Now Reading
Uncle Roger Kongsi ‘Progress’ Pembukaan Restoran Pertama Di KL, Sedang Usaha Dapatkan Sijil Halal

Uncle Roger Kongsi ‘Progress’ Pembukaan Restoran Pertama Di KL, Sedang Usaha Dapatkan Sijil Halal

Restoran ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’ yang bertempat di tingkat tujuh Pavilion Kuala Lumpur akan dibuka pada 11 September, jam 11 pagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


‘Comedian’ dari Malaysia, Nigel Ng atau lebih popular dengan gelaran ‘Uncle Roger’ sebelum ini telah mendedahkan bahawa dia akan membuka restoran pertamanya di Kuala Lumpur, Malaysia.

Bertempat di tingkat tujuh pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur, Restoran ‘FUIYOH! It’s Uncle Roger’ itu bakal dibuka pada 11 September, jam 11 pagi.

Memandangkan tinggal lagi dua minggu sahaja, pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan pembukaan restoran ini kan?


Uncle Roger Kongsi ‘Progress’ Sebelum Pembukaan Restoran Pertama

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram miliknya (@mrnigelng), Uncle Roger memaklumkan dia kini sedang ‘berehat’ buat sementara waktu daripada menghasilkan video di YouTube pada bulan ini.

Ia kerana kesibukannya yang sedang bersiap sedia membuka restoran di Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram @fuiyohitsuncleroger

Uncle Roger dalam hantaran sama turut berkongsi perasaannya yang seolah-olah tidak menyangka bahawa dia akan mempunyai restoran miliknya sendiri.

“Empat tahun lepas saya cuma pelawak yang membuat video kelakar di dalam rumah. Sekarang saya ada restoran nasi goreng yang akan terima banyak kritikan dari ramai orang,” kata Nigel.

Ujarnya lagi, dia dan pasukannya sudah berkali-kali merasai hidangan Nasi Goreng Wok Hei yang bakal dihidangkan kepada para pelanggan mereka.

“Saya dan pasukan yang lain telah makan begitu banyak Nasi Goreng Wok Hei sehingga ia kini menjadi bau kegemaran saya. Kami semua berbangga dengan makanan yang kami hasilkan,” kata Nigel.

Uncle Roger juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dari awal dan berharap agar restorannya itu boleh berkembang di luar negara pada masa akan datang.


Restoran Uncle Roger Sedang Dalam Usaha Untuk Dapatkan Sijil Halal

Orang ramai terutamanya masyarakat Malaysia pastinya tidak sabar untuk merasai sendiri pengalaman makan di restoran milik Uncle Roger.

Namun, antara perkara yang turut menjadi tumpuan adalah sama ada hidangan di restoran berkenaan boleh dimakan oleh penganut beragama Islam atau tidak.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Susulan itu, Uncle Roger menjelaskan pihak mereka kini sedang dalam usaha untuk mendapatkan sijil halal.

Sumber: Instagram @mrnigelng

Uncle Roger Mahu Cipta ‘Guiness World Record’

Sebelum ini, Uncle Roger telah meminta orang ramai untuk berkunjung ke restorannya pada 14 September jam 9 pagi dengan berpakaian sama seperti dirinya.

Pengumuman itu adalah kerana Uncle Roger mahu merakam video YouTube sekaligus ingin memecahkan rekod Guiness World Record di mana mereka mempunyai bilangan individu paling ramai menyerupai karakter seorang YouTuber.

Mungkin ada yang berniat untuk ‘menyumbang’ rekod dunia itu tetapi tidak mengetahui apa yang perlu dipakai.

Sumber: Instagram @mrnigelng

Jangan risau, Uncle Roger telah menyenaraikan beberapa pakaian yang perlu dipakai seperti:

  • T-shirt polo berwarna oren
  • Tali pinggang dengan sarung telefon
  • Seluar berwarna hitam
  • Kasut sneaker berwarna putih

Lebih mengujakan lagi, Uncle Roger juga akan memberikan baucar restorannya kepada 300 individu pertama yang berpakaian sepertinya pada hari berkenaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd