Now Reading
[Video] Abang Askar Dipuji Lepas Bantu Pasangan OKU Lintas Jalan Ketika Raptai Hari Merdeka

[Video] Abang Askar Dipuji Lepas Bantu Pasangan OKU Lintas Jalan Ketika Raptai Hari Merdeka

Anggota tentera itu berbuat demikian kerana sebuah kereta kebal dilihat sedang melalui jalan utama ketika sesi raptai perarakan Hari Kemerdekaan di Padang MBK 1, Kuantan, Pahang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang baik hati dan sudi menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang sedang dalam kesusahan atau memerlukan.

Sebelum ini, tujuh orang pegawai bomba telah tampil membantu seorang wanita menolak keretanya yang rosak dan terhenti di tengah-tengah jalan raya.

Tindakan tersebut bukan sahaja membawa nama baik kepada badan beruniform itu, malah ia dalam masa sama mewujudkan komuniti yang bersikap kasih sayang dan prihatin antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga


Anggota Askar Pimpin Pasangan OKU Buta Sewaktu Raptai Hari Merdeka

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@pahangpostnow) menyaksikan situasi sewaktu berlangsungnya raptai perarakan Hari Merdeka peringkat Pahang di Padang MBK 1, Kuantan.

Kebiasaannya, perarakan Merdeka akan melibatkan ribuan peserta perbarisan daripada pelbagai agensi Malaysia. Bukan itu sahaja, terdapat juga persembahan-persembahan daripada badan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi video perkongsian, kelihatan sebuah kereta kebal sedang melalui kawasan jalan perarakan tersebut. Sewaktu kereta kebal sedang bergerak, sepasang suami isteri golongan OKU pula dilihat sedang berjalan untuk melintasi di laluan yang sama.

Bukan berjalan dengan tangan kosong, si suami dilihat menyorong sebuah troli yang berisi dengan barangan seperti bangku, khemah lipat, kerusi ‘malas’ dan banyak lagi.

Menyedari keberadaan pasangan cacat penglihatan itu, seorang anggota ATM yang terlibat dalam raptai berkenaan dengan segera berlari ke arah mereka dan memimpin hingga ke hujung jalan.

Kebaikan askar tersebut yang membantu dalam keadaan panas terik sememangnya membuat orang ramai tersentuh.

@pahangpostnow

Sekitar raptai Hari Merdeka Peringkat Negeri Pahang : Terima kasih abg askar bantu OKU

♬ bunyi asal – Fans of CT❤️ – .

Ramai Puji Tindakan Anggota ATM Yang Sedia Hulur Bantuan

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memuji tindakan askar yang sedia membantu orang awam.

“Terima kasih anggota ATM yang membantu. Awak pahlawan sejati negara,” ujar seorang wanita.

Melihat situasi tersebut, orang ramai sekitar Pahang dilihat bersemangat dan teruja untuk turut serta dalam perarakan Hari Merdeka.

“Saya plan keluar awal sebelum Subuh. Solat Subuh dekat masjid di situ dan sarapan. Boleh terus tengok perarakan,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga menitipkan doa buat pasangan OKU agar urusan mereka dipermudahkan.

“Kesiannya tengok makcik tu dengan suami dia. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan mereka. Terima kasih juga abang askar tolong dia orang. Semoga acara berjalan lancar nanti,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@pahangpostnow)

Baca Artikel Berkaitan: “Takut Tapi Kena Lawan” – Anggota Bomba Kongsi Pengalaman Terlibat Operasi SAR Mangsa Tanah Jerlus

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd