Nak Jadi ‘Volunteer’ Untuk SEA Games 2027? Individu Ini Kongsi Tips Untuk Anda
Jelas individu itu, tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalamannya sebagai salah seorang sukarelawan pada Sukan SEA di Malaysia pada tahun 2017.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA 2027.
Keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penganjuran di Kuala Lumpur itu akan turut dilakukan dengan kerjasama tiga buah negeri lain termasuklah Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang.
“Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang sudah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur,” jelas KBS dalam kenyataan mereka.
Individu Kongsi Pengalaman Mohon Jadi Sukarelawan Semasa Sukan SEA 2017
Pengumuman tentang persetujuan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 menyebabkan sesetengah masyarakat menunjukkan minat untuk menjadi sukarelawan di temasya sukan berkenaan.
Baru-baru ini, salah seorang pengguna X (@hanalah_) telah berkongsi tips kepada mereka yang mahu memohon sebagai sukarelawan bagi acara Sukan SEA pada tahun 2027 akan datang.
Jelas individu itu, tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalamannya sebagai salah seorang sukarelawan pada Sukan SEA di Malaysia pada tahun 2017.
Difahamkan, permohonan untuk menjadi sukarelawan akan dibuka satu tahun sebelum temasya sukan itu berlangsung.
Apa Yang Perlu Dilakukan Semasa Permohonan?
Semasa membuat permohonan, mereka perlu memilih jenis sukan yang ingin diuruskan sebagai sukarelawan atau semasa acara pembukaan mahupun penutup.
Sekiranya permohonan diluluskan, pihak penganjur akan memanggil anda bagi menyertai kursus selama satu hari di lokasi ditetapkan untuk memberi penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul.
Jika anda tidak menghadirkan diri pada hari tersebut, hasrat untuk menjadi salah seorang sukarelawan terpaksa dibatalkan.
Baju dan pas untuk digunakan semasa acara berlangsung akan diberikan apabila tarikh majlis semakin menghampiri.
korang yg nak apply, ni based on sea games kl2017 (ape yg saya ingat lah) nanti dlm 1 year bfr event tu, diorang akan open applications for volunteers. So tunggu je diorang ni buat website rasmi, pastu keep updated utk tarikh application https://t.co/SsTwwNRCwb
— wz’s👰♀️ (@hanalah__) August 28, 2024
Satu lagi pengguna (@theananuna) memberitahu bahawa pemohon perlu menduduki ujian psikometrik.
Katanya, tugasan yang diberikan akan diselarikan dengan personaliti berdasarkan ujian tersebut.
Tambah satu lagi. Ada ujian psikometrik. Sebaiknya jawab elok2 dan betul2 supaya tugasan dapat nanti kena dengan personaliti korang. Masa ni pun ditapis betul2 sama ada layak sbg volunteers atau tak https://t.co/LD5vMqGDxE
— 안나 김 (REST) 🌠 (@theananuna) August 28, 2024
Wanita Malaysia Pernah Belanja Lebih RM11,000 Untuk Jadi Sukarelawan Sukan Olimpik Paris 2024
Sebelum ini, seorang wanita Malaysia bernama Andrea Wong telah membelanjakan kos RM11,500 ketika menjadi salah seorang sukarelawan di Sukan Olimpik Paris 2024.
Jelas Andrea, dia tidak mengeluarkan sebarang kos untuk pengangkutan kerana dia hanya berjalan kaki ke lokasi acara sukan tersebut yang dianggarkan mengambil masa selama 30 minit.
Bagi kos-kos lain pula adalah seperti berikut:
- Tiket penerbangan kapal terbang: RM3,800
- Penginapan: RM6,500
- Makan dan minum: RM1,200
Wanita ini memberitahu bahawa dia telah bertugas selama sembilan hari dengan ada cuti rehat di antaranya dan dia juga perlu tinggal di sana sekurang-kurangnya dua minggu.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia Sanggup Tanggung Kos RM11,500 Demi Jadi ‘Volunteer’ Di Sukan Olimpik Paris 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.