Now Reading
Berjauhan 10,127 KM, Lelaki Surprise Ibu Lepas Hampir 2 Tahun Tak Berjumpa Bikin Ramai Sebak

Berjauhan 10,127 KM, Lelaki Surprise Ibu Lepas Hampir 2 Tahun Tak Berjumpa Bikin Ramai Sebak

Difahamkan, lelaki dikenali sebagai Iqbal itu berpisah dengan keluarga buat sementara waktu kerana melanjutkan pelajaran di luar negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sudah meningkat dewasa, pasti semakin ramai anak muda duduk berjauhan dengan ibu bapa disebabkan tugas hakiki yang perlu dilaksanakan sebagai contoh kerja di tempat jauh, melanjutkan pelajaran dan banyak lagi.

Namun terpaksa berpisah untuk sementara waktu dengan insan tersayang bukanlah satu perkara mudah perlu dilalui lebih-lebih lagi jika hubungan anda bersama keluarga adalah sangat akrab.

Seperti sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki telah menangis kegembiraan apabila menerima kejutan daripada bapanya yang kerja atas kapal selama 4 bulan.

Menurut si ibu, anak tersebut selalu meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan bapanya kerana terlalu rindu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Sebak Lihat Kanak-Kanak Menangis Peluk Bapa Lepas 4 Bulan Tak Jumpa


Lelaki Buat Kejutan Untuk Ibu Lepas Hampir 2 Tahun Tak Jumpa

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyasikan satu momen menyentuh hati apabila seorang anak lelaki dikenali sebagai Iqbal (@_iqbalkasyfi) sedang membuat satu kejutan buat ibu tercinta selepas hampir 2 tahun tidak berjumpa.

Difahamkan, Iqbal yang berjauhan lebih 10,000 km daripada ibunya itu sedang melanjutkan pengajian di luar negara.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Iqbal sedang menyorok di belakang pintu masuk rumah bagi menunggu kedatangan si ibu.

Si ibu yang masuk ke rumah beberapa saat selepas itu, kelihatan amat terkejut apabila mendengar Iqbal memberikan salam kepadanya.

Sumber: TikTok (@_iqbalkasyfi)

Perkara yang membuatkan video itu mengundang sebak adalah si ibu dilihat menjerit nama anaknya dengan teruja berulang kali sebelum memeluk Iqbal.

Ibunya juga dilihat menitiskan air mata, mungkin disebabkan terlalu rindukan anak yang sudah lama tidak dijumpai. Kejutan tidak terhenti di situ sahaja, Iqbal juga menghadiahkan si ibu sejambak bunga yang cantik.

Menurut Iqbal, hanya adiknya sahaja yang tahu tentang kepulangannya ke Malaysia bagi menjalankan ‘misi’ memberi kejutan buat ahli keluarga lain.

@_iqbalkasyfi

surprising my ummie after not seeing her for 1 year 6 months & being 10,127km apart

♬ original sound – Iqbalkasyfi

Ramai Luah Rasa Sebak Lihat Momen Iqbal Bersama Ibunya

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai sebak melihat momen manis di antara dua anak-beranak berkenaan selain meluahkan rasa rindu dengan keberadaan seorang ibu.

“Bang, kau buat aku mengalir air mata. Aku lama teringin dengar ibu aku panggil macam ni. Tapi ibu aku dah lama meninggal dunia hampir 10 tahun,” kata seorang warganet.

Malah ada seorang wanita yang berharap agar hubungannya bersama anak sama seperti Iqbal bersama ibunya apabila sudah meningkat usia nanti.

“Saya harap saya dan anak-anak saya juga semurni ini juga perhubungan kami nanti walaupun mereka dah besar. Amin,” jelas wanita tersebut.

Sementara itu, seorang individu turut mengingatkan orang ramai untuk menghargai orang tua kita selagi mana mereka ada di sisi.

“Salah satu kasi sayang tiada ganti. Hargailah geng mana yang masih ada ibu tu,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@_iqbalkasyfi)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Terpisah Sejak Kecil, Ibu & Anak Sebak Lepas Berjumpa Semula Lepas 27 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Anak Kecil Menangis Sebaik Nampak Bapa Pulang Dari Kerja Kerana Rindu [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd