Now Reading
Tular Iklan Hotel Di Johor Bahru Jual Pakej Perkahwinan Ikut Bangsa, Ramai Persoal Kenapa Harga Berbeza

Tular Iklan Hotel Di Johor Bahru Jual Pakej Perkahwinan Ikut Bangsa, Ramai Persoal Kenapa Harga Berbeza

Berdasarkan pakej iklan perkahwinan hotel tersebut, harga yang paling murah adalah melibatkan majlis bangsa Melayu iaitu bermula dari RM788.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, pakej perkahwinan pada zaman ini tidak akan lari dari jumlah lima angka lebih-lebih lagi bagi mereka yang mahu menjemput ramai tetamu.

Selain mengambil faktor jumlah jemputan, lokasi yang dipilih juga menjadi faktor kepada harga pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya majlis perkahwinan akan dilakukan di dewan, rumah vila, hotel dan sebagainya.

Namun, pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh sebuah hotel di Johor Bahru pula menjadi kontroversi baru-baru ini.


Hotel Didakwa Tawar Harga Pakej Perkahwinan Ikut Bangsa

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Reddit, sebuah hotel di Johor Bahru dikatakan menawarkan pakej perkahwinan yang berbeza harga mengikut bangsa di Malaysia.

Iklan tersebut memaparkan tiga pakej perkahwinan seperti berikut:

  • Bangsa Melayu (bermula dari RM788)
  • Bangsa India (bermula dari RM1,388)
  • Bangsa Cina (bermula dari RM1,888)

Berdasarkan harga tersebut, ia menunjukkan kos bagi pakej perkahwinan untuk kaum Cina adalah yang paling mahal manakala pakej untuk bangsa Melayu adalah yang paling rendah.

Sumber: Reddit

Pakej Iklan Perkahwinan Ikut Bangsa Cetus Kontroversi

Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai sehingga telah mencetuskan perdebatan dan persoalan bagaimana harganya boleh berbeza mengikut bangsa pengantin.

Disebabkan itu juga, ada segelintir netizen yang cuba mengaitkan hak istimewa bangsa Melayu sebagai bumiputera sebagai faktor pakej perkahwinan di hotel berkenaan adalah lebih murah berbanding kaum lain.

Sumber: Reddit
Sumber: Reddit
Sumber: Reddit

Hidangan Berbeza Jadi Harga Pun Berbeza

Di sebalik kekecohan yang berlaku, sesetengah pengguna tampil untuk menjelaskan faktor yang menjadi kemungkinan kepada perbezaan harga tersebut.

Jelas mereka, perbandingan harga itu boleh berlaku disebabkan jenis hidangan yang disediakan semasa majlis perkahwinan selain penyediaan minuman alkohol dan menu berupa daging babi pada majlis melibatkan kaum bukan Melayu.

“Hidangan yang berbeza jadi harga pun lain. Kalau ada alkohol, jadi harga akan lagi mahal,” kata seorang pengguna.

Meskipun sesetengah pihak memahami mengapa berlakunya perbezaan harga itu, tetapi mereka berpendapat bahawa iklan hotel tersebut tidak sepatutnya dilakukan seperti sedemikian.

Ini kerana ia boleh berpotensi untuk menyebabkan perbalahan antara bangsa di Malaysia yang

Berdasarkan carian kami, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hotel berkenaan berhubung isu yang tular ini.

Sumber: Reddit
Sumber: Reddit
Sumber: Reddit
Sumber: Reddit
Sumber: Reddit

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd