat ke-3)
- Thailand (tempat ke-11)
- Indonesia (tempat ke-12)
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Disayangi Di Asia
Rasa sayangnya pelancong kepada Malaysia juga terserlah apabila seorang lelaki dari Amerika Syarikat telah mencipta sebuah lagu khas bertajuk ‘ A Merdeka Day’ buat masyarakat Malaysia yang baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan ke-67.
Sebahagian daripada lirik lagu ciptaan pelancong dikenali sebagai Mr T itu menggambarkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia semasa menyambut Hari Kebangsaan.
“Saya mungkin bukan rakyat Malaysia, tetapi hati saya penuh dengan cinta untuk negara yang hebat ini. Sempena Hari Merdeka Malaysia, saya telah mencipta lagu istimewa yang meraikan semangat perpaduan, ketabahan, dan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia begitu unik,” kata Mr T.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Sayang Negara Ini” – Mat Saleh Gubah Lagu Merdeka Untuk Malaysia
Malaysia Negara Ke-43 Paling Aman Di Dunia
Dalam perkembangan lain pada tahun 2023, laporan The Legatum Prosperity Index mendedahkan Malaysia juga berada di tempat kedua sebagai negara paling aman makmur di Asia Tenggara selepas Singapura.
Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara manakala Singapura berada di tangga ke-17, Indonesia di tempat ke-63 dan Thailand di tangga ke-64.
Difahamkan, sejak 2011 sehingga 2023, Malaysia telah menaiki dua anak tangga dalam indeks negara aman makmur di dunia.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Untuk 2023
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.