“mStar watching? Aiyo” – Reaksi TokTi Sedar Dirinya ‘Diperhatikan’ Syarikat Media Buat Ramai Terhibur
Datuk Seri Siti Nurhaliza terkejut sehingga membulatkan matanya selepas menyedari siaran live di TikTok itu turut ditonton oleh admin akaun mStar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak adanya TikTok Shop, ramai peniaga yang menggunakan platform tersebut untuk menjual barang jualan mereka secara atas talian menerusi siaran ‘live’.
Kebiasaannya, siaran itu akan memberikan baucar khas dan harga lebih jimat kepada para pelanggan yang mahu membuat pembelian.
Siapa sangka, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza juga menggunakan platform sama untuk mempromosikan produknya iaitu ‘SimplySiti’.
Siti Nurhaliza ‘Risau’ Admin mStar Sertai Siaran Live TikTok
Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@heizetatler), Siti yang dilihat sedang memakai produk ‘eye shadow’ keluaran jenamanya semasa siaran live di TikTok terbabit.
Namun, penyanyi itu kemudiannya memberi reaksi terkejut dan ‘risau’ selepas mengetahui bahawa admin kepada pemilik akaun TikTok mStar juga menjadi salah seorang penonton siaran berkenaan.
“mStar watching? Aiyo,” kata Siti sambil membulatkan matanya.
Sebagai info, Siti mempunyai perniagaannya tersendiri.
Walaupun kejayaan Siti membolehkan beliau hanya bergantung pada kejayaan dalam muzik, namun beliau tetap mengambil inisiatif untuk mengembangkan kerjayanya dalam bidang keusahawanan pula.
Pada tahun 2010, Siti telah mengasaskan produk kecantikan dan kesihatannya iaitu jenama SimplySiti.
Siti Nurhaliza bila mStar masuk live dia 😆 pic.twitter.com/OkPStEs9G4
— Heize Tatler (@heizetatler) August 29, 2024
Orang Ramai Terhibur Lihat Reaksi Siti Nurhaliza
Reaksi Siti selepas menyedari siaran live TikTok yang sedang dikendalikan olehnya itu turut diperhatikan oleh admin akaun mStar membuatkan masyarakat terhibur.
“Tengah kecil mata terus bulat mata Siti ya bila nampak nama mStar ,” kata seorang pengguna X.
Ini kerana ramai yang mendakwa bahawa syarikat media tersebut cukup terkenal dengan berita-berita sensasi dan ‘panas’.
Siap ada netizen yang selamba memberikan contoh tajuk yang akan dikeluarkan oleh syarikat media tersebut.
Mesti ada yang terfikir, kenapa ada sesetengah individu yang menyebut nama usahawan kosmetik Nur Sajat di ruangan komen kan?
Ini kerana Sajat sebelum ini pernah berdepan situasi sama seperti Siti semasa melakukan live di TikTok sebelum menyedari admin mStar turut bersama-sama menonton siaran tersebut.
Namun reaksi dan kata-kata yang diberikan oleh Sajat dikatakan lebih agresif. Kalau anda nak tahu apa yang Sajat katakan, boleh tonton video di bawah.
Punyalah sopan santun Siti Nurhaliza ni…
— AE (@arfdy12) August 29, 2024
Cuba dapat kat Sajat, panjang betul dia maki mStar tu 🤣🤣🤣 https://t.co/xfm9Twfv2G pic.twitter.com/xDxxnzV6jf
Latar Belakang Siti Nurhaliza
Siti yang juga dikenali sebagai Mak Iti dan TokTi merupakan anak jati Temerloh Pahang dan membesar di Kuala Lipis.
Sebelum bergelar penyanyi, beliau pada awalnya bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis bagi mengikut langkah arwah ayahnya.
Namun cita-cita itu bertukar selepas menyertai pelbagai pertandingan menyanyi semasa di peringkat sekolah selain ramai ahli keluarga dari belah ibunya juga mempunyai bakat serta kemahiran dalam bidang nyanyian.
Kemunculan Tokti dalam bidang nyanyian bermula semasa berumur 15 tahun di mana belaiu telah menyertai uji bakat Bintang HMI pada 1995 di RTM.
Baca Artikel Berkaitan: “Sangka Baik Dengan Allah” – Siti Nurhaliza Kongsi Detik Manis Ceburi Bidang Seni Sejak Umur 15 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Berjaya Curi Hati 5,100 Penonton Di Konsert Love is In The Sky di Arena of Stars!
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kejayaan Siti Nurhaliza Sebagai Bukti Beliau Layak Digelar ‘Biduanita Negara’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.