[Video] Gara-gara Nak Elak Asap Bakar Sampah, 2 Motosikal Bertembung & Maut
Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada Ahad lalu (1 September) sekitar jam 5:36 petang dan melibatkan dua orang lelaki termasuk seorang warga emas.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ajal dan maut sudah ditakdirkan oleh Allah SWT kepada setiap manusia tanpa mengira umur yang masih muda atau tua.
Salah satu asbab kepada seseorang bertemu dengan ajalnya adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang sering dilaporkan setiap hari.
Tidak dinafikan, antara penyebab kepada berlakunya kes kemalangan adalah kerana sikap cuai pengguna itu sendiri atau keadaan jalan raya yang mempunyai sebarang kerosakan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penunggang Motosikal Maut, Nyaris Jatuh Jambatan Pulau Pinang Selepas Terlanggar Kereta Tukar Lorong Mengejut
Baca Artikel Berkaitan: Rider Melambung Setinggi Tiang Lampu Lepas Dirempuh Kereta Di Johor
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Hilang Kawalan & Tersungkur Atas Jalan Raya Lepas Motosikal Lalu Di Garisan Putih
Mahu Elak Asap Tepi Jalan, Dua Penunggang Motosikal Maut Selepas Bertembung
Menerusi rakaman video kamera CCTV yang dimuat naik di laman X (@update1111), satu kemalangan tidak diingini dilaporkan berlaku selepas dua buah motosikal bertembung di Jalan Pendek, dekat Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu (1 September) sekitar jam 5:36 petang itu melibatkan dua orang lelaki termasuk seorang warga emas.
Difahamkan, salah seorang mangsa yang terlibat mahu mengelak dari kepulan asap dari aktiviti membakar sampah berhampiran sebuah rumah di tepi jalan tersebut sebelum bertindak memasuki laluan bertentangan.
Tindakan penunggang motosikal itu yang memasuki lorong bertentangan dengan sangat laju mengakibatkan dia telah bertembung dengan seorang lagi mangsa.
Elak asap bakar sampah, dua lelaki maut motosikal bertembung
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 2, 2024
KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di Jalan Pendek, dekat Kampung Kota, di sini petang semalam pic.twitter.com/Bhqz6hXg1w
Dua Orang Mangsa Maut Di Lokasi Kejadian
Memetik laporan Kosmo, dua orang mangsa tersebut adalah Muhammad Shafiq Mat Dam, 28, dan Ismail Awang yang berusia 70an.
Menurut saksi kejadian yang dikenali sebagai Nor, dia melihat Ismail menunggang motosikal ketika sedang dalam perjalanan pulang untuk ke rumahnya selepas membeli roti di sebuah kedai.
Malang tak berbau apabila motosikal ditunggang oleh warga emas tersebut bertembung dengan pacuan dua ronda dibawa oleh Muhammad Shafiq yang datang dari arah bertentangan.
Jelas saksi lagi, kedua-dua mangsa dilihat dalam keadaan berlumuran darah sebelum bertindak menghubungi polis untuk membuat laporan.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud turut mengesahkan kes kemalangan ini selepas menerima laporan daripada orang awam.
Masyarakat Kecam Tindakan Penduduk Bakar Sampah Tepi Jalan
Rata-rata masyarakat yang menonton rakaman video kemalangan itu mengecam tindakan penduduk berhampiran yang membakar sampah di tepi jalan sehingga dikatakan mengganggu pengguna jalan raya.
Malah, segelintir netizen menganggap tindakan itu seperti menyusahkan orang lain dan tidak mempunyai ‘common sense’.
Mereka turut mempersoalkan sama ada perbuatan penduduk itu boleh diambil tindakan atau tidak.
Sementara itu, beberapa individu pula berpendapat bahawa kepulan asap itu bukan menjadi punca kemalangan, sebaliknya ajal mangsa sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Semoga kes ini boleh dijadikan pengajaran buat semua pihak agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan jalan raya dan peka dengan keadaan sekeliling.
Selain itu, orang awam juga perlu memikirkan semula segala tindakan yang mahu dilakukan agar tidak menyebabkan gangguan kepada masyarakat lain.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.