Now Reading
[Video] Rakyat Malaysia Teruja Lihat Proton Waja Jadi Kereta Polis Di Luar Negara

[Video] Rakyat Malaysia Teruja Lihat Proton Waja Jadi Kereta Polis Di Luar Negara

Kereta Proton Waja itu digunakan oleh pihak polis Hummberside sebagai Kenderaan Tindak Balas Insiden atau juga digelar sebagai ‘Routine Response Vehicles’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila melihat barangan keluaran Malaysia berada di luar negara, pastinya kita turut berasa bangga dan menumpang gembira kerana produk tempatan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Selain produk makanan, minuman dan pakaian, jenama kereta tempatan seperti Proton juga mendapat tempat di hati penduduk di luar negara.

Kalau anda nak tahu, jenama Proton sudah pun berada di pasaran United Kingdom (UK) sejak sekitar tahun 1987.

Baca Artikel Berkaitan: Minat Jenama Proton, Lelaki Di Britain Sudah Kumpul 6 Jenis Model

Baca Artikel Berkaitan: “Masih Dihargai Diluar Negara”- Foto Lelaki Turki ‘Pose’ Bersama Proton Wira Raih Perhatian Peminat Automotif


Proton Waja Jadi Kereta Polis Di Luar Negara

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@historyoftopgear), sebuah kereta jenis Proton Waja dilihat berfungsi sebagai kenderaan polis di luar negara dengan dilengkapi dengan lampu ‘strobe light’ berwarna biru dan corak tampalan polis tempatan di sana.

Dalam video berkenaan, Proton Waja itu dilihat sedang dipandu laju dan berhati-hati di jalan raya.

Video berdurasi 15 saat itu mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 68,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Rakyat Malaysia Teruja Lihat Proton Waja Digunakan Di Luar Negara

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat Malaysia yang meluahkan rasa bangga apabila melihat kereta jenama Malaysia diguna pakai di luar negara sebagai kenderaan rasmi oleh pihak polis di sana.

Sementara itu, ada juga sesetengah netizen yang mempersoalkan mengapa kenderaan itu dipilih sebagi kereta polis di luar negara dan seorang pengguna media sosial tampil memberi penjelasan.

“Kereta ni handling tinggi, senang nak kejar suspek yang jenis main masuk lorong tiba-tiba,” jelas seorang pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, wujud juga tertanya-tanya tentang perbezaan Proton Waja dan Proton Impian selepas melihat kapsyen video tersebut menamakan kereta yang dikenali sebagai Proton Waja itu sebagai Proton Impian.

Sebagai info, Proton Waja juga dikenali sebagai Proton Impian di negara-negara Eropah.

Sumber: TikTok

Kisah Di Sebalik Video Kereta Proton Waja Sebagai Kenderaan Polis

Hasil carian kami mendapati bahawa video asal telah dimuat naik oleh seorang YouTuber bernama Jon Coupland Cars pada 5 Januari 2023.

Difahamkan rakaman video tersebut ditemuinya semula secara tidak sengaja dan mengambil keputusan untuk berkongsi dengan orang ramai.

Jelasnya lagi, kereta Proton Waja itu digunakan oleh pihak polis Hummberside sebagai Kenderaan Tindak Balas Rutin atau juga digelar sebagai ‘Routine Response Vehicle’ dan bukannya sebagai kereta polis trafik.

Kalau anda mahu tonton video asal, boleh klik [DI SINI].

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Sejarah Tentang Kereta Proton Waja

Memetik sumber WapCar, Proton Waja merupakan sebuah kereta keluaran Proton yang telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada 8 Mei 2000.

Kereta Proton Waja ini merupakan sebuah model yang direka sepenuhnya oleh anak tempatan dengan melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM 1 bilion.

Model Proton Waja menggunakan 95% kompenen tempatan dan berjaya menjimatkan RM 400 juta wang negara dari digunakan untuk mengimport komponen dari luar negara.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang komponen dalaman tentang Proton Waja, boleh tonton video di bawah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd