Now Reading
“Dah Jadi Frontliner!” – Sekumpulan Rider Grab Sertai Perarakan Merdeka Raih Perhatian

“Dah Jadi Frontliner!” – Sekumpulan Rider Grab Sertai Perarakan Merdeka Raih Perhatian

Sekumpulan rider penghantar makanan di perarakan Merdeka itu dilihat memakai pakaian seragam sama seperti waktu mereka bertugas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja istilah frontliner (barisan hadapan), pasti anda akan membayangkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan banyak lagi.

Hal ini kerana, pihak terbabit yang banyak membantu orang awam dalam pelbagai masalah dihadapi terutamanya mengenai aspek keselamatan.

Namun, mungkin ada di antara kita terlepas pandang bahawa orang yang selalu berurusan dengan kita juga bergelar frontliner iaitu rider penghantar makanan.


Rider Grab Sertai Perarakan Merdeka 2024 Peringkat Pahang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@pahangfacts_) menyaksikan suasana riuh di raptai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Pahang di Padang MBK 1, Kuantan.

Seperti kebiasaannya, perarakan Merdeka selalu disertai oleh badan-badan beruniform, badan bukan kerajaan (NGO), murid sekolah, dan pelbagai lagi agensi di Malaysia.

Lain daripada lain, perarakan Merdeka kali ini menyaksikan sekumpulan rider penghantar makanan dari Grab. Seragam yang dipakai oleh mereka adalah uniform sama seperti waktu petugas ini menghantar makanan dan minuman di rumah anda.

Sambil menunggang motosikal, mereka juga dilihat memakai beg penghantaran Grab berwarna hijau yang selalu dibawa ke mana-mana sewaktu bertugas.

Kehadiran rider-rider di sana yang menunggang motosikal mereka dengan bangga di laluan perarakan turut disambut baik oleh pengunjung di sana.

@pahangfacts_ Patutlah makanan lambat sampai..abam rider masuk perarakan sempena sambutan Kemerdekaan rupanya 🫠😂 Tapi, tanpa mereka laparlah kita #grab #grabfood #merdeka #independence #independenceday #perarakan #fyp ♬ Terompet Kebangsaan – RUBY DTM

Orang Ramai Berterima Kasih Atas Jasa Rider Penghantar Makanan Selama Ini

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai telah memberikan pelbagai reaksi selepas melihat perarakan Merdeka yang disertai oleh sekumpulan rider Grab itu. Ada yang berseloroh melihat situasi tersebut.

“Patutlah order saya lambat tadi. Mereka pergi perarakan rupanya,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga dilihat berterima kasih kepada abang rider atas segala pengorbanan mereka selama ini.

“Pengorbanan rider basah, kena hujan dan panas tapi mereka masih teruskan. Orang habis minyak tepi jalan, dia (golongan rider) yang tolong,” jelas seorang wanita.

Sementara itu, ramai yang berkata rider ini banyak menolong orang awam yang ‘terkandas’ di kediaman masing-masing akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19.

“Abang-abang Grab ni pun sebenarnya barisan hadapan masa Covid-19. Berjuang hantar makanan untuk kita,” ujar seorang pengguna TikTok.

Terima kasih rider penghantar makanan semua! Anda memang layak dihargai orang ramai.

Sumber: TikTok (@pahangfacts_)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Askar Dipuji Lepas Bantu Pasangan OKU Lintas Jalan Ketika Raptai Hari Merdeka

Baca Artikel Berkaitan: 7 Jenis Gelagat Pengunjung Perarakan Hari Kebangsaan Di Dataran Merdeka. #5 Paling Kelakar Ya!

Baca Artikel Berkaitan: “Semua Orang Tengok, Dia Je Patah Balik” – Rider foodpanda Dipuji Bantu Wanita Tolak Kereta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd