Ini 4 ‘Spot’ Terbaik Untuk Lihat Perarakan Hari Kebangsaan Di Dataran Putrajaya
Para pengunjung dinasihati untuk datang awal sekiranya mahu mendapat ‘spot’ terbaik semasa menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya esok (31 Ogos).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
31 Ogos sudah pastinya suatu tarik yang dinanti-nantikan oleh setiap rakyat Malaysia kerana ia merupakan hari bersejarah iaitu Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 pada tahun ini.
Beberapa lokasi popular di sekitar Kuala Lumpur seperti KLCC, TRX dan Bukit Bintang juga bakal menganjurkan Sambutan Ambang Merdeka pada malam ini (30 Ogos).
Bagi acara perarakan pula, ia akan berlangsung esok (31 Ogos) di Dataran Putrajaya bermula pada jam 7 pagi sehingga 2 petang.
Tips Untuk Pilih ‘Spot’ Terbaik Untuk Menyaksikan Perarakan Kemerdekaan
Mereka yang merancang untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan pada tahun ini secara ‘live’ di Dataran Putrajaya, pastinya tips yang dikongsikan di laman X (@twt_cyberjaya) ini sangat berguna untuk anda.
Kalau nak tahu ‘spot’ mana yang terbaik di Dataran Putrajaya, berikut adalah lokasinya:
#1. Istana Kehakiman
Bagi anda yang mahu menyaksikan perbarisan dan persembahan udara seperti dari tempat duduk VIP, lokasi di hadapan Istana Kehakiman adalah yang paling sesuai.
Tapi kalau nak dapat tempat duduk di barisan hadapan, kena datang awal. Katanya tahun lepas siap ada yang ‘camping’ di sana selama 12 jam sebelum acara bermula.
#2. Perbadanan Putrajaya
Lokasi yang terletak bertentangan dengan Istana Kehakiman ini membolehkan anda melihat jentera-jentera perbarisan dengan lebih dekat.
Ketika persembahan udara, anda juga boleh melihat aksi ‘cross flying’ dan ‘aerobatic formation’ dengan lebih jelas.
#3. Tepi Tasik Masjid Besi
Kalau anda mahu menonton persembahan udara secara santai dengan ahli keluarga dengan pemandangan yang paling cantik, boleh ke bahagian tepi tasik Masjid Besi atau Ayer 8.
#4. Monumen Alaf Baru
Jika anda mahu berinteraksi dengan lebih dekat bersama peserta perarakan, boleh ambil tempat di jambatan berhampiran McDonald’s dan Monuman Alaf Baru.
Difahamkan lokasi itu merupakan peserta keluar dari perbarisan sambil bergambar dan melambai-lambai kepada penonton.
Selain itu, persembahan udara juga boleh dilihat dengan jelas di lokasi tersebut.
Ini tips untuk korang yang nak tengok sambutan hari merdeka di Dataran Putrajaya. pic.twitter.com/3sBPRbLY9O
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) August 29, 2024
Penggunaan Dron Adalah Tidak Dibenarkan
Pastinya esok (31 Ogos) ramai yang mahu mengambil gambar dan rakaman video yang terbaik untuk disimpan sebagai kenangan.
Namun, para penonton diingatkan untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di seluruh negara melibatkan lokasi sambutan Hari Kebangsaan.
Larangan ini yang bermula dari 26 hingga 31 Ogos 2024 adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan ketika persiapan dan sambutan hari bersejarah itu selain mengelakkan dari berlakunya sebarang perkara tidak diingini terutamanya melibatkan orang awam.
Dalam tempoh tarikh berkenaan, beberapa pesawat melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPBM akan menjalani latihan dan pertunjukan formasi rendah.
Rapid KL Lanjutkan Operasi Selama 24 Jam Sempena Hari Kebangsaan 2024
Bagi anda yang tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya ketika mahu menyaksikan Hari Kebangsaan pada tahun ini, jangan risau kerana Rapid KL bakal melanjutkan operasi mereka selama 24 jam buat pertama kali.
Ia melibatkan semua perkhidmatan rel yang dikendalikan oleh Rapid KL di sekitar Lembah Klang termasuklah LRT, MRT, monorel serta BRT Laluan Sunway dan beberapa laluan bas terpilih.
Perkhidmatan tersebut akan bermula dari jam 6 pagi pada 30 Ogos sehingga 11:30 malam pada 31 Ogos 2024.
Inisiatif ini dilakukan oleh Rapid KL sebagai langkah untuk menyahut seruan kerajaan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.
Baca Artikel Berkaitan: Penggunaan Dron Tidak Dibenarkan Di Seluruh Negara Sempena Hari Kebangsaan 2024
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Jadi Frontliner!” – Sekumpulan Rider Grab Sertai Perarakan Merdeka Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Sambutan Ambang Merdeka 2024 Di Dataran Merdeka Dibatalkan
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!